Segala yang rumit akan dipermudahkan dan usaha tersebut telah menjadikan perjalanan projek BA100 di negeri Perak lancar dan mencapai matlamat. Program lawatan ke kedai-kedai koperasi juga memberi input berguna kepada pihak pengurusan dalam meningkatkan standard perniagaan runcit koperasi. Kelemahan yang wujud di peringkat awal terutamanya dalam aspek teknikal pengunaan sistem Jimatbiz dan Jimatshop oleh pengurusan kedai runcit koperasi juga telah dapat diatasi dengan baik menerusi kursus teknikal yang dijalankan dari semasa ke semasa. Masalah penghantaran barang juga dapat diselesaikan menerusi perbincangan secara terperinci di antara ANGKASA dan pembekal. Kemudahan itu diberikan oleh ANGKASA dalam memberikan ruang dan peluang kepada koperasi yang menjalankan aktiviti peruncitan diharap dapat memberi solusi terbaik dalam usaha memperkasakan sektor peruncitan koperasi di negeri Perak.
29 Koperasi Dewasa
184 Koperasi Sekolah
8 Koperasi Kariah Masjid
4 Koperasi IPT
Bilangan Koperasi Berdaftar dengan Projek BA100 ANGKASA
khususnya kepada koperasi kecil dan baharu. Pihak pengurusan ANGKASA Negeri Perak juga sentiasa melawat kedai koperasi yang menyertai projek BA100 bagi meninjau perkembangan perniagaan selain mendengar setiap permasalahan berkaitan sistem tersebut agar dapat diselesaikan dengan segera.
» Lawatan ke Kedai Koperasi Malimjaya Tanjung Malim Berhad.
Edisi Khas PELANCAR
21
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease