WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

jualan terhadap produk berkaitan penjagaan diri dan kesihatan di musim pandemik pasti akan dapat mengundang perhatian serta minat yang lebih tinggi oleh masyarakat pengguna. Walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran perbandingan harga pasaran dan kualiti dengan pesaing yang lain, koperasi perlu bijak menyesuaikan keadaan tersebut melalui pendekatan yang lebih sesuai dengan mewujudkan pakej belian yang lebih menarik. Antaranya seperti menawarkan diskaun harga untuk belian produk kedua atau perkhidmatan sampingan, mewujudkan pakej jualan secara pukal dengan tawaran harga lebih rendah atau mewujudkan diskaun khas kepada anggota koperasi. Manfaatkan Kemudahan Media Sosial Era komunikasi secaya maya melalui platform media sosial semakin popular sehingga berjaya mencetuskan fenomena baharu dalam kehidupan seharian masyarakat. Selain boleh berfungsi sebagai medium periklanan produk dan perkhidmatan, platform media sosial perlu diuruskan oleh petugas mahir yang sentiasa bersedia menghidupkan komunikasi dua hala. Ia bagi meyakinkan orang ramai terhadap jaminan kualiti dan perkhidmatan yang dipromosikan oleh koperasi. Kaedah pemasaran melalui media sosial bukan sahaja berupaya menarik lebih ramai pengikut di media sosial, malah boleh mencipta rekod jualan yang jauh lebih tinggi berbanding pendekatan konvensional. Dengan cara ini, kaedah pemasaran yang lebih fleksibel mampu diwujudkan sekali gus berupaya merangsang jualan sama ada secara langsung atau melalui pos.

Peluang Bangunkan Produk Koperasi Banyak peluang perniagaan yang boleh dijalankan melalui penjualan produk dan perkhidmatan. Antara yang boleh diketengahkan pada masa ini adalah seperti mewujudkan perkhidmatan ujian saringan (swab test) selain menjual produk penjagaan diri yang sesuai seperti pelitup muka, pembersih tangan, sarung tangan getah dan produk vitamin. Selain itu, koperasi juga boleh mengambil peluang dengan menjadi pengeluar atau pembekal produk kelengkapan pelindung diri (PPE suit) dan lain-lain perkhidmatan yang diperlukan oleh kerajaan mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Kuasai Jualan Secara Dalam Talian Pemahaman yang lebih tinggi terhadap konsep perniagaan secara dalam talian kini bukan lagi tertumpu kepada aspek ‘know how’ semata-mata. Pelbagai aplikasi jual beli yang ditawarkan semakin memudahkan pengguna selain tidak memerlukan kos operasi yang tinggi. Selain perlu memupuk minat dan kesungguhan untuk menguasai perniagaan online, koperasi juga perlu mempelajari perkara-perkara lain yang bersangkutan bagi menarik minat pelanggan seperti teknik copywriting, fotografi dan videografi. Di samping itu juga, pelbagai pakej bantuan dan latihan berkaitan digitalisasi juga telah disediakan kerajaan bagi membantu koperasi yang berminat. ANGKASA juga turut menawarkan pakej pengurusan laman web dan bimbingan selain menyediakan platform perniagaan dalam talian khusus untuk produk dan perkhidmatan koperasi.

Terap Budaya Ekonomi Cara Koperasi Sesuai dengan matlamat asal penubuhannya untuk memberi manfaat sosioekonomi melalui perniagaan, koperasi boleh berperanan secara lebih terbuka seperti membantu meringankan beban anggota dan masyarakat dengan menawarkan harga jualan mengikut tahap kemampuan anggota serta mewujudkan pakej jualan yang lebih fleksibel dan berpatutan. Di sinilah wujudnya ruang yang boleh diambil oleh koperasi untuk memupuk kefahaman dan minat masyarakat dengan menjelaskan kepada mereka fungsi sebenar dan kepentingan gerakan koperasi serta apa yang boleh disumbangkan melaluinya. Selain kegiatan ekonomi, banyak juga perkara lain yang boleh dijalankan oleh koperasi di musim pandemik sebagai salah satu cara mempromosikan imej korporat dan perniagaan koperasi kepada masyarakat. Antaranya adalah seperti menganjurkan program khidmat masyarakat (CSR) bagi membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Prinsip ketujuh koperasi iaitu ‘Berprihatin Kepada Masyarakat’ perlu terus disemarak dan dilibatkan dalam semua urusan berkaitan aktiviti ekonomi koperasi bagi mewujudkan keseimbangan sosioekonomi sesuai dengan matlamat awal penubuhannya. Keharmonian tersebut diharap dapat menjamin kelestarian gerakan koperasi sesuai dengan wawasan TransKoM untuk memperkasakan gerakan koperasi dan menjadikannya sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi Malaysia yang lebih inklusif, progresif dan mampan.

Edisi Khas PELANCAR

11

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease