JPAN Pahang II (Tengah)
Peluang Perniagaan Baharu Koperasi PROJEK TANAMAN VANILA Oleh: Nor Azah Abd Aziz Berdasarkan Temu bual bersama Haji Mansor Abd. Rahman
Pengerusi JPAN Pahang II (Tengah) Haji Mansor Abd. Rahman
Koperasi Vanila Berhad ditubuhkan untuk melahirkan usahawan koperasi yang berkemampuan bagi mencipta peluang (Lucrative Thinking) dalam bidang tanaman bernilai tinggi (High Value Crop) bukan sahaja menghasilkan perasa makanan malah produk hiliran lain berasaskan vanila. Vanila atau nama saintifiknya ‘Vanilla Planifolia’ adalah tanaman penghasil serbuk vanila yang biasa dijadikan perisa makanan. Serbuk ini dihasilkan dari buahnya yang berbentuk polong. Tanaman vanila pertama kali ditemui oleh orang- orang Indian di Mexico. Saiz batang tanaman vanila kira-kira sebesar jari, berwarna hijau dan panjangnya lebih kurang 15 cm. Tumbuhan ini melekat pada pohon atau kayu yang telah disediakan. Penanaman vanila mampu memberi pulangan pendapatan yang lumayan kepada koperasi atau pengusaha antara RM600,000 hingga RM1 juta semusim melibatkan kawasan tanaman seluas 1 hektar sahaja dengan harga antara RM1,500 hingga RM2,000 sekilogram. Pokok vanila yang dijaga dengan baik mampu bertahan dan mengeluarkan hasil selama 20 tahun. Selain pasaran tempatan, produk
Koperasi atau mana-mana anggotanya yang memiliki tanah digalakkan supaya menceburi projek tanaman vanila. Tanaman tersebut bukan sahaja dilihat amat sesuai untuk diusahakan malah turut mempunyai nilai pasaran yang cukup tinggi. Penubuhan Koperasi Vanila Berhad mampu menjadi platform terbaik bagi memberi panduan selain mewujudkan peluang pemasaran yang lebih terjamin kepada pengusaha yang mengambil bahagian. Gabungan hasil tanaman vanila sangat penting bagi memberikan impak pasaran yang besar dan stabil sekali gus dapat memenuhi permintaan daripada pelanggan tempatan dan antarabangsa secara lebih konsisten. Langkah mewujudkan koperasi itu juga bertepatan dengan prinsip koperasi yang ketiga iaitu ‘Penglibatan Ekonomi oleh Anggota’ yang membawa pengertian setiap anggota menyumbangkan modal secara saksama dan mengawal modal koperasi secara demokrasi.
» Projek Tanaman Vanila
vanila kering juga mempunyai permintaan yang tinggi dari Amerika Syarikat (dua hingga empat juta tan setahun) dan Perancis (satu hingga dua juta tan setahun) serta Negara- negara Eropah yang lain.
INFO TANAMAN VANILA Keluasan Tanaman 1 hektar tanah : 2,000 pokok 1 ekar tanah : 800 pokok Pengeluaran Hasil 1 ekar = 160kg hingga 320kg setahun Anggaran Harga Pasaran 1 Kg : RM1,500 hingga RM2,000
24 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease