WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

Rencana

Ke Arah Pengantarabangsaan Koperasi Sekolah

Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) Dato’ Haji Kamarudin Ismail

Negara-negara seperti Timor Leste, Indonesia, Korea Selatan dan Jepun kini telah memulakan model gerakan ini di negara masing-masing dan yang terkini, Norway juga telah menunjukkan minat untuk mendapat bimbingan ANGKASA bagi mempelajari model koperasi sekolah yang dilihat terbukti melahirkan generasi koperator dalam bidang keusahawanan. Terbaharu, menerusi kecemerlangan dan cerita kejayaan ( success story ) koperasi sekolah, Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA amat menghargai kepercayaan yang diberikan ANGKASA kerana telah memilih Koperasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Berhad untuk mewakili negara dalam program Asia Pacific Cooperative Youth Summit (APCYS) 3.0 yang bakal berlangsung pada bulan November 2021 kelak.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) begitu cakna terhadap perkembangan koperasi sekolah di Malaysia berasaskan sumbangan dan manfaatnya dalam jangka panjang bagi membangunkan generasi muda yang berwawasan, berketerampilan, berinovasi dan kreatif.

Dalam hal pembangunan koperasi sekolah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa koperasi sekolah mampu menjana ekonomi tanpa mengganggu sistem pembelajaran, malah terbukti mampu memberi latihan pembelajaran yang berkesan di luar kelas. Selari dengan usaha ini, Institut Koperasi Malaysia (IKM) juga telah mempelbagaikan program keusahawanan bagi meningkatkan ilmu, pengalaman dan kemahiran dalam kalangan Ahli Lembaga Koperasi (ALK)

yang terdiri daripada guru-guru koperasi. Program pembangunan koperasi sekolah sangat positif dalam usaha memberi sumbangan berkesan sekali gus menyumbang bersama-sama koperasi dewasa kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pelbagai usaha dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan perjalanan koperasi lebih mantap dan berdaya saing. Koperasi sekolah di Malaysia turut menjadi model di peringkat antarabangsa dan usaha ini sentiasa dipergiatkan dengan mempromosikan model koperasi ini di peringkat antarabangsa.

8

PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease