JPAN Perak
Usaha Berterusan Bantu Perkasa Sektor Peruncitan Koperasi di Perak Oleh: Encik Ashraf @ Muhammad Ashraf Nazaruddin Pengurus ANGKASA Negeri Perak Berdasarkan Temu bual bersama Haji Mohd Rosli Haji Basri
Pengerusi JPAN Perak Haji Mohd Rosli Haji Basri
Projek Barangan Asas (BA100) ANGKASA dilihat sebagai satu projek yang bertepatan dalam suasana ekonomi masa kini yang lebih terarah kepada perniagaan secara dalam talian. Pengerusi JPAN Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri berkata, ANGKASA Negeri Perak menyahut dan menerima projek ini di ruang lingkup yang amat positif. Hasil maklum balas yang diterima menunjukkan Jimatbiz dan Jimatshop dalam Program BA100 banyak memberikan kemudahan kepada koperasi peruncitan untuk terus bertahan dan meningkatkan perolehan. Alhamdulillah, sambutan koperasi-koperasi di negeri Perak ini dalam Projek BA100 cukup positif. ANGKASA Negeri Perak sentiasa menganjurkan pelbagai program yang menjurus kepada penglibatan dan pelaksanaan koperasi dalam aktiviti peruncitan. Sebagai contoh, beberapa kursus teknikal dan sesi dialog bersama koperasi yang menjalankan aktiviti pemborongan dan peruncitan dilaksanakan bagi memberi lebih banyak pendedahan berguna
» Melawat ke kedai Koperasi Kariah Masjid Ar-Rashdiah Selama Berhad.
» Kedai Koperasi Malimjaya Tanjung Malim Berhad.
20 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease