WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

JPAN Pulau Pinang

Peluang Koperasi Bergiat Aktif Dalam Industri Pelancongan PROJEK TANJUNG WATERFRONT HARBOUR CRUISE PULAU PINANG Oleh: Nadiah Kamarudin Berdasarkan Wawancara bersama Haji Mohd Jamil Othman

Pengerusi JPAN Pulau Pinang Haji Mohd Jamil Othman

sebagai negeri yang dikelilingi laut. Melalui satu kajian lapangan, kami dapati pelancong yang turun di Pelabuhan Pulau Pinang akan dibawa ke tempat-tempat menarik di kawasan darat yang menjadi kebiasaan. Sedangkan ada banyak lagi tempat dan aktiviti yang mereka boleh terokai dengan menyusuri laut. Maka ANGKASA Negeri Pulau Pinang telah menjemput koperasi yang terlibat dalam bidang pelancongan untuk bersama-sama kami dalam projek ini. Kami telah mengadakan pertemuan dengan stakeholders antaranya adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB. Tuan Chow Kon Yeow; Timbalan Ketua Menteri 1, YB. Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, YB. Yeoh Soon Hin dan agensi yang lain seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia cawangan Pulau Pinang. Mereka telah memberi sokongan penuh terhadap projek ini. Jabatan Laut Wilayah Utara Pulau Pinang juga telah mencadangkan kepada kami untuk membeli dua hingga tiga buah bot jenis katamaran. Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Pulau Pinang juga turut memberi sokongan dan mencadangkan kepada kami untuk menubuhkan syarikat.

» Kepimpinan ANGKASA yang diketuai Dato’ Abdul Fattah Abdullah (duduk) turut berkesempatan meninjau laluan projek Tanjung Waterfront Harbour Cruise Pulau Pinang pada 12 Februari 2020.

Satu sesi wawancara bersama Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman melalui aplikasi Zoom telah diadakan bagi mengetahui lebih lanjut mengenai projek Tanjung Waterfront Harbour Cruise Pulau Pinang.

PELANCAR: Boleh Tuan Haji terangkan mengenai persiapan projek ini? Projek ini merupakan hasil cetusan idea Koperasi Perdasama Pulau Pinang Berhad dan mereka mula membentangkan projek ini ke ANGKASA Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2018. Kami melihat projek ini mempunyai potensi untuk berdaya maju selain memiliki prospek yang sangat baik dan sesuai dengan identiti Pulau Pinang

32 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease