JPAN Negeri Sembilan
Ujian Dan Cabaran Mengekalkan Kelangsungan Gerakan Koperasi Negeri Sembilan
Oleh: Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah.
Pengerusi JPAN Negeri Sembilan Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula pada 18 Mac 2020 sekali gus memberi kesan kepada sosioekonomi negara dan masyarakat serta gerakan koperasi yang terlibat dalam pelbagai sektor perkhidmatan dan perniagaan. Berpegang kepada Prinsip Koperasi Ke-7, “Berprihatin Terhadap Masyarakat”, Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan turut bersama-sama memberikan sumbangan berbentuk barangan asas dan penghargaan kepada petugas barisan hadapan seperti RELA dan Sukarelawan Polis yang cekal membantu mengekang pandemik COVID-19 dan kepada masyarakat sekitar Negeri Sembilan yang terjejas akibat wabak ini. Bagi memastikan kelestarian gerakan koperasi di Negeri Sembilan khususnya, JPAN Negeri Sembilan tetap berusaha menggerakkan pelbagai program dan penyelarasan aktiviti diambil perhatian bagi memastikan tiadanya pertindihan program. Majlis perjumpaan bersama agensi telah diadakan bagi penyelarasan aktiviti dan membincangkan isu-isu berbangkit dalam gerakan koperasi di Negeri Sembilan dengan kehadiran Anggota JPAN Negeri Sembilan, Pengarah
Dunia dikejutkan dengan pandemik COVID-19 pada penghujung tahun 2019. Malaysia telah mula merasa kesan penularan wabak ini apabila Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkannya pada 13 Mac 2020 di mana berlakunya peningkatan jangkitan wabak ini.
» Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah bersama pasukan barisan hadapan di Pejabat RELA Daerah Jempol, Kementerian Dalam Negeri.
30 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease