KOPERASI 6
JULAI 2024
Koperasi Pacu Pembangunan Sosioekonomi Negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick dan tetamu kehormat bergambar bersama penerima pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM) dan sebahagian tetamu yang hadir ke Program Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) dan Program Transformasi dan Digitalisasi (DigiKoP) di Kuching, Sarawak pada 25 Jun 2024.
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Pelbagai pengisian menarik diadakan dalam program tersebut antaranya sesi forum dan taklimat berkaitan fungsi dan peranan SKM, IKMa dan ANGKASA serta perkongsian bersama koperasi berjaya dan kebaikan berkoperasi. Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan mengenai perkongsian maklumat berkaitan adaptasi teknologi digital dalam aktiviti perniagaan koperasi oleh MYNIC, iaitu agensi di bawah Kementerian Digital Malaysia. Dalam program tersebut juga, seramai 30 anggota keluarga koperasi di sekitar Kuching turut menerima bantuan menerusi Program CSR ANGKASA, iaitu berbentuk bakul makanan barangan keperluan asas bernilai RM100 serta baucer pembelian bernilai RM50. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika ditemui wakil PELANCAR berkata, ANGKASA akan terus komited untuk memacu pertumbuhan dan kemajuan gerakan koperasi agar sentiasa berinovasi dan relevan dengan keperluan anggota dan rakyat. “Penawaran produk dan perkhidmatan yang memenuhi kehendak pasaran adalah fokus utama dalam meningkatkan daya saing gerakan koperasi, seterusnya berperanan sebagai jentera berkesan dalam membangunkan taraf hidup anggota serta membantu meningkatkan kesaksamaan pengagihan ekonomi dan menyumbang kepada kesejahteraan sosioekonomi negara,” ujarnya. Seramai 300 orang peserta terlibat dalam program itu yang terdiri daripada penjawat awam pelbagai Kementerian/ Jabatan/Agensi serta anggota koperasi di sekitar Kuching. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) SKM, Haji Azam
Sulaiman, Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP, Encik Azizul Alias. Kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) telah menganjurkan Program Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) dan Program Transformasi dan Digitalisasi (DigiKoP) yang disempurnakan oleh Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick di Kuching, Sarawak pada 25 Jun 2024. Dalam majlis tersebut, YB Datuk Ewon telah menyampaikan pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM) kepada tiga koperasi berjumlah RM1.45 juta serta sijil dan plak kepada empat koperasi di bawah Program Million Ringgit Coop League (MiRiCLe) kelolaan IKMa. Menurut YB Datuk Ewon, terdapat sejumlah 1,190 koperasi di Sarawak dengan keanggotaan seramai 313,000 orang, syer/ yuran berjumlah RM228 juta, nilai aset sebanyak RM651 juta manakala perolehan berjumlah RM369 juta. Katanya lagi, meskipun gerakan koperasi negara telah wujud lebih daripada satu abad, masih terdapat golongan masyarakat yang masih tidak cakna akan peranan penting koperasi dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat dan membangunkan sosioekonomi negara. Justeru, menjadi tanggungjawab KUSKOP dan agensi seperti SKM dan IKMa serta ANGKASA untuk terus mempergiatkan aktiviti turun padang bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap fungsi dan manfaat berkoperasi melalui Program MASKOP. Melalui program tersebut, KUSKOP berharap agar mesej membudayakan koperasi dalam kalangan setiap lapisan masyarakat dapat diperkukuh seterusnya menjadikan koperasi sebagai amalan gaya hidup masyarakat.
Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya mewakili ANGKASA ketika sesi forum dan taklimat berkaitan fungsi dan peranan SKM, IKMa dan ANGKASA serta perkongsian bersama koperasi berjaya dan kebaikan berkoperasi.
YB Datuk Ewon beramah mesra dengan wakil koperasi yang membuka reruai dalam Program MASKOP dan DigiKoP.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease