JPAN Terengganu
Terus Bergerak Harungi Cabaran Pandemik Oleh: Wan Adlina Wan Abdul Aziz Berdasarkan Temu bual bersama Haji Mohamed Yusoff
Pengerusi JPAN Terengganu Haji Mohamed Yusoff
Sektor koperasi tidak terkecuali turut terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak akhir tahun 2019 lalu. Bagaimanapun, demi kelangsungan kegiatan koperasi, sektor koperasi di negeri Terengganu terus tekad bergerak dengan mempergiat dan mempertingkatkan aktiviti masing- masing dalam suasana norma baharu, tanpa mengabaikan langkah- langkah penjagaan yang ketat. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Terengganu, Haji Mohamed Yusoff berkata, aktiviti koperasi di negeri ini berjalan seperti biasa khususnya yang melibatkan perkhidmatan dan perniagaan seperti aktiviti Ar-Rahnu dan koperasi kredit, aktiviti pertanian dan aktiviti kepenggunaan. Katanya, pengamalan Prosedur Operasi Standard
» Majlis Penyerahan Sumbangan Barangan Asas (BA100) kepada anggota Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad di Perkarangan Pejabat ANGKASA Negeri, Kuala Nerus, Terengganu pada 8 Mei 2021 lalu.
(SOP) yang ketat dalam norma baharu itu merangkumi garis panduan melibatkan waktu operasi perniagaan serta langkah- langkah kesihatan iaitu sentiasa memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan memakai pelitup muka. “Selain itu, amalan kebersihan yang tinggi seperti mencuci tangan dengan sabun atau h and sanitizer, menyediakan kemudahan yang sama untuk pekerja dan pelanggan serta memastikan proses sanitasi
» Sebahagian anggota Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad yang menerima pek Barangan asas BA100 iaitu terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU).
28 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease