9. Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah Pekan Berhad
RM356,072.00
10. Koperasi Kolej Vokasional Kuantan Berhad
RM344,898.00
11. Koperasi Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah Rompin Berhad
RM300,714.00 Sumber dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi tahun 2019
Haji Mohd Zahidi turut berharap agar pihak sekolah dan guru sentiasa proaktif memikirkan cara dan kaedah terbaik untuk mempelbagaikan aktiviti koperasi bagi memberi lebih banyak pendedahan kepada pelajar mengenai ilmu keusahawanan koperasi. ANGKASA menerusi Pejabat Perhubungan ANGKASA Pahang 1 (Timur) akan sentiasa menyokong dan membuka ruang untuk bekerjasama dengan pihak koperasi sekolah dalam program pembangunan modal insan koperasi sekolah dan program pembangunan perniagaan koperasi sekolah. Program Pembangunan Modal Insan yang ditawarkan oleh ANGKASA dan boleh dianjurkan oleh koperasi Sekolah bagi tahun 2021 adalah seperti berikut :
1. Jati Diri Koperasi. 2. Tadbir Urus Koperasi. 3. Hak & Tanggungjawab Anggota. 4. Mesyuarat Koperasi. 5. Memahami Penyata Kewangan Koperasi.
6. Asas Perundangan Koperasi. 7. Business Model Canvas (BMC). ANGKASA juga berharap dan menyasarkan pertambahan sebanyak 5% (tambahan 4 koperasi sekolah) koperasi sekolah mencapai perolehan sebanyak RM1 juta bagi tahun 2020-2021.
Edisi Khas PELANCAR
23
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease