04 Sekapur Sirih 05 Seulas Pinang 06 Rencana: PESAN50: Ke Arah Masa Depan Koperasi yang Lebih Cemerlang 08 Rencana: Ke Arah Pengantarabangsaan Koperasi Sekolah 10 Rencana: Aktifkan Rantaian Ekonomi dan Perkhidmatan Kesihatan di Musim Pandemik COVID-19 12 Rencana: Pengurusan Integriti dan Prestasi Organisasi 14 Rencana: Sektor Kewangan ANGKASA Konsisten Bantu Koperasi 16 Rencana: Platform Pendidikan Koperasi Memperkasakan Modal Insan KANDUNGAN
18 JPAN Sabah : Isu, Peluang & Cabaran dalam Perniagaan Koperasi di Sabah 20 JPAN Perak : Usaha Berterusan Bantu Perkasa Sektor Peruncitan Koperasi di Perak 22 JPAN Pahang 1 (Timur) : Pacu Kecemerlangan Pelajar Koperasi Sekolah 24 JPAN Pahang 2 (Tengah) : Projek Tanaman Vanila : Peluang Perniagaan Baharu Koperasi 26 JPAN Pahang 3 (Barat) : Sektor Peruncitan Kekal Penting Semasa Pandemik 28 JPAN Terengganu : Terus Bergerak Harungi Cabaran Pandemik
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Abdullah
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Datuk Zulkefli Hamzah Dr. Zaharani Ahmad Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi
2 PELANCAR Edisi Khas 2021
30 JPAN Negeri Sembilan :
42 JPAN Selangor : Digitalisasi Bantu Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja Berpasukan Tunjang Kekuatan 48 JPAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Masa Depan Gerakan Koperasi: Jadikan Penghalang Satu Peluang 50 Perangkaan Keanggotaan ANGKASA 54 Rencana: Peranan Komunikasi dan Media : Melestarikan Koperasi Sebagai Wadah Sosioekonomi 56 Yayasan ANGKASA
Ujian dan Cabaran Mengekalkan Kelangsungan Gerakan Koperasi Negeri Sembilan
32 JPAN Pulau Pinang : Projek Tanjung Waterfront Harbour Cruise Pulau Pinang: Peluang Koperasi Bergiat Aktif dalam Industri Pelancongan 34 JPAN Sarawak : Tingkat Usaha Dekati Golongan Belia 36 JPAN Perlis : Jual Harumanis Secara Dalam Talian: Koperasi Bantu Tingkat Perolehan Anggota 38 JPAN Melaka : Fokus dan Sasaran Aktiviti Ekonomi Koperasi di Melaka 40 JPAN Johor : ANGKASA Negeri Johor Teroka Program Pertanian Organik
Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya,
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
@ANGKASACoop
Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop
Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600
Pemberita/ Jurugambar Rahmat Mohd. Did Mohamad Zairul Hafiz Sardin Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Edisi Khas 2021 PELANCAR
3
Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia SEKAPUR SIRIH Datuk Nordin Salleh
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perubahan yang berlaku dalam landskap kehidupan berasaskan norma baharu ekoran pandemik COVID-19 telah banyak merubah dimensi pemikiran dan perspektif termasuklah pendekatan tadbir urus khususnya dalam sektor koperasi. Sehubungan dengan itu, Garis Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung Koperasi telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk memastikan pelaksanaan Mesyuarat Agung Koperasi dapat terus dijalankan. Menerusinya, penganjuran Mesyuarat Agung Negeri (MAN) 2021 akan dapat mengekalkan momentum yang sama iaitu membentang, membincang dan meluluskan kesemua agenda sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Koperasi 2010 dan Undang-Undang Kecil Koperasi. Garis panduan pengurusan mesyuarat semasa pandemik ini bukan sahaja membolehkan koperasi menjalankan kewajiban mereka malah ia juga merupakan satu usaha bagi memastikan tahap keselamatan anggota koperasi terus terjaga sepertimana arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi memastikan kelancaran mesyuarat, dokumentasi sokongan dan sistem komunikasi dua hala yang berlangsung melalui aplikasi tele-conferencing itu juga perlulah sentiasa dalam keadaan lengkap dan baik, jelas untuk didengar dan mudah untuk dibaca oleh semua. Saya amat yakin melalui kaedah norma baharu ini, MAN 2021 akan dapat berjalan mengikut agenda yang ditetapkan oleh Undang-Undang Kecil Koperasi. Saya juga yakin dengan pengalaman, tahap kepakaran dan kemudahan prasarana teknologi digital yang dimiliki dan disediakan oleh ANGKASA akan berupaya memastikan perjalanan MAN 2021 diurus dengan lebih cemerlang. Selamat bersidang kepada semua perwakilan bersama iringan doa dan harapan agar gerakan koperasi di negara kita terus maju demi kemakmuran sosioekonomi anggota, masyarakat dan negara. Terima kasih.
Datuk Nordin Salleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
4
PELANCAR Edisi Khas
SEULAS PINANG Dato’ Abdul Fattah Abdullah
Presiden ANGKASA
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pelaksanaan Mesyuarat Agung Negeri (MAN) 2021 secara maya menjadi petunjuk dan bukti terhadap tahap kesediaan serta keupayaan koperasi untuk terus berperanan walau dalam apa juga situasi. Pastinya cabaran dalam melengkapkan agenda dan perjalanan MAN 2021 sangat besar, namun semuanya mampu direalisasikan dengan lancar dan berkesan jika semua pihak dapat mengadaptasi dan menguasai pembaharuan dalam teknologi maklumat berasaskan Garis Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Saya yakin dengan kesungguhan serta keupayaan para perwakilan untuk bersama-sama mewarnai dan menjayakan MAN 2021. Pastinya mesyuarat pada tahun ini akan menempa satu sejarah baharu selain menjadi simbol percapaian terhadap aspirasi kerajaan untuk memartabatkan pembangunan digital dalam gerakan koperasi. Walaupun perniagaan koperasi kini sedang berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik COVID-19, kita perlu terus berani untuk bergerak ke hadapan secara berjemaah bagi menzahirkan kekuatan dan kestabilan yang lebih jitu. MAN 2021 juga boleh dijadikan sebagai platform koperasi untuk berkongsi pandangan serta idea bagi mengukuhkan lagi peranan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN). Ia sekali gus dapat membantu memperkasakan peranan JPAN sebagai pusat pengembangan kefahaman dan pengamalan prinsip koperasi selain dapat membentuk sebuah jaringan yang lebih kuat bagi mengukuhkan rantaian nilai dan pengeluaran koperasi. Bersama kita mendoakan kesejahteraan gerakan koperasi agar terus maju dan berjaya. Segalanya demi kemakmuran bersama dan kelestarian sosioekonomi seluruh anggota koperasi, masyarakat serta negara. Selamat bersidang. Terima kasih.
Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Edisi Khas PELANCAR
5
Rencana
PESAN50 : Ke Arah Masa Depan Koperasi Yang Lebih Cemerlang
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) Dato’ Abdul Fattah Abdullah
Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) yang mengambil kira semua dasar kerajaan untuk diadaptasi dan diselaraskan dengan objektif TransKoM 2021-2025. Menerusinya, sebuah pelan tindakan pembangunan koperasi yang lebih spesifik dan menyeluruh dapat dijalankan secara lebih terperinci mengikut tahap dan indikator yang seiring dengan sasaran serta keperluan sesebuah koperasi. Selaras dengan usaha untuk memastikan hasil strategi bagi setiap tonggak dapat dicapai, PESAN50 dirangka mengikut 3 fasa bermula dengan Pelan Jangka Pendek (2017-2020) yang bertemakan ‘Pembangunan Rangka Kerja Pelaksanaan dan Pemantauan Pelan Strategik dan Memperkasakan Misi ANGKASA sebagai Apeks Gerakan Koperasi’, Pelan Jangka Sederhana (2021-2025) dengan temanya iaitu ‘Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan’ dan Pelan Jangka Panjang (2031-2050) yang membawa tema ‘Koperasi Sebagai Gaya Hidup’.
Tahun 2021 merekodkan satu lagi sejarah baharu dalam gerakan koperasi di Malaysia apabila kerajaan telah meluluskan pindaan membabitkan sembilan peruntukan dalam Akta Koperasi 1993 (Akta 502) kepada Akta Koperasi (Pindaan) 2021 (A1634).
Pindaan tersebut yang mula berkuat kuasa pada 1 April 2021 berupaya memperkukuh kedudukan koperasi sebagai sebuah gerakan yang lebih dinamik dan mampu meningkatkan taraf sosioekonomi anggota serta masyarakat. Perubahan tersebut juga selari dengan Bidang Tujahan Ke-2 Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 yang memberi fokus kepada usaha bagi melahir dan meningkatkan minat serta kesungguhan terhadap pembentukan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan anggota koperasi. Sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan standard koperasi dan anggotanya, sasaran RM100 bilion yang diletakkan melalui sumbangan
perolehan koperasi kepada ekonomi negara menjelang 2030 itu haruslah dilihat dari perspektif yang positif. Demi merealisasikan matlamat perolehan tersebut, koperasi perlu bersedia untuk bergerak secara lebih pantas selain berani untuk meneroka dan meningkatkan kapasiti jualan secara lebih meluas serta konsisten. Di sinilah letaknya tanggungjawab setiap anggota khususnya Anggota Lembaga Koperasi (ALK) termasuk warga kerjanya untuk terus membentuk kekuatan, persefahaman dan bersatu padu dalam menggerakkan kerjasama demi menjayakan agenda koperasi. Sehubungan dengan itu, ANGKASA telah merangka Pelan
6
PELANCAR Edisi Khas
RANGKA PELAN TINDAKAN ANGKASA 2017-2050
PELAN JANGKA PANJANG
PELAN JANGKA PENDEK
PELAN JANGKA SEDERHANA
JANGKA MASA
2017 - 2050
RANCANGAN ANGKASA 2017 - 2020
RANCANGAN ANGKASA 2021 - 2025
RANCANGAN ANGKASA 2026 - 2030
RANCANGAN ANGKASA 2031 - 2050
Pembangunan Rangka Kerja Pelaksanaan dan Pemantauan Pelan Strategik dan Memperkasakan Misi ANGKASA sebagai APEKS Gerakan Koperasi
TEMA PELAN
Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan
Koperasi Sebagai Gaya Hidup
Anjakan fasa kedua (2021- 2025) yang bermula pada tahun ini telah meletakkan sasaran untuk ‘merangsang dan membangunkan perniagaan ANGKASA dan koperasi menerusi 15 fokus keutamaan yang telah dirancang. Sejajar dengan matlamat ‘Dasar Rangsangan Perniagaan ANGKASA’ yang mahu mengeksploitasi peluang ekonomi dan seterusnya menghasilkan pulangan pelaburan terbaik bagi koperasi dan anggotanya, ANGKASA terus optimis memperkasakan lapan (8) sektor ekonomi menerusi pelbagai aspek pembangunan ekonomi yang dirancang. Walaupun persekitaran ekonomi sering mengalami perubahan ekoran ketidaktentuan pasaran dan permintaan, ANGKASA sentiasa melakukan pemantauan dengan mengimbilkira perubahan arus ekonomi dan keperluan semasa termasuk dalam aspek pengurusan dan tahap keupayaan sesebuah koperasi. Cabaran ekonomi semasa dan situasi pandemik COVID-19 banyak memberi kesan terhadap prestasi perniagaan dan perolehan koperasi khususnya terhadap sektor-sektor tertentu. Namun, inisiatif ekonomi dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) serta Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) banyak membantu koperasi khususnya koperasi kecil untuk terus memulih dan menggerakkan aktivitinya secara konsisten. Bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan koperasi terus bergerak aktif menjana pembangunan perniagaan melalui sokongan pembiayaan daripada institusi kewangan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM), ANGKASA yakin lebih banyak lagi koperasi kecil dan komuniti yang majoriti anggotanya terdiri daripada golongan B40 akan dapat dibantu dan diperkasa. Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi sebanyak RM20 juta seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru- baru ini juga sedikit sebanyak dapat membantu membuka lebih banyak peluang perniagaan baharu sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan koperasi. Selain sokongan kewangan, program pembangunan modal insan juga turut ditekankan di bawah PESAN50 melalui 15 fokus keutamaan yang memberi tumpuan kepada memperkasakan budaya keusahawanan dan kesejahteraan sosial masyarakat. Usaha tersebut direalisasikan melalui salah satu daripada empat tonggak yang terangkum dalam Pelan
Jangka Sederhana 2021-2030 iaitu Tonggak Tadbir Urus. Ia merangkumi usaha ANGKASA untuk memantap dan memperkukuhkan rangka kerja tadbir urus dan perniagaan secara lebih kompeten kepada seluruh warga kerja dan anggota koperasi. Pelbagai aktiviti turut dianjurkan dari semasa ke semasa termasuklah program bicara ilmu secara maya seperti webinar yang melibatkan penyertaan pakar dalam pelbagai bidang. ANGKASA juga giat meneroka sumber-sumber perniagaan baharu selain memastikan setiap perancangan yang dibuat, dapat memberi manfaat dan bimbingan kepada koperasi yang terlibat untuk bersama-sama maju dan berjaya. PESAN50 membawa harapan dan keyakinan tinggi ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara untuk terus bergerak mengikut landasan TransKoM 2021-2025 selain memastikan fokus dalaman dan luarannya tercapai. Usaha ini diharap dapat meningkatkan tahap keyakinan dan prestasi yang lebih baik kepada pemegang taruh ANGKASA dan seluruh warga koperasi di Malaysia.
Edisi Khas PELANCAR
7
Rencana
Ke Arah Pengantarabangsaan Koperasi Sekolah
Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) Dato’ Haji Kamarudin Ismail
Negara-negara seperti Timor Leste, Indonesia, Korea Selatan dan Jepun kini telah memulakan model gerakan ini di negara masing-masing dan yang terkini, Norway juga telah menunjukkan minat untuk mendapat bimbingan ANGKASA bagi mempelajari model koperasi sekolah yang dilihat terbukti melahirkan generasi koperator dalam bidang keusahawanan. Terbaharu, menerusi kecemerlangan dan cerita kejayaan ( success story ) koperasi sekolah, Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA amat menghargai kepercayaan yang diberikan ANGKASA kerana telah memilih Koperasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Berhad untuk mewakili negara dalam program Asia Pacific Cooperative Youth Summit (APCYS) 3.0 yang bakal berlangsung pada bulan November 2021 kelak.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) begitu cakna terhadap perkembangan koperasi sekolah di Malaysia berasaskan sumbangan dan manfaatnya dalam jangka panjang bagi membangunkan generasi muda yang berwawasan, berketerampilan, berinovasi dan kreatif.
Dalam hal pembangunan koperasi sekolah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa koperasi sekolah mampu menjana ekonomi tanpa mengganggu sistem pembelajaran, malah terbukti mampu memberi latihan pembelajaran yang berkesan di luar kelas. Selari dengan usaha ini, Institut Koperasi Malaysia (IKM) juga telah mempelbagaikan program keusahawanan bagi meningkatkan ilmu, pengalaman dan kemahiran dalam kalangan Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
yang terdiri daripada guru-guru koperasi. Program pembangunan koperasi sekolah sangat positif dalam usaha memberi sumbangan berkesan sekali gus menyumbang bersama-sama koperasi dewasa kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pelbagai usaha dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan perjalanan koperasi lebih mantap dan berdaya saing. Koperasi sekolah di Malaysia turut menjadi model di peringkat antarabangsa dan usaha ini sentiasa dipergiatkan dengan mempromosikan model koperasi ini di peringkat antarabangsa.
8
PELANCAR Edisi Khas
Pemilihan ini diharap dapat menyuntik semangat para guru dan pelajar untuk berusaha memberikan persembahan terbaik pada program bertaraf global berkenaan sekali gus menonjolkan kehebatan imej koperasi sekolah Malaysia di mata dunia. Menyingkap sejarah kewujudan koperasi sekolah, idea penubuhan koperasi sekolah telah diutarakan oleh Prof. Diraja Ungku A. Aziz pada 1968. Sembilan buah koperasi sekolah di Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai perintis koperasi sekolah setahun selepas itu. Antaranya, Koperasi Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar Berhad di Pahang, Koperasi Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Berhad di Terengganu dan Koperasi Sekolah Menengah Dr. Burhanuddin Berhad di Perak. Kemudian, ia dikembangkan di Sarawak dan Sabah pada tahun 1976. Koperasi Sekolah Akademik Limbang Berhad menjadi koperasi sekolah pertama di Sarawak manakala Koperasi Sekolah Menengah Menggatal Berhad pula menjadi koperasi sekolah yang pertama di Sabah. Daripada sembilan buah sekolah, ia telah berkembang dan kini bilangannya telah mencapai sejumlah 2,444 buah dengan keanggotaan 1.632 juta orang, syer/ yuran berjumlah RM28.905 juta, aset berjumlah RM368.938 juta dan menyumbang perolehan sebanyak RM256.402 (Sumber: Jun 2020, Suruhanjaya Koperasi Malaysia). Menurut statistik tahun 2020, koperasi sekolah yang telah mencapai perolehan RM1 juta adalah sebanyak 12 buah manakala 15 buah koperasi mencapai perolehan mencecah hampir RM1 juta (dalam lingkungan RM700,000 – RM999,0000. Selain itu, 40 buah koperasi sekolah telah mendapat perolehan dalam lingkungan RM500,000 – RM700,000. Pencapaian ini membuktikan ANGKASA berada pada landasan yang tepat untuk melihat sasaran sebanyak 50 buah koperasi sekolah mampu mencatat perolehan melebihi RM1 juta menjelang tahun 2025 dengan penglibatan dan sokongan semua pihak.
Projek Barangan Asas 100 (BA100) yang diperkenalkan ANGKASA untuk menggerakkan perniagaan runcit koperasi turut berjaya menarik koperasi sekolah untuk terlibat dalam projek ini. Selain menawarkan harga berpatutan, projek BA100 juga dapat membantu menambahbaik tahap pengurusan serta menghasilkan pengurusan peruncitan kedai koperasi yang lebih efisen dan mantap. Sehingga kini, sebanyak 988 buah koperasi sekolah telah berdaftar untuk Program BA100 ini dan 149 buah koperasi sekolah telah membuat pembelian. Program ini juga dapat membuka peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada anggota selain membantu meningkatkan prestasi jualan dan keuntungan melalui pelbagai pakej promosi yang ditawarkan mengikut kesesuaian pasaran. Dalam usaha memastikan fungsi perniagaan koperasi sekolah diperluaskan, SKM telah meluluskan Pindaan Undang- Undang Kecil (UUK) koperasi sekolah pada 17 April 2020 lalu. Pindaan UUK koperasi sekolah ini telah dibincang, dibahas, dibentang dan dikemaskini oleh Jawatankuasa Teknikal Koperasi Sekolah (KPM/ JPN/MARA/BPLTV/ANGKASA) bagi memastikan pindaan disesuaikan di dalam keadaan semasa dan terpakai untuk semua koperasi sekolah di bawah seliaan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) KPM. SKM menerusi Bahagian Statutori & Pendaftaran mengambil maklum hasrat ANGKASA untuk menyeragamkan UUK koperasi sekolah bagi memudahkan urusan pemantauan semua koperasi sekolah menengah di bawah KPM. Penyeragaman ini telah dicapai secara bersama di antara KPM, SKM dan ANGKASA melalui ‘Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah’ anjuran ANGKASA agar ia selari dengan aktiviti perniagaan yang telah dan akan dilaksanakan. Kewujudan koperasi bidang pendidikan sama ada koperasi
sekolah mahu pun koperasi institut pengajian tinggi (IPT) mampu menyemai kesedaran terhadap sosioekonomi di samping mengamalkan cara hidup muafakat dalam kalangan generasi muda. Oleh yang demikian, pemerkasaan gerakan koperasi menjadi penyokong agenda pembangunan sosioekonomi negara yang seterusnya menyumbang secara langsung kepada hasrat menjadikan Malaysia sebagai Negara Keusahawanan Unggul menjelang tahun 2030 kelak. KPM juga sangat menggalakkan penglibatan secara langsung koperasi sekolah dalam aktiviti pembelajaran menerusi Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS). PKS yang kini dikenali sebagai COOPISTAC merupakan sebahagian kecil agenda kokurikulum yang disalurkan dalam bentuk pembelajaran in-situ tentang sejarah, tokoh, alam sekitar dan peranan koperator muda dalam membudayakan semangat jati diri koperasi mereka dan kaitannya dengan pendedahan yang betul dalam konteks sosial. Ini bersesuaian dengan hasrat KPM untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan bersahsiah serta pandai menyesuaikan diri dalam komuniti. Penekanan terhadap prinsip dan jati diri koperasi membolehkan program pembangunan dan pendidikan modal insan yang berterusan ini telah mengangkat nama ANGKASA di persada dunia. Lebih membanggakan apabila wakil ANGKASA pernah dijemput dalam pembentangan sesi pengalaman langsung pelaksanaan PKS program PKS di Filipina, Indonesia, Poland, Cuba, Korea Selatan, Jepun, Thailand dan Singapura. Kepelbagaian sumber dan nilai tambah dalam aktiviti sedia ada ternyata memberi impak besar kepada kemenjadian pelajar seterusnya mencipta kejayaan sehingga dikenali di peringkat global.
Edisi Khas PELANCAR
9
Rencana
Aktifkan Rantaian Ekonomi dan Perkhidmatan Kesihatan di Musim Pandemik COVID-19
Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan
Keutamaan kini lebih menjurus kepada usaha untuk meraih peluang yang ada bersesuaian dengan matlamat Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA untuk mengembang dan mempromosikan rangkaian perniagaan koperasi selain membina jenama CoopFarmasi sebagai sebuah rangkaian farmasi koperasi yang berjaya. Justeru, beberapa pendekatan boleh dibuat bagi memperkasakan sektor ini mengikut keperluan dan keupayaan yang dimiliki. Utamakan Produk dan Perkhidmatan Perlu Koperasi perlu bijak menarik perhatian pengguna dan masyarakat dengan mengetengahkan produk atau perkhidmatan yang berpotensi tinggi serta mampu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Pendekatan promosi
Inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) baru-baru
ini juga dilihat sebagai amat membantu. Salah satunya iaitu Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi menumpukan skop program meliputi geran bantuan dengan jumlah keseluruhan RM10 juta kepada koperasi yang terjejas khususnya dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri. Inisiatif itu juga adalah selaras dengan matlamat memperkasakan bidang tujahan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 yang keempat iaitu ‘Pembentukan Persekitaran Perniagaan yang Mampan dan Lestari’, sektor koperasi yang terlibat dalam lapangan penjagaan diri dan kesihatan wajar memainkan peranan secara lebih signifikan bersesuaian dengan keadaan semasa.
Sektor ekonomi tersebut yang telahpun dikategorikan oleh kerajaan sebagai ‘Perkhidmatan Perlu’ (Essential Services) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini menjadi antara keperluan penting masyarakat bagi mendapatkan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian. Kesan pandemik COVID-19 terhadap masyarakat telah membuka banyak peluang perniagaan baharu kepada penggiat ekonomi khususnya yang terlibat dalam urusniaga produk serta perkhidmatan penjagaan diri dan kesihatan seperti Coop Farmasi serta pusat rawatan milik koperasi.
10 PELANCAR Edisi Khas
jualan terhadap produk berkaitan penjagaan diri dan kesihatan di musim pandemik pasti akan dapat mengundang perhatian serta minat yang lebih tinggi oleh masyarakat pengguna. Walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran perbandingan harga pasaran dan kualiti dengan pesaing yang lain, koperasi perlu bijak menyesuaikan keadaan tersebut melalui pendekatan yang lebih sesuai dengan mewujudkan pakej belian yang lebih menarik. Antaranya seperti menawarkan diskaun harga untuk belian produk kedua atau perkhidmatan sampingan, mewujudkan pakej jualan secara pukal dengan tawaran harga lebih rendah atau mewujudkan diskaun khas kepada anggota koperasi. Manfaatkan Kemudahan Media Sosial Era komunikasi secaya maya melalui platform media sosial semakin popular sehingga berjaya mencetuskan fenomena baharu dalam kehidupan seharian masyarakat. Selain boleh berfungsi sebagai medium periklanan produk dan perkhidmatan, platform media sosial perlu diuruskan oleh petugas mahir yang sentiasa bersedia menghidupkan komunikasi dua hala. Ia bagi meyakinkan orang ramai terhadap jaminan kualiti dan perkhidmatan yang dipromosikan oleh koperasi. Kaedah pemasaran melalui media sosial bukan sahaja berupaya menarik lebih ramai pengikut di media sosial, malah boleh mencipta rekod jualan yang jauh lebih tinggi berbanding pendekatan konvensional. Dengan cara ini, kaedah pemasaran yang lebih fleksibel mampu diwujudkan sekali gus berupaya merangsang jualan sama ada secara langsung atau melalui pos.
Peluang Bangunkan Produk Koperasi Banyak peluang perniagaan yang boleh dijalankan melalui penjualan produk dan perkhidmatan. Antara yang boleh diketengahkan pada masa ini adalah seperti mewujudkan perkhidmatan ujian saringan (swab test) selain menjual produk penjagaan diri yang sesuai seperti pelitup muka, pembersih tangan, sarung tangan getah dan produk vitamin. Selain itu, koperasi juga boleh mengambil peluang dengan menjadi pengeluar atau pembekal produk kelengkapan pelindung diri (PPE suit) dan lain-lain perkhidmatan yang diperlukan oleh kerajaan mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Kuasai Jualan Secara Dalam Talian Pemahaman yang lebih tinggi terhadap konsep perniagaan secara dalam talian kini bukan lagi tertumpu kepada aspek ‘know how’ semata-mata. Pelbagai aplikasi jual beli yang ditawarkan semakin memudahkan pengguna selain tidak memerlukan kos operasi yang tinggi. Selain perlu memupuk minat dan kesungguhan untuk menguasai perniagaan online, koperasi juga perlu mempelajari perkara-perkara lain yang bersangkutan bagi menarik minat pelanggan seperti teknik copywriting, fotografi dan videografi. Di samping itu juga, pelbagai pakej bantuan dan latihan berkaitan digitalisasi juga telah disediakan kerajaan bagi membantu koperasi yang berminat. ANGKASA juga turut menawarkan pakej pengurusan laman web dan bimbingan selain menyediakan platform perniagaan dalam talian khusus untuk produk dan perkhidmatan koperasi.
Terap Budaya Ekonomi Cara Koperasi Sesuai dengan matlamat asal penubuhannya untuk memberi manfaat sosioekonomi melalui perniagaan, koperasi boleh berperanan secara lebih terbuka seperti membantu meringankan beban anggota dan masyarakat dengan menawarkan harga jualan mengikut tahap kemampuan anggota serta mewujudkan pakej jualan yang lebih fleksibel dan berpatutan. Di sinilah wujudnya ruang yang boleh diambil oleh koperasi untuk memupuk kefahaman dan minat masyarakat dengan menjelaskan kepada mereka fungsi sebenar dan kepentingan gerakan koperasi serta apa yang boleh disumbangkan melaluinya. Selain kegiatan ekonomi, banyak juga perkara lain yang boleh dijalankan oleh koperasi di musim pandemik sebagai salah satu cara mempromosikan imej korporat dan perniagaan koperasi kepada masyarakat. Antaranya adalah seperti menganjurkan program khidmat masyarakat (CSR) bagi membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Prinsip ketujuh koperasi iaitu ‘Berprihatin Kepada Masyarakat’ perlu terus disemarak dan dilibatkan dalam semua urusan berkaitan aktiviti ekonomi koperasi bagi mewujudkan keseimbangan sosioekonomi sesuai dengan matlamat awal penubuhannya. Keharmonian tersebut diharap dapat menjamin kelestarian gerakan koperasi sesuai dengan wawasan TransKoM untuk memperkasakan gerakan koperasi dan menjadikannya sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi Malaysia yang lebih inklusif, progresif dan mampan.
Edisi Khas PELANCAR
11
Rencana
Pengurusan Integriti dan Prestasi Organisasi
Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Integriti & Tadbir Urus ANGKASA Dr Mohd Azlan Yahya
itu melaksanakan usaha ke arah meningkatkan budaya integriti organisasi melalui penerapan nilai murni dan pelaksanaan operasi. Sebagai contoh ANGKASA telah menerapkan Sadiq, Amanah dan Telus sebagai nilai-nilai utama organisasi sejak ia ditubuhkan 50 tahun lalu. Di samping itu, ANGKASA juga menyediakan kod etika, piagam pelanggan, sistem kualiti serta prosedur operasi standard sebagai rujukan pelaksanaan operasi seharian. Sebagai badan puncak kepada gerakan koperasi di negara ini, ANGKASA secara berterusan menambah baik pengurusan integriti dengan mendapatkan pengiktirafan daripada pihak luar mengenai proses operasi. ANGKASA telah diberi pengiktirafan dengan memperolehi MS 37001: 2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah dan ISO 9001: 2016 Sistem Pengurusan Kualiti. Pengurusan Integriti pada tahap individu begitu mencabar kerana setiap individu dalam organisasi bermula daripada Lembaga Pengarah, pengurusan, dan pekerja mempunyai pemikiran dan tingkah laku yang berbeza. Amalan budaya kerja
Konsep Integriti Kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada arah tuju yang jelas dan pelaksanaan arah tuju tersebut dengan penuh integriti. Pelbagai konsep dan definisi telah dibincang dengan meluas oleh para sarjana. Satu konsep yang agak mudah untuk difahami berkaitan dengan integriti iaitu apa-apa pemikiran atau tindakan hendaklah berasaskan kepada nilai berbanding dengan kepentingan diri. Nilai di sini bermaksud sesuatu pemikiran atau tindakan hendaklah secara moral, etika, dan undang-undang adalah betul.
yang baik jika ia secara berterusan mengadaptasikan amalan terbaik dalam sistem pelaksanaan operasii dan pengurusannya. Pengurusan Integriti sesebuah organisasi boleh dikategorikan kepada dua tahap utama iaitu tahap organisasi dan tahap individu. Pada tahap organisasi, pengurusan integriti lebih tertumpu kepada sejauhmana sesebuah organisasi
Pengurusan Integriti
Sejak awal 1990an, organisasi awam dan swasta memberi perhatian terhada pengurusan integriti. Budaya integriti akan mencipta persekitaran kerja bernilai tinggi; memberi kesan kepada tadbir urus korporat dan ia menyediakan asas yang kukuh kepada prestasi kewangan jangka Panjang. Sesebuah organisasi dikatakan berada pada tahap integriti
12 PELANCAR Edisi Khas
tersebut, 75% daripada pelanggan secara aktif mengelak dariapada berurusniaga dengan syarikat yang mereka tidak percaya, dan 85% daripada pelanggan suka berurusan dengan syarikat yang mereka percaya (Koehn,2005). Ini menunjukkan organisasi terutamanya organisasi perniagaan mesti bekerja keras untuk mengekalkan reputasi mereka terutamanya dalam dunia teknologi media yang begitu canggih dan pantas. Amalan tahap integriti yang tinggi seperti etika dalam penjenamaan, penjagaan alam sekitar, pelaksanaan tanggungjawab sosial, profil lembaga pengarah dan pengurusan akan meningkatkan keyakinan masyarakat seterusnya meningkatkan reputasi atau imej organisasi. Aspek kewangan merupakan faktor paling penting untuk organisasi terus kekal beroperasi. Organisasi berusaha untuk meningkatkan tahap prestasi kewangan dari semasa ke semasa. Prestasi pekerja cemerlang, amalan tadbir urus yang baik, dan reputasi organisasi yang menyakinkan masyarakat hasil daripada amalan budaya integriti yang tinggi sudah pasti akan memberi impak kepada prestasi perniagaan seterusnya prestasi kewangan yang cemerlang. Rumusan Integriti merupakan elemen amat penting dan ia memberi kesan besar terhadap pembangunan individu, bangsa, organisasi dan negara. Pembentukan budaya berintegriti dan pengurusannya amatlah kritikal di segenap lapisan masyarakat. Ia bermula dengan pembentukan integriti di tahap individu yang akan memastikan pembudayaan di tahap organisasi berjalan dengan baik dan terus berkembang. Hasil daripada amalan budaya integriti menyediakan prestasi yang baik kepada pekerja, tadbir urus, imej atau reputasi dan kewangan organisasi yang memberi jaminan kepada keharmonian dan kemakmuran kepada kehidupan kita semua.
Di ANGKASA, satu bahagian khusus diujudkan untuk memastikan pengurusan integriti berjalan dengan lancar iaitu Bahagian Integriti, Tadbir Urus dan Risiko. Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk mengadakan kerjasama strategik dengan agensi- agensi berkaitan integriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Institut Integriti Malaysia. Integriti dan Prestasi Kajian-kajian telah membuktikan bahawa amalan tahap integriti yang tinggi memberi prestasi yang baik seterusnya membolehkan organisasi mampu menghadapi persaingan, berdaya tahan dan kekal lestari. Terdapat empat aspek prestasi utama organisasi hasil daripada amalan dan budaya integriti yang tinggi iaitu prestasi pekerja, tadbir urus, imej dan reputasi, dan kewangan. Kepintaran moral dalam kalangan pekerja dan amalan budaya integriti boleh memberi kesan kepada etika dan pembuatan keputusan seterusnya menyumbang kepada prestasi kerja yang lebih baik. Mengekalkan prestasi pekerja merupakan sesuatu yang penting kepada organisasi kerana prestasi pekerja cemerlang menyumbang kepada prestasi organisasi yang baik. Tahap integriti yang tinggi juga akan meningkatkan amalan tadbir urus yang baik. North (1990) menemui hubungan yang kuat antara budaya integriti dengan impak positif tanggungjawab pengurusan terhadap pemegang saham dan lembaga pengarah. Tadbir urus yang teguh memberi jaminan bahawa pemantauan dan pematuhan operasi organisasi berjalan dengan baik. Imej atau reputasi antara elemen penting kepada organisasi untuk terus maju. Pelbagai kajian merumuskan bahawa 63% nilai pasaran saham syarikat bergantung kepada reputasi syarikat
berintegriti merupakan satu keperluan bagi organisasi untuk mengesan, mencegah dan mengurangkan risiko kepada organisasi di peringkat awal. Lembaga Pengarah dan pengurusan memainkan peranan utama dalam membentuk budaya kerja yang berintegriti untuk diikuti dan diamal oleh warga kerja dalam organisasi. Prinsip kepimpinan melalui teladan amat penting dalam membentuk budaya kerja berintegriti kerana banyak kajian telah membuktikan gelagat berkaitan dengan masalah integriti bermula dari pihak atasan dan ia akan menjadi ikutan kepada pihak bawahan Semua individu dalam organisasi sama ada Lembaga Pengarah, pengurusan, dan pekerja hendaklah mengadaptasi dan mengamal budaya kerja yang sama. Secara umumnya, tujuh prinsip budaya kerja berintegriti iaitu: i. Sentiasa bersedia untuk bekerja ii. Mempunyai pemikiran dan sikap positif iii. Sikap menghormati orang lain iv. Mengamal akauntabiliti dan tanggungjawab v. Melaksana dan mematuhi polisi dan peraturan vi. Sentiasa menambahbaik etika kerja vii. Menghargai harta organisasi Bagi memastikan budaya kerja berintegriti berjalan lancar, sesebuah organiasi hendaklah mewujud, mempromosi, dan menguatkuasa segala polisi dan peraturan berkaitan integriti. Bagi mengatasi masalah rasuah, sebagai contoh, organisasi hendaklah mewujudkan Pelan Anti Rasuah. Semua pemegang taruh hendaklah dipastikan mengetahui dan memahami dengan jelas tentang pelan tersebut. Seterusnya pengurusan Lembaga Pengarah hendaklah menguatkuasakan dan memantau pelaksanaan serta mengambil tindakan pembetulan yang sewajarnya.
Edisi Khas PELANCAR
13
Rencana
Sektor Kewangan ANGKASA Konsisten Bantu Koperasi
Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Sektor Kewangan ANGKASA Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa
perniagaan. Objektifnya adalah untuk mendapatkan modal kerja pembangunan koperasi yang terdapat di pasaran bagi tujuan pembangunan perniagaan koperasi. Kewangan Dan Pemulihan Kredit Koperasi Program ini memberi pendedahan bagaimana koperasi perlu menguruskan kewangan mereka dengan lebih efektif supaya perbelanjaan dan pendapatan koperasi dapat dioptimumkan. Dalam program ini juga, koperasi diberi pendedahan berkaitan cara pengurusan NPF ( Non Perfoming Finance ) hutang lapuk ( bad debt ) dan apakah impak yang signifikan terhadap operasi koperasi
Walaupun pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak membataskan aktiviti ANGKASA dan koperasi, namun Sektor Kewangan tetap merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti agar koperasi mampu terus bergerak dan bersaing di waktu sukar ini.
3) Program Pengurusan
Misi utama Sektor Kewangan adalah menjadi platform yang dapat memperkasakan serta melindungi kepentingan dan memperjuangkan hak gerakan koperasi dari konteks perkhidmatan kewangan termasuk pengiktirafan, undang-undang, sumber modal dan produk. Sejajar dengan itu, beberapa program pembangunan telah dan sedang dijalankan sejak 2020 hingga kini. 1) Program Pemerkasaan Dan Pemantapan Produk Kewangan Program ini memberikan informasi dan pendaftaran
pemilikan oleh koperasi kepada produk kewangan yang mampu menjana pendapatan kepada koperasi. Koperasi perlu menerokai peluang perniagaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi meluaskan lagi aktiviti perniagaan koperasi ke tahap yang lebih optimum. 2) Program Rangsangan Modal Sektor Koperasi Program ini dirangka bagi mewujudkan platform untuk koperasi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
14 PELANCAR Edisi Khas
sekiranya akaun NPF ini tidak diuruskan dengan baik serta mempraktikkan amalan Pembiayaan Berhemah ( Prudent Financing ) dengan meneliti semula aturan pembiayaan dan prosedur pembiayaan koperasi. ANGKASA melalui Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA juga telah merangka satu perkhidmatan di bawah projek Cooperative Empowerment Plan 1 (CEP1) yang dinamakan sebagai Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS). Perkhidmatan ini diwujudkan bagi membantu koperasi dalam mengutip semula tunggakan pembiayaan dan seterusnya memulihkan semula tunggakan tersebut. Perkhidmatan ini akan menyasarkan kepada semua 591 buah koperasi kredit di seluruh Malaysia termasuklah 419 koperasi kredit yang merupakan pelanggan BPA, institusi perbankan dan agensi pembiayaan berlesen. Mereka telah
mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan tersebut. Perlaksanaan ACCRS ini mempunyai dua Fasa Perlaksanaan. Bagi Fasa 1, ANGKASA bertanggungjawab menguruskan aktiviti kutipan bagi pihak koperasi dengan kerjasama daripada agensi kutipan (DCA). Oleh yang demikian, pihak ANGKASA telah melantik 15 syarikat agensi kutipan sebagai panel. Agensi kutipan yang dilantik ini akan menjalankan aktiviti kutipan bagi pihak ANGKASA dan koperasi. Tindakan kawal selia akan dilakukan oleh kakitangan Sektor Kewangan dalam memastikan aktiviti kutipan dijalankan dengan lebih efektif dan mematuhi garis panduan serta tatacara pengutipan hutang (Fair Debt Collection Practice) . Setakat ini, terdapat lebih 30 koperasi telah mendapatkan perkhidmatan ini dan lebih RM1 juta kutipan ke atas hutang-hutang lapuk telah berjaya dikutip. Di antara kutipan yang berjaya ini, ada antaranya adalah penyelesaian penuh tunggakkan
dan ini sedikit sebanyak membantu koperasi dalam menurunkan kadar NPF koperasi ke satu tahap yang dapat dikawal dan diuruskan. Selain itu, Sektor Kewangan juga mewujudkan sebuah program kerjasama dengan syarikat telekomunikasi redONE melalui projek redCOOP. Projek ini merupakan satu bentuk kerjasama baharu yang direka khas untuk koperasi naungan ANGKASA agar dapat menjadi rakan niaga redONE. Koperasi akan dilatih bagi membuat jualan langsung dan juga dibenarkan melantik anggotanya sebagai penasihat jualan ( sales advisor ). Koperasi akan mendapat keuntungan jangka panjang selagi pengguna masih membuat pembayaran. Koperasi juga dapat memupuk keusahawanan dalam kalangan anggota koperasi serta dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan bulanan. Setakat ini, lima koperasi telah menjadi rakan niaga redCOOP dan telah berjaya menjana pendapatan daripada program tersebut.
Edisi Khas PELANCAR
15
Rencana
Platform Pendidikan Koperasi Memperkasakan Modal Insan
Gerakan koperasi telah hampir 100 tahun bertapak di bumi tanah air tercinta kita di Malaysia. Kini sebanyak 14,668 koperasi didaftarkan di seluruh negara dengan jumlah 6.1 juta anggota. Dari segi pencapaian, gerakan koperasi menjana pendapatan RM45.7 bilion dan aset RM142 bilion (SKM, 2020) antara penyumbang dalam perkembangan ekonomi negara. Bagi meneruskan kelangsungan dan kelestarian gerakan koperasi agar terus berkembang serta meningkatkan sosioekonomi anggota, sumbangan platform pendidikan koperasi sangat penting dalam pembangunan Modal Insan. Fokus dalam rencana ini melibatkan Institut Koperasi Malaysia (IKM), Institusi Sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Naib Presiden ANGKASA merangkap Penolong Naib Cancelor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
Institut Koperasi Malaysia
Cadangan kenaikan taraf Institut Koperasi Malaysia (IKM) dijadikan sebuah universiti kebitaraan bidang koperasi merupakan suatu anjakan paradigma untuk meningkatkan peranan pembangunan Modal Insan dan profesionalisma dalam gerakan koperasi. Kewujudan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) merupakan institusi pendidikan dan latihan dalam bidang koperasi yang ulung di negara ini. Sejarah termaktub pada 1 November 1968, kerajaan mengiktiraf MKM diperbadankan sebagai sebuah badan berkanun diwartakan melalui Akta Maktab Kerjasama Malaysia 1968 (Akta 437). Keupayaan MKM memperluaskan fungsi serta penambahbaikan bidang koperasi melalui pendidikan dan latihan dilaksanakan melalui Pelan Transformasi MKM (2015-2020) seterusnya menaikkan taraf kepada IKM apabila mendapat keizinan Majlis Jemaah Menteri pada 13 Disember 2017. Pindaan Akta Maktab Koperasi (Pindaan) 2011 kepada Institut Koperasi
kerajaan akan mengambil langkah menaik taraf IKM kepada universiti sepenuhnya bagi memperkasakan koperasi serta turut memanfaatkan keseluruhan anggotanya. Beliau berkata demikian sewaktu menggulung Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020 di Dewan Negara (Sinar Harian, 30 Disember 2020 dimana MEDAC akan mempertimbangkan untuk menamakan Universiti Ungku Abdul Aziz sebagai mengenang jasa dan bakti Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dalam pembangunan koperasi negara. Ataupun pilihan lain untuk menaikkan taraf Kolej Icoop yakni anak syarikat IKM kepada Kolej Universiti Icoop yang memfokuskan kepada bidang pendidikan koperasi dan keusahawanan. Kini Kolej Icoop menawarkan beberapa program diploma yang berkaitan sektor koperasi. Pada masa yang sama IKM
Malaysia (IKM) di Parlimen juga telah diluluskan pada 20.12.2018 dan yang terkini, sebagai Akta Institut Koperasi Malaysia Pindaan 2019 (A1598). Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah melancarkan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021- 2025 pada 30 Mac 2021 lalu. IKM berperanan menghasilkan Modal Insan produktif dan berilmu sebagai sebuah IPT yang mengkhususkan kepada pendidikan koperasi dan keusahawanan. Ternyata IKM terbukti mampu berperanan lebih dinamik dalam melahirkan golongan profesional koperasi dengan menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan dan berjiwa keusahawanan. Menyedari hakikat tersebut, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC), YB Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan bahawa
16 PELANCAR Edisi Khas
ANGKASA dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersetuju menawarkan penubuhan pusat ANGKASA–UMK RESEARCH ACADEMY (AURA) di bawah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, UMK. Objektif penubuhan AURA menjadi pusat rujukan koperasi dalam melaksanakan penyelidikan dan pembangunan insaniah ke arah kelestarian koperasi dan kesejahteraan rakyat. Diharapkan platform pendidikan ini dapat membantu meningkatkan pembangunan gerakan koperasi di negara ini. Contohnya, IPT boleh menjalankan kajian dalam gambaran sebenar terhadap tahap sosioekonomi dan saranan kelestarian koperasi semasa pandemik COVID-19. Begitu juga universiti mampu menyediakan sumber manusia yang berilmu dan profesional bagi melaksanakan sesuatu kerjaya memperkasakan kelestarian koperasi.
Institut Pengajian Tinggi
memberi tumpuan dalam latihan dan penyelidikan bidang koperasi jika tidak dinaikkan taraf universiti sepenuhnya. Walau apa pun yang penting adalah aspek platform pendidikan koperasi perlu diteruskan sebagai pembelajaran sepanjang hayat sama ada melalui IKM ataupun Kolej Icoop.
Di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT), aspek platform pendidikan berkoperasi bukanlah semata-mata perolehan pendapatan dan bilangan kewujudan koperasi universiti, politeknik ataupun siswa. Mengikut perangkaannya, terdapat sebanyak 118 buah koperasi IPT ditubuhkan dengan keanggotaan seramai 132,022 orang, aset sebanyak RM569 juta dengan perolehan berjumlah RM96 juta (SKM, 2020).
Institusi Sekolah
Koperasi sekolah juga merupakan platform pendidikan modal insan koperasi yang berkesan. Natijah daripada jasa besar dan sumbangan Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, beliau berjaya merealisasikan idea penubuhan koperasi sekolah pada tahun 1968 bermula daripada sembilan buah sekolah sebagai perintis. Kini, bilangan koperasi sekolah telah mencapai 2,444 buah dengan keanggotaan 1.6 juta orang dan aset sebanyak RM369 juta serta perolehan RM256 juta (SKM, 2020). Pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap pendidikan koperasi sekolah sebagai salah satu aktiviti kokurikulum juga seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal tersebut membuktikan bahawa adanya nilai baik yang boleh digarap oleh guru dan pelajar. Ternyata koperasi sekolah berupaya menjadi platform memupuk bakat kepemimpinan, minat dan keusahawanan dalam kalangan generasi muda. Di samping menjana pendapatan, koperasi sekolah juga banyak memberi faedah dan sumbangan kepada warga serta pengurusan sekolah. Malahan peranan ANGKASA dalam pembangunan koperasi sekolah diakui KPM. Kerjasama ini terbukti oleh mantan wakil KPM iaitu Dato’ Haji Kamaruddin Ismail, Timbalan Presiden ANGKASA yang banyak menyumbang bakti dalam mengembangkan gerakan koperasi sekolah melalui penglibatan di peringkat tempatan dan antarabangsa. ANGKASA melalui Bahagian Sekolah turut mengadakan Kursus Pembangunan Koperasi Sekolah di samping menjadikannya sebagai one-stop-centre untuk semua aktiviti pembangunan perniagaan dan khidmat nasihat mengenai tadbir urus serta kewangan koperasi sekolah. Bahagian ini akan menyelaras dengan bahagian dan sektor lain yang menyediakan perkhidmatan untuk semua program yang melibatkan koperasi sekolah. Oleh itu, hubungan KPM – ANGKASA telah mencorakkan landskap koperasi mampu berdiri sendiri dan melahirkan usahawan muda.
Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi
Pembiayaan dan kelancaran program pendidikan, latihan dan kajian berkaitan koperasi anjuran IKM dan koperasi boleh diperoleh melalui agihan dana Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPd) yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Kutipan wang amanah untuk pendidikan koperasi adalah sumbangan dua peratus daripada RM100,000 ke atas untung bersih teraudit setiap tahun kewangan dari setiap koperasi (tidak termasuk koperasi sekolah) (SKM, 2016). Arahan pembayaran oleh SKM atas peraturan di bawah perenggan 57(2)(a) Akta Koperasi 1993. Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi adalah manifestasi Prinsip Koperasi Keenam iaitu Kerjasama Antara Koperasi. Potongan keuntungan koperasi ini apabila dikumpul menjadi pemangkin dalam ekosistem koperasi. Bagi meningkatkan keupayaan Modal Insan dalam semua peringkat masyarakat amat memerlukan platform pendidikan koperasi yang lebih tersusun dan berkesinambungan. Ia harus bermula dari peringkat koperasi sekolah sehingga ke peringkat koperasi pelbagai sektor termasuk koperasi dewasa dan komuniti. Ia adalah ibarat seseorang itu melalui proses pembelajaran sepanjang hayat apabila berkecimpung dalam dunia koperasi. Pendidikan dan tadbir urus yang baik adalah tonggak kejayaan dan kecemerlangan koperasi.
Platform pendidikan koperasi di peringkat IPT perlulah diterap dalam proses pembelajaran akademik, penyelidikan dan inovasi serta lebih intensif melibatkan universiti, siswa dan masyarakat. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah melancarkan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT (2021-2025) pada 19 Februari 2021 lalu. Pelan tindakan ini memberi ruang Pusat Keusahawanan IPT daripada setiap universiti / politeknik bertanggungjawab melestarikan koperasi siswa serta melahirkan usahawan yang profesional mengikut bidang disiplin yang dipelajari. Langkah strategik ANGKASA menggunakan platform pendidikan dan penyelidikan koperasi di peringkat IPT telah digerakkan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Beliau memberi ruang kolaborasi mana-mana IPT yang berminat bersama ANGKASA. Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan ANGKASA diberikan mandat dalam usaha memperkasakan pendidikan koperasi di antara IPT. Sebagai permulaan,
Edisi Khas PELANCAR
17
JPAN Sabah
Isu, Peluang dan Cabaran dalam Perniagaan Koperasi Di Sabah Oleh: Encik Aiddie Dahlin Pengurus Kanan ANGKASA Sabah Berdasarkan Temu bual bersama Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh
Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh
Pengerusi JPAN Sabah
Pendigitalan operasi dan perniagaan sektor koperasi di Sabah adalah selaras dengan norma baharu perniagaan tempatan dan global terutama sepanjang mengharungi pandemik COVID-19. Usaha berterusan bagi membangun dan memperkasa perniagaan koperasi melalui platform e-dagang berbanding kaedah konvensional juga dilihat bersesuaian dengan suasana kepesatan teknologi masa kini. Pendekatan jualan secara dalam talian ternyata banyak membantu koperasi meneruskan kelangsungan aktiviti selain meningkatkan hasil jualan sesuai dengan persekitaran ekonomi merentas daerah, negeri malah negara. Rantaian pemasaran dalam talian yang luas melalui kemudahan jualan oleh pelbagai aplikasi jualan serta khidmat penghantaran yang semakin pantas dan mudah memberi petunjuk bahawa aktiviti jualan secara dalam
Peluang perniagaan runcit juga turut terbuka luas buat koperasi di negeri Sabah dalam usaha untuk berkecimpung dalam lapangan perniagaan secara dalam talian dengan menyertai projek Barangan Asas 100 (BA100) anjuran ANGKASA untuk membantu memperkasa sektor pemborongan dan peruncitan koperasi. Koperasi yang menjalankan sektor perniagaan runcit atau yang berminat untuk menceburi aktiviti peruncitan boleh mendapatkan maklumat melalui pegawai dan kakitangan JPAN Sabah. Pendigitalan dalam operasi dan perniagaan koperasi di negeri Sabah khususnya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada koperasi. Pendedahan dan latihan yang diberi dari semasa ke semasa melalui pelbagai sesi taklimat dan seminar juga banyak membantu koperasi untuk lebih memahami kepentingan dan kaedah menguruskan perniagaan secara dalam talian.
dan logistik. Situasi ini juga nyata berbeza jika dibandingkan dengan kaedah konvensional yang banyak melibatkan kos pengurusan yang tinggi seperti bayaran sewa lot perniagaan, gaji pekerja selain bayaran utiliti yang lain. Era pendigitalan dalam perniagaan juga dilihat semakin berkembang bukan sahaja dalam aspek perniagaan barangan keperluan harian atau runcit, malah boleh merangkumi pelbagai jenis produk dan juga perkhidmatan. Konsep jual beli secara dalam talian juga turut berkembang dalam pelbagai sudut seperti periklanan, promosi dan tarikan harga yang menarik sekali gus dapat memperkenalkan koperasi negeri Sabah. Jangkauan pelanggan juga menjadi semakin luas hingga boleh
talian mampu menjana perolehan yang tinggi dan menguntungkan. Kita mungkin akan menghadapi masalah kekurangan pelanggan di tempat sendiri untuk produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Namun, mungkin masyarakat di luar sana lebih tertarik dan sememangnya memerlukan produk tersebut seperti produk kraftangan, pakaian dan makanan. Justeru, usaha untuk terus maju dan menguasai ilmu perniagaan moden perlulah dimiliki oleh koperasi bagi meneruskan kelangsungan perniagaan dan meningkatkan perolehan koperasi. Pelbagai kemudahan seperti latihan dan bantuan telah disediakan oleh agensi kerajaan yang terlibat bagi membantu koperasi untuk memantapkan lagi kemahiran.
18 PELANCAR Edisi Khas
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67 Page 68Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease