WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

premis dibuat pada kadar yang kerap dan konsisten,” katanya. Haji Mohamed berkata, walaupun ada koperasi tertentu seperti koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan agak teruk terjejas ekoran kekurangan pendapatan, namun masih ada juga koperasi yang berjaya dan dapat meneruskan kelangsungan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan mereka dalam norma baharu lebih- lebih lagi koperasi yang melibatkan diri dalam perkhidmatan dalam talian online . “Antara cabaran lain yang dihadapi koperasi adalah tidak dapat mengadakan Mesyuarat Agung secara berdepan dalam kumpulan yang ramai. “Namun begitu, inisiatif koperasi yang mengadakan mesyuarat tersebut secara maya menerusi persidangan video semakin tinggi dan usaha tersebut amat digalakkan termasuk melibatkan sistem pengundian secara dalam talian selari dengan saranan kerajaan mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung penularan wabak COVID-19 ,” ujar beliau. Justeru, dalam usaha untuk melihat sektor koperasi di negeri ini terus rancak dalam mendepani krisis pandemik COVID-19 , beliau berharap sektor koperasi mendapat

» Pengerusi JPAN Terengganu, Haji Mohamed Yusoff menyampaikan sumbangan replika cek sebuah mesin taip Braille ( Brailler ) kepada Pengerusi Koperasi Pertis Terengganu Berhad, Encik Fauzi Mansor untuk kemudahan anggota cacat penglihatan mengikuti sesi pembelajaran dalam kelas.

sokongan modal untuk mereka terus bergerak dan berkembang dalam situasi yang mencabar ini. “Inisiatif yang diumumkan oleh Menteri MEDAC, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi Pelan Pemulihan Usahawan Dan Koperasi diharap dapat membantu sektor koperasi untuk terus menjalankan perniagaan dalam suasana pandemik COVID-19 . “Di samping itu, peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai pemudahcara

kepada koperasi diyakini berupaya membantu koperasi untuk meneruskan aktiviti mereka dalam tempoh yang mencabar ini. “Pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini diharap dapat dimanfaatkan oleh koperasi untuk meneruskan kelangsungan aktiviti koperasi. Selain itu juga, bantuan yang diberikan itu diharap mampu memulihkan kembali perniagaan koperasi yang terjejas dan mengikut pendekatan baharu berlandaskan norma baharu ke arah merancakkan kembali ekonomi koperasi,” katanya.

Senarai Koperasi Kredit di Negeri Terengganu

Bil. 1. Bil.

Nama Koperasi

Koperasi KEMAS Terengganu Berhad 2. Koperasi Kakitangan Kerajaan & Badan-Badan Berkanun Terengganu Berhad 3. Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad 4. Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu Berhad 5. Koperasi Pegawai Agama Terengganu (KPAT) Berhad 6. Koperasi Cobe Pantai Timur Berhad 7. Koperasi Polis Terengganu Berhad 8. Koperasi Pegawai Perkeranian Terengganu Berhad 9. Koperasi Imam Dan Bilal Terengganu Berhad 10.

Koperasi Pekerja-Pekerja Perindustrian Terengganu Utara Berhad 11. Koperasi Ladang Kelapa Sawit Kemaman Terengganu Berhad 12. Koperasi Pekerja Permint Plywood Berhad 13. Koperasi Sepakat Jaya (KJ) Terengganu Berhad 14. Koperasi Kakitangan Risda Terengganu (KOKITAR) Berhad 15. Koperasi Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Terengganu Berhad 16. Koperasi Adik Kakak Kg. Pulau Rusa K.Trg Berhad 17. Koperasi Khidmat Batu Burok Kuala Trg. Berhad 18. Koperasi Al-Qardhul Hassan Bukit Besar K. Trg Berhad 19. Koperasi Keluargaku Anak Terengganu Berhad

Edisi Khas PELANCAR

29

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease