pemudah cara. Maksudnya, kami yang mengaturkan perjumpaan dengan stakeholders untuk mendapatkan sokongan mereka, mencari peruntukan kewangan untuk membeli tiga buah bot katamaran dan mendapatkan lesen pelancongan. Apabila projek ini sudah bermula, kami akan serahkan sepenuhnya kepada MyANGKASA Sdn. Bhd. dan 15 buah koperasi yang terlibat. PELANCAR: Apakah bentuk perkongsian ekonomi yang boleh dibuat oleh koperasi lain yang terlibat? Projek ini sudah diberi kebenaran untuk menggunakan jeti nelayan di Persiaran Karpal Singh dan di situ ada lebih kurang 10 gerai yang boleh digunakan oleh koperasi untuk berniaga. Kami juga telah berbincang dengan koperasi yang mengeluarkan produk cenderamata dan kuih muih tradisional untuk terlibat sama dalam projek ini supaya apabila bot berhenti di jeti tersebut, pelancong dapat melawat gerai-gerai mereka. PELANCAR: Mungkin projek ini memerlukan tahap kepakaran, peruntukan pelaburan selain pengurusan risiko yang agak tinggi untuk ditanggung oleh koperasi. Apa komen Tuan Haji? Seperti projek-projek berimpak tinggi yang lain, projek Tanjung
Waterfront Harbour Cruise Pulau Pinang juga mempunyai risikonya tersendiri. Apabila kami berbincang dengan Pejabat Laut Pulau Pinang, mereka amat menitik beratkan soal keselamatan pelancong dan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku contohnya seperti bot rosak. Oleh kerana itu, kami memerlukan dua ke tiga buah bot tambahan sebagai persediaan untuk menghadapi situasi yang tidak diduga atau kecemasan. Kerajaan negeri telah banyak membantu dengan menyediakan jeti yang menepati piawaian ISO, maka kami boleh minimumkan risiko. Kami turut melantik Prof. Dr. Badaruddin Mohamed dari Universiti Sains Malaysia untuk menjalankan satu kajian lapangan supaya dapat mengkaji dan mengenal pasti risiko yang boleh timbul. PELANCAR: Apa harapan ANGKASA Negeri Pulau Pinang sendiri terhadap projek ini? Projek ini adalah antara inisiatif ANGKASA Negeri Pulau Pinang untuk menggalakkan penyertaan koperasi dan anggota koperasi di negeri ini dalam industri pelancongan melalui pelbagai aktiviti ekonomi. Harapan kami adalah supaya lebih banyak koperasi yang merupakan ahli ANGKASA untuk turut sama dalam projek Tanjung Waterfront Harbour Cruise Pulau Pinang. Secara peribadi, saya mahu melihat koperasi yang terlibat dapat menjana keuntungan melalui projek ini sekali gus memberi kesan langsung terhadap pembangunan sosio ekonomi anggotanya. Saya juga berharap koperasi sekolah dapat menjadikan projek ini sebagai sebahagian daripada pakej pelancongan yang mereka tawarkan. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, ANGKASA Pusat, Jawatankuasa Kecil Sektor Pelancongan Peringkat ANGKASA Negeri Pulau Pinang serta agensi dan jabatan yang terlibat yang telah banyak membantu dan memberi sokongan penuh terhadap projek ini.
PELANCAR: Apakah keistimewaan yang boleh diketengahkan melalui projek ini? Pelancong yang mengikuti pakej-pakej yang ditawarkan dalam projek ini akan berpeluang untuk menikmati suasana di jambatan pertama dan jambatan kedua dengan menaiki bot. Mereka akan dibawa ke lokasi-lokasi pelancongan yang jarang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pelancongan di Pulau Pinang seperti Pulau Aman, di mana mereka dapat melihat hampir 500 sangkar ikan dan dapat merasai mee udang di sebuah restoran terapung. Pelancong juga akan dibawa ke Pasar Bisik di Penaga, di mana salah satu perkara yang menarik di situ adalah proses jual beli yang dilakukan secara berbisik. Mereka juga akan dibawa ke Koperasi Kerjaya Permatang Nibong Berhad untuk melihat aktiviti penanaman padi secara organik. ANGKASA Pulau Pinang telah berbincang dengan beberapa syarikat pelancongan di negeri ini dan mereka bersedia untuk membantu mempromosikan pakej- pakej yang ditawarkan dalam projek ini. PELANCAR: Apakah peranan yang akan dimainkan oleh ANGKASA Negeri Pulau Pinang dalam projek ini? Pada peringkat pertama projek ini, ANGKASA Negeri Pulau Pinang bertindak sebagai
» Projek Tanjung Waterfront Harbour Cruise Pulau Pinang akan membawa pelancong- pelancong ke lokasi- lokasi pelancongan yang jarang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pelancongan di negeri tersebut.
Edisi Khas PELANCAR
33
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease