JPAN Sarawak
Tingkat Usaha Dekati Golongan Belia Oleh: Nadiah Kamarudin Berdasarkan Wawancara bersama Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin
Pengerusi JPAN Sarawak Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin
PELANCAR telah menemu bual Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai usaha yang boleh digerakkan oleh koperasi dalam memperkasakan penglibatan belia. Perangkaan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia menunjukkan jumlah koperasi belia hanya meningkat sebanyak 1.4 peratus iaitu 205 koperasi pada tahun 2015 kepada 208 koperasi pada tahun 2019. Satu peningkatan yang mungkin dianggap sebagai sangat kecil. Boleh Tuan berikan pandangan mengenainya? Statistik yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia menunjukkan realiti sebenar gerakan koperasi di negara kita yang majoriti penglibatannya terdiri daripada orang dewasa, orang yang sudah pencen dan warga emas. Kebanyakan belia tidak melihat koperasi sebagai satu struktur syarikat yang mereka boleh sertai kerana beranggapan koperasi lebih sesuai disertai oleh ayah dan ibu mereka.
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah beramah mesra bersama peserta belia dari Malaysia sewaktu Global Youth Forum (GYF) – Cooperative Entrepreneurship 2020 pada bulan Februari 2020.
Kenapa situasi tersebut boleh berlaku? Mungkin anak-anak muda ini melihat sendiri ayah dan ibu mereka menyertai koperasi apabila sudah pencen atau lewat umur 50-an, bukannya pada usia 30-an atau 40-an. Pada pandangan saya, jika keadaan ini berterusan dan tiada tindakan khusus diambil, mungkin dalam lima ke 10 tahun akan datang kita tidak dapat melihat satu anjakan paradigma yang positif dalam gerakan ini.
Adakah kerana kurangnya pendedahan tentang koperasi? Saya juga berpandangan hanya peratusan kecil belia yang terdedah dengan konsep koperasi. Oleh itu, kelompok belia perlu dikumpulkan semula dan kita perlu jelaskan kepada mereka apakah itu koperasi, ciri-cirinya dan kebaikan menyertainya kerana ternyata maklumat sebegini tidak sampai kepada mereka. Perlu kita ingat yang golongan muda sukakan sesuatu yang lasak, mencabar dan sesuai dengan peredaran zaman. Cara
34 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease