WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2024

9

YB Datuk Ewon bergambar bersama delegasi dari Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN).

YB Datuk Ewon, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama tetamu yang hadir.

perbankan kepada individu yang tidak mempunyai akses kepada bank tradisional di samping memainkan peranan penting dalam memberdayakan koperasi kecil dan mikro. Mereka memberikan entiti kecil ini akses kepada modal, latihan dan sumber pengurusan kewangan. Sokongan ini membantu koperasi kecil dan mikro berkembang dan melayani anggota mereka sendiri dengan lebih baik,” jelasnya. Sementara itu, Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa-Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. Balu Iyer dalam ucapannya menyeru gerakan koperasi di rantau berkenaan untuk mendukung langkah digitalisasi dan dalam masa sama mempertahankan nilai-nilai koperasi bagi memastikan gerakan itu mampu bergerak lebih maju di peringkat global serta mencapai kesaksamaan dalam masyarakat. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Rusli Jaafar, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor, Pengerusi Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA-AP, Mr. K.K Ravindran dan Setiausaha Koperasi Negara Timor Leste, H.E Eng. Arsenio Pereira Da Silva. Kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA Dr. Mohd Azlan Yahya serta barisan Anggota Lembaga ANGKASA, yang terdiri daripada Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang juga Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

YB Datuk Ewon dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berbincang dengan Setiausaha Koperasi Negara Timor Leste, H.E Eng. Arsenio Pereira Da Silva.

YB Datuk Ewon Benedick dan tetamu kehormat bergambar bersama delegasi tempatan dan antarabangsa.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease