WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

Pemilihan ini diharap dapat menyuntik semangat para guru dan pelajar untuk berusaha memberikan persembahan terbaik pada program bertaraf global berkenaan sekali gus menonjolkan kehebatan imej koperasi sekolah Malaysia di mata dunia. Menyingkap sejarah kewujudan koperasi sekolah, idea penubuhan koperasi sekolah telah diutarakan oleh Prof. Diraja Ungku A. Aziz pada 1968. Sembilan buah koperasi sekolah di Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai perintis koperasi sekolah setahun selepas itu. Antaranya, Koperasi Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar Berhad di Pahang, Koperasi Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Berhad di Terengganu dan Koperasi Sekolah Menengah Dr. Burhanuddin Berhad di Perak. Kemudian, ia dikembangkan di Sarawak dan Sabah pada tahun 1976. Koperasi Sekolah Akademik Limbang Berhad menjadi koperasi sekolah pertama di Sarawak manakala Koperasi Sekolah Menengah Menggatal Berhad pula menjadi koperasi sekolah yang pertama di Sabah. Daripada sembilan buah sekolah, ia telah berkembang dan kini bilangannya telah mencapai sejumlah 2,444 buah dengan keanggotaan 1.632 juta orang, syer/ yuran berjumlah RM28.905 juta, aset berjumlah RM368.938 juta dan menyumbang perolehan sebanyak RM256.402 (Sumber: Jun 2020, Suruhanjaya Koperasi Malaysia). Menurut statistik tahun 2020, koperasi sekolah yang telah mencapai perolehan RM1 juta adalah sebanyak 12 buah manakala 15 buah koperasi mencapai perolehan mencecah hampir RM1 juta (dalam lingkungan RM700,000 – RM999,0000. Selain itu, 40 buah koperasi sekolah telah mendapat perolehan dalam lingkungan RM500,000 – RM700,000. Pencapaian ini membuktikan ANGKASA berada pada landasan yang tepat untuk melihat sasaran sebanyak 50 buah koperasi sekolah mampu mencatat perolehan melebihi RM1 juta menjelang tahun 2025 dengan penglibatan dan sokongan semua pihak.

Projek Barangan Asas 100 (BA100) yang diperkenalkan ANGKASA untuk menggerakkan perniagaan runcit koperasi turut berjaya menarik koperasi sekolah untuk terlibat dalam projek ini. Selain menawarkan harga berpatutan, projek BA100 juga dapat membantu menambahbaik tahap pengurusan serta menghasilkan pengurusan peruncitan kedai koperasi yang lebih efisen dan mantap. Sehingga kini, sebanyak 988 buah koperasi sekolah telah berdaftar untuk Program BA100 ini dan 149 buah koperasi sekolah telah membuat pembelian. Program ini juga dapat membuka peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada anggota selain membantu meningkatkan prestasi jualan dan keuntungan melalui pelbagai pakej promosi yang ditawarkan mengikut kesesuaian pasaran. Dalam usaha memastikan fungsi perniagaan koperasi sekolah diperluaskan, SKM telah meluluskan Pindaan Undang- Undang Kecil (UUK) koperasi sekolah pada 17 April 2020 lalu. Pindaan UUK koperasi sekolah ini telah dibincang, dibahas, dibentang dan dikemaskini oleh Jawatankuasa Teknikal Koperasi Sekolah (KPM/ JPN/MARA/BPLTV/ANGKASA) bagi memastikan pindaan disesuaikan di dalam keadaan semasa dan terpakai untuk semua koperasi sekolah di bawah seliaan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) KPM. SKM menerusi Bahagian Statutori & Pendaftaran mengambil maklum hasrat ANGKASA untuk menyeragamkan UUK koperasi sekolah bagi memudahkan urusan pemantauan semua koperasi sekolah menengah di bawah KPM. Penyeragaman ini telah dicapai secara bersama di antara KPM, SKM dan ANGKASA melalui ‘Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah’ anjuran ANGKASA agar ia selari dengan aktiviti perniagaan yang telah dan akan dilaksanakan. Kewujudan koperasi bidang pendidikan sama ada koperasi

sekolah mahu pun koperasi institut pengajian tinggi (IPT) mampu menyemai kesedaran terhadap sosioekonomi di samping mengamalkan cara hidup muafakat dalam kalangan generasi muda. Oleh yang demikian, pemerkasaan gerakan koperasi menjadi penyokong agenda pembangunan sosioekonomi negara yang seterusnya menyumbang secara langsung kepada hasrat menjadikan Malaysia sebagai Negara Keusahawanan Unggul menjelang tahun 2030 kelak. KPM juga sangat menggalakkan penglibatan secara langsung koperasi sekolah dalam aktiviti pembelajaran menerusi Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS). PKS yang kini dikenali sebagai COOPISTAC merupakan sebahagian kecil agenda kokurikulum yang disalurkan dalam bentuk pembelajaran in-situ tentang sejarah, tokoh, alam sekitar dan peranan koperator muda dalam membudayakan semangat jati diri koperasi mereka dan kaitannya dengan pendedahan yang betul dalam konteks sosial. Ini bersesuaian dengan hasrat KPM untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan bersahsiah serta pandai menyesuaikan diri dalam komuniti. Penekanan terhadap prinsip dan jati diri koperasi membolehkan program pembangunan dan pendidikan modal insan yang berterusan ini telah mengangkat nama ANGKASA di persada dunia. Lebih membanggakan apabila wakil ANGKASA pernah dijemput dalam pembentangan sesi pengalaman langsung pelaksanaan PKS program PKS di Filipina, Indonesia, Poland, Cuba, Korea Selatan, Jepun, Thailand dan Singapura. Kepelbagaian sumber dan nilai tambah dalam aktiviti sedia ada ternyata memberi impak besar kepada kemenjadian pelajar seterusnya mencipta kejayaan sehingga dikenali di peringkat global.

Edisi Khas PELANCAR

9

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease