tersebut, 75% daripada pelanggan secara aktif mengelak dariapada berurusniaga dengan syarikat yang mereka tidak percaya, dan 85% daripada pelanggan suka berurusan dengan syarikat yang mereka percaya (Koehn,2005). Ini menunjukkan organisasi terutamanya organisasi perniagaan mesti bekerja keras untuk mengekalkan reputasi mereka terutamanya dalam dunia teknologi media yang begitu canggih dan pantas. Amalan tahap integriti yang tinggi seperti etika dalam penjenamaan, penjagaan alam sekitar, pelaksanaan tanggungjawab sosial, profil lembaga pengarah dan pengurusan akan meningkatkan keyakinan masyarakat seterusnya meningkatkan reputasi atau imej organisasi. Aspek kewangan merupakan faktor paling penting untuk organisasi terus kekal beroperasi. Organisasi berusaha untuk meningkatkan tahap prestasi kewangan dari semasa ke semasa. Prestasi pekerja cemerlang, amalan tadbir urus yang baik, dan reputasi organisasi yang menyakinkan masyarakat hasil daripada amalan budaya integriti yang tinggi sudah pasti akan memberi impak kepada prestasi perniagaan seterusnya prestasi kewangan yang cemerlang. Rumusan Integriti merupakan elemen amat penting dan ia memberi kesan besar terhadap pembangunan individu, bangsa, organisasi dan negara. Pembentukan budaya berintegriti dan pengurusannya amatlah kritikal di segenap lapisan masyarakat. Ia bermula dengan pembentukan integriti di tahap individu yang akan memastikan pembudayaan di tahap organisasi berjalan dengan baik dan terus berkembang. Hasil daripada amalan budaya integriti menyediakan prestasi yang baik kepada pekerja, tadbir urus, imej atau reputasi dan kewangan organisasi yang memberi jaminan kepada keharmonian dan kemakmuran kepada kehidupan kita semua.
Di ANGKASA, satu bahagian khusus diujudkan untuk memastikan pengurusan integriti berjalan dengan lancar iaitu Bahagian Integriti, Tadbir Urus dan Risiko. Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk mengadakan kerjasama strategik dengan agensi- agensi berkaitan integriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Institut Integriti Malaysia. Integriti dan Prestasi Kajian-kajian telah membuktikan bahawa amalan tahap integriti yang tinggi memberi prestasi yang baik seterusnya membolehkan organisasi mampu menghadapi persaingan, berdaya tahan dan kekal lestari. Terdapat empat aspek prestasi utama organisasi hasil daripada amalan dan budaya integriti yang tinggi iaitu prestasi pekerja, tadbir urus, imej dan reputasi, dan kewangan. Kepintaran moral dalam kalangan pekerja dan amalan budaya integriti boleh memberi kesan kepada etika dan pembuatan keputusan seterusnya menyumbang kepada prestasi kerja yang lebih baik. Mengekalkan prestasi pekerja merupakan sesuatu yang penting kepada organisasi kerana prestasi pekerja cemerlang menyumbang kepada prestasi organisasi yang baik. Tahap integriti yang tinggi juga akan meningkatkan amalan tadbir urus yang baik. North (1990) menemui hubungan yang kuat antara budaya integriti dengan impak positif tanggungjawab pengurusan terhadap pemegang saham dan lembaga pengarah. Tadbir urus yang teguh memberi jaminan bahawa pemantauan dan pematuhan operasi organisasi berjalan dengan baik. Imej atau reputasi antara elemen penting kepada organisasi untuk terus maju. Pelbagai kajian merumuskan bahawa 63% nilai pasaran saham syarikat bergantung kepada reputasi syarikat
berintegriti merupakan satu keperluan bagi organisasi untuk mengesan, mencegah dan mengurangkan risiko kepada organisasi di peringkat awal. Lembaga Pengarah dan pengurusan memainkan peranan utama dalam membentuk budaya kerja yang berintegriti untuk diikuti dan diamal oleh warga kerja dalam organisasi. Prinsip kepimpinan melalui teladan amat penting dalam membentuk budaya kerja berintegriti kerana banyak kajian telah membuktikan gelagat berkaitan dengan masalah integriti bermula dari pihak atasan dan ia akan menjadi ikutan kepada pihak bawahan Semua individu dalam organisasi sama ada Lembaga Pengarah, pengurusan, dan pekerja hendaklah mengadaptasi dan mengamal budaya kerja yang sama. Secara umumnya, tujuh prinsip budaya kerja berintegriti iaitu: i. Sentiasa bersedia untuk bekerja ii. Mempunyai pemikiran dan sikap positif iii. Sikap menghormati orang lain iv. Mengamal akauntabiliti dan tanggungjawab v. Melaksana dan mematuhi polisi dan peraturan vi. Sentiasa menambahbaik etika kerja vii. Menghargai harta organisasi Bagi memastikan budaya kerja berintegriti berjalan lancar, sesebuah organiasi hendaklah mewujud, mempromosi, dan menguatkuasa segala polisi dan peraturan berkaitan integriti. Bagi mengatasi masalah rasuah, sebagai contoh, organisasi hendaklah mewujudkan Pelan Anti Rasuah. Semua pemegang taruh hendaklah dipastikan mengetahui dan memahami dengan jelas tentang pelan tersebut. Seterusnya pengurusan Lembaga Pengarah hendaklah menguatkuasakan dan memantau pelaksanaan serta mengambil tindakan pembetulan yang sewajarnya.
Edisi Khas PELANCAR
13
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease