WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

SKM Cawangan Negeri Sembilan, Pengarah IKM Zon Selatan dan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan serta Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Langkah memperkasakan koperasi melalui penglibatan dalam 8 Sektor Peneraju menjadi fokus utama pihak JPAN Negeri Sembilan melalui perancangan dan pelaksanaan serta menggalakkan koperasi terlibat dalam program dan aktiviti sepanjang tahun 2020. Program BA100 di bawah Sektor Pemborongan dan Peruncitan, Program Membangunkan Koperasi Sebagai Kontraktor di bawah Sektor Hartanah dan Industri Binaan dan Projek Ternakan Lebah Kelulut oleh Koperasi Perdana Luak Johol Berhad di bawah Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani antara fokus utama JPAN Negeri Sembilan bagi mendukung Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA. Peranan dan sumbangan ANGKASA kepada masyarakat dan Negara turut diberikan perhatian oleh JPANNS melalui perkongsian maklumat dengan Program

Kunjungan Hormat bersama Dato’ Undang Luak Johol, Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Muhammad bin Haji Abdullah selaku Penaung Koperasi Perdana Luak Johol Berhad dan Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam pertemuan ini bagi memperkasakan lagi gerakan Koperasi di Negeri Sembilan. Berikutan berlakunya bencana banjir di beberapa kawasan di daerah Seremban pada 4 November 2020 yang lepas, ANGKASA melalui Program CSR CoopCare telah menyerahkan sumbangan sebanyak 70 pek barangan keperluan harian BA100 kepada mangsa banjir yang terdiri daripada anggota Koperasi Keluarga Haji Sulaiman Negeri Sembilan Berhad, anggota Koperasi Kariah Masjid Taman Rasah Jaya Seremban Berhad dan penduduk sekitar Kampung Kuala Sawah, Rantau. Pihak ANGKASA dan JPAN Negeri Sembilan turut memberikan sumbangan bencana kepada Koperasi Keluarga Haji Sulaiman Negeri Sembilan Berhad yang terjejas akibat bencana tersebut.

Sepanjang tahun 2020, JPAN Negeri Sembilan berjaya menganjurkan sebanyak 30 program dan aktiviti dengan kerjasama dan sokongan pelbagai agensi seperti SKM Cawangan Negeri Sembilan, IKM Zon Selatan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Sebanyak 16 buah koperasi telah didaftarkan sebagai ahli baharu ANGKASA sehingga Disember 2020 menjadikan keseluruhan bilangan koperasi ahli ANGKASA di Negeri Sembilan sebanyak 570 buah daripada 787 buah koperasi berdaftar. JPAN Negeri Sembilan menyasarkan pada tahun 2021 segala perancangan dapat dilaksanakan khususnya berkaitan program dan projek di bawah Sektor serta latihan dan kesedaran kepada anggota dan masyarakat. Semoga gerakan koperasi khususnya di Negeri Sembilan dapat mengharungi cabaran masa kini dengan mengembleng kekuatan sedia ada dan membina serta mengukuhkan rangkaian kerjasama antara koperasi.

Edisi Khas PELANCAR

31

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease