WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

koperasi serta menawarkan produk jualan yang berkualiti, harga yang berpatutan bagi meningkatkan prestasi jualan dan keuntungan koperasi serta mempelbagaikan produk jualan sebagai memenuhi keperluan asas komuniti. Antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan koperasi di negeri Pahang 3 (Barat) adalah pengurusan kedai koperasi yang dimodenkan melalui teknologi bagi menghasilkan pengurusan koperasi peruncitan yang mantap dan efisien. Sistem jual beli secara dalam talian merupakan pendekatan terkini dan popular yang digunapakai dalam kalangan komuniti. Ia dilihat lebih cepat dan mudah tanpa perlu keluar rumah sekali gus dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19. Di bawah projek Barangan Asas (BA100) anjuran ANGKASA, portal JIMATBIZ dan JIMATSHOP berjaya menghubungkan koperasi dengan pembekal serta pelanggan dengan penjual secara maya untuk mendapatkan produk keperluan seharian.

Berikut adalah jumlah koperasi sekolah dan koperasi kariah masjid yang terlibat dalam peruncitan di Negeri Pahang 3 (Barat) secara keseluruhan dan jumlah purata perolehan (bulanan) koperasi tersebut sepanjang tahun ini:

Nilai tempahan dan jualan Koperasi Dewasa untuk BA100 (Januari hingga November 2020) : Nilai tempahan – RM84,603.84 Nilai jualan - RM54,281.81 BA100 amat penting kerana ia akan menjadi pemangkin kepada kelestarian kemajuan perniagaan sektor peruncitan koperasi dan membantu koperasi untuk terus berperanan bagi memenuhi keperluan asas komuniti setempat.

ANGKASA Negeri Pahang 3 (Barat) sedia membantu koperasi yang berminat mahupun yang berhadapan dengan kerumitan dalam menjalankan perniagaan runcit. Pegawai ANGKASA yang terlibat sedia memberi taklimat dan latihan kepada koperasi bagi memajukan perniagaan koperasi, terutamanya dalam sektor pemborongan dan peruncitan. Koperasi Peruncitan JPAN Pahang 3 (Barat) I. Koperasi Sekolah: 52 buah koperasi. II. Koperasi Kariah Masjid: 2 buah koperasi.

Nilai tempahan dan jualan Koperasi Sekolah untuk BA100 (Januari sehingga November 2020) :  Nilai tempahan – RM1787.00

ANGKASA Negeri Pahang 3 (Barat) juga berharap agar masyarakat khususnya anggota koperasi dapat terus menyokong serta membeli barangan keperluan runcit di bawah projek BA100 melalui JIMATSHOP dengan koperasi yang berdaftar atau menjual barangan BA100. Sokongan semua pihak kepada projek

Edisi Khas PELANCAR

27

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease