WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

Perniagaan pusat rawatan Hemodialisis bukan sahaja mampu menjana perolehan yang baik kepada koperasi malah pada masa yang sama dapat menyumbang kepada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui perkhidmatan yang disediakan. Sejak mula ditubuhkan pada 25 Januari 2013, Pusat Dialisis MyANGKASA Pahang 2 (Tengah) kini mempunyai sembilan buah mesin dialisis di Pusat Dialisis yang memberi khidmat rawatan kepada 35 pesakit sekitar Temerloh dan kawasan berdekatan. Dua buah mesin dialisis berteknologi terkini bernilai RM77,600 dan kos rawatan pesakit berjumlah RM13,140 telah disumbangkan kepada MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. di Temerloh, Pahang hasil manfaat dana Infaq Lil-Waqf ANGKASA. Pertambahan unit mesin dialisis itu juga menjadi titik tolak kepada pelan pembangunan jangka panjang MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. untuk meluaskan operasi perkhidmatannya daripada sembilan kepada 12 buah. Pada masa yang sama, Sistem Aplikasi Berkomputer Pusat Dialisis ANGKASA turut disediakan bagi membantu membentuk jaringan hubungan dalam kalangan Pusat Dialisis ANGKASA di seluruh negara.

Edisi Khas PELANCAR

25

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease