ANGKASA dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersetuju menawarkan penubuhan pusat ANGKASA–UMK RESEARCH ACADEMY (AURA) di bawah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, UMK. Objektif penubuhan AURA menjadi pusat rujukan koperasi dalam melaksanakan penyelidikan dan pembangunan insaniah ke arah kelestarian koperasi dan kesejahteraan rakyat. Diharapkan platform pendidikan ini dapat membantu meningkatkan pembangunan gerakan koperasi di negara ini. Contohnya, IPT boleh menjalankan kajian dalam gambaran sebenar terhadap tahap sosioekonomi dan saranan kelestarian koperasi semasa pandemik COVID-19. Begitu juga universiti mampu menyediakan sumber manusia yang berilmu dan profesional bagi melaksanakan sesuatu kerjaya memperkasakan kelestarian koperasi.
Institut Pengajian Tinggi
memberi tumpuan dalam latihan dan penyelidikan bidang koperasi jika tidak dinaikkan taraf universiti sepenuhnya. Walau apa pun yang penting adalah aspek platform pendidikan koperasi perlu diteruskan sebagai pembelajaran sepanjang hayat sama ada melalui IKM ataupun Kolej Icoop.
Di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT), aspek platform pendidikan berkoperasi bukanlah semata-mata perolehan pendapatan dan bilangan kewujudan koperasi universiti, politeknik ataupun siswa. Mengikut perangkaannya, terdapat sebanyak 118 buah koperasi IPT ditubuhkan dengan keanggotaan seramai 132,022 orang, aset sebanyak RM569 juta dengan perolehan berjumlah RM96 juta (SKM, 2020).
Institusi Sekolah
Koperasi sekolah juga merupakan platform pendidikan modal insan koperasi yang berkesan. Natijah daripada jasa besar dan sumbangan Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, beliau berjaya merealisasikan idea penubuhan koperasi sekolah pada tahun 1968 bermula daripada sembilan buah sekolah sebagai perintis. Kini, bilangan koperasi sekolah telah mencapai 2,444 buah dengan keanggotaan 1.6 juta orang dan aset sebanyak RM369 juta serta perolehan RM256 juta (SKM, 2020). Pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap pendidikan koperasi sekolah sebagai salah satu aktiviti kokurikulum juga seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal tersebut membuktikan bahawa adanya nilai baik yang boleh digarap oleh guru dan pelajar. Ternyata koperasi sekolah berupaya menjadi platform memupuk bakat kepemimpinan, minat dan keusahawanan dalam kalangan generasi muda. Di samping menjana pendapatan, koperasi sekolah juga banyak memberi faedah dan sumbangan kepada warga serta pengurusan sekolah. Malahan peranan ANGKASA dalam pembangunan koperasi sekolah diakui KPM. Kerjasama ini terbukti oleh mantan wakil KPM iaitu Dato’ Haji Kamaruddin Ismail, Timbalan Presiden ANGKASA yang banyak menyumbang bakti dalam mengembangkan gerakan koperasi sekolah melalui penglibatan di peringkat tempatan dan antarabangsa. ANGKASA melalui Bahagian Sekolah turut mengadakan Kursus Pembangunan Koperasi Sekolah di samping menjadikannya sebagai one-stop-centre untuk semua aktiviti pembangunan perniagaan dan khidmat nasihat mengenai tadbir urus serta kewangan koperasi sekolah. Bahagian ini akan menyelaras dengan bahagian dan sektor lain yang menyediakan perkhidmatan untuk semua program yang melibatkan koperasi sekolah. Oleh itu, hubungan KPM – ANGKASA telah mencorakkan landskap koperasi mampu berdiri sendiri dan melahirkan usahawan muda.
Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi
Pembiayaan dan kelancaran program pendidikan, latihan dan kajian berkaitan koperasi anjuran IKM dan koperasi boleh diperoleh melalui agihan dana Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPd) yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Kutipan wang amanah untuk pendidikan koperasi adalah sumbangan dua peratus daripada RM100,000 ke atas untung bersih teraudit setiap tahun kewangan dari setiap koperasi (tidak termasuk koperasi sekolah) (SKM, 2016). Arahan pembayaran oleh SKM atas peraturan di bawah perenggan 57(2)(a) Akta Koperasi 1993. Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi adalah manifestasi Prinsip Koperasi Keenam iaitu Kerjasama Antara Koperasi. Potongan keuntungan koperasi ini apabila dikumpul menjadi pemangkin dalam ekosistem koperasi. Bagi meningkatkan keupayaan Modal Insan dalam semua peringkat masyarakat amat memerlukan platform pendidikan koperasi yang lebih tersusun dan berkesinambungan. Ia harus bermula dari peringkat koperasi sekolah sehingga ke peringkat koperasi pelbagai sektor termasuk koperasi dewasa dan komuniti. Ia adalah ibarat seseorang itu melalui proses pembelajaran sepanjang hayat apabila berkecimpung dalam dunia koperasi. Pendidikan dan tadbir urus yang baik adalah tonggak kejayaan dan kecemerlangan koperasi.
Platform pendidikan koperasi di peringkat IPT perlulah diterap dalam proses pembelajaran akademik, penyelidikan dan inovasi serta lebih intensif melibatkan universiti, siswa dan masyarakat. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah melancarkan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT (2021-2025) pada 19 Februari 2021 lalu. Pelan tindakan ini memberi ruang Pusat Keusahawanan IPT daripada setiap universiti / politeknik bertanggungjawab melestarikan koperasi siswa serta melahirkan usahawan yang profesional mengikut bidang disiplin yang dipelajari. Langkah strategik ANGKASA menggunakan platform pendidikan dan penyelidikan koperasi di peringkat IPT telah digerakkan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Beliau memberi ruang kolaborasi mana-mana IPT yang berminat bersama ANGKASA. Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan ANGKASA diberikan mandat dalam usaha memperkasakan pendidikan koperasi di antara IPT. Sebagai permulaan,
Edisi Khas PELANCAR
17
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease