sekiranya akaun NPF ini tidak diuruskan dengan baik serta mempraktikkan amalan Pembiayaan Berhemah ( Prudent Financing ) dengan meneliti semula aturan pembiayaan dan prosedur pembiayaan koperasi. ANGKASA melalui Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA juga telah merangka satu perkhidmatan di bawah projek Cooperative Empowerment Plan 1 (CEP1) yang dinamakan sebagai Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS). Perkhidmatan ini diwujudkan bagi membantu koperasi dalam mengutip semula tunggakan pembiayaan dan seterusnya memulihkan semula tunggakan tersebut. Perkhidmatan ini akan menyasarkan kepada semua 591 buah koperasi kredit di seluruh Malaysia termasuklah 419 koperasi kredit yang merupakan pelanggan BPA, institusi perbankan dan agensi pembiayaan berlesen. Mereka telah
mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan tersebut. Perlaksanaan ACCRS ini mempunyai dua Fasa Perlaksanaan. Bagi Fasa 1, ANGKASA bertanggungjawab menguruskan aktiviti kutipan bagi pihak koperasi dengan kerjasama daripada agensi kutipan (DCA). Oleh yang demikian, pihak ANGKASA telah melantik 15 syarikat agensi kutipan sebagai panel. Agensi kutipan yang dilantik ini akan menjalankan aktiviti kutipan bagi pihak ANGKASA dan koperasi. Tindakan kawal selia akan dilakukan oleh kakitangan Sektor Kewangan dalam memastikan aktiviti kutipan dijalankan dengan lebih efektif dan mematuhi garis panduan serta tatacara pengutipan hutang (Fair Debt Collection Practice) . Setakat ini, terdapat lebih 30 koperasi telah mendapatkan perkhidmatan ini dan lebih RM1 juta kutipan ke atas hutang-hutang lapuk telah berjaya dikutip. Di antara kutipan yang berjaya ini, ada antaranya adalah penyelesaian penuh tunggakkan
dan ini sedikit sebanyak membantu koperasi dalam menurunkan kadar NPF koperasi ke satu tahap yang dapat dikawal dan diuruskan. Selain itu, Sektor Kewangan juga mewujudkan sebuah program kerjasama dengan syarikat telekomunikasi redONE melalui projek redCOOP. Projek ini merupakan satu bentuk kerjasama baharu yang direka khas untuk koperasi naungan ANGKASA agar dapat menjadi rakan niaga redONE. Koperasi akan dilatih bagi membuat jualan langsung dan juga dibenarkan melantik anggotanya sebagai penasihat jualan ( sales advisor ). Koperasi akan mendapat keuntungan jangka panjang selagi pengguna masih membuat pembayaran. Koperasi juga dapat memupuk keusahawanan dalam kalangan anggota koperasi serta dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan bulanan. Setakat ini, lima koperasi telah menjadi rakan niaga redCOOP dan telah berjaya menjana pendapatan daripada program tersebut.
Edisi Khas PELANCAR
15
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease