untuk kita timbulkan minat golongan muda menyertai koperasi adalah untuk mewujudkan persepsi positif yang koperasi juga memiliki ciri-ciri yang sesuai dengan naluri mereka. Koperasi perlu diperlihatkan kepada mereka sebagai satu pilihan utama. Sekurang- kurangnya seorang anak muda yang terlibat dalam perniagaan seharusnya menyertai koperasi dan pada peringkat permulaan, koperasi yang disertai tidak semestinya koperasi belia. Apakah kelebihan koperasi yang mungkin terlepas pandang oleh belia? Kalau dibandingkan dengan syarikat, koperasi perlu membahagikan keuntungan dengan anggota mereka, maka bahagian keuntungan yang diterima oleh setiap anggota mungkin kecil. Ini mungkin sesuatu yang kurang menarik bagi golongan muda kerana mereka mempunyai komitmen yang banyak dan memerlukan pendapatan yang lebih. Koperasi diwujudkan supaya keuntungan boleh dibahagikan sama rata dengan anggota, maka kita memang tidak boleh mengubah konsep ini. Namun begitu, koperasi mempunyai kelebihannya tersendiri yang tidak ada pada syarikat iaitu dari aspek pembangunan modal insan seperti program yang berbentuk bengkel, seminar, kursus dan latihan. Kelebihan yang paling kita perlu tekankan kepada belia adalah jaringan koperasi yang sangat luas dan kuat. Apakah bentuk usaha untuk meyakinkan belia supaya berkecimpung dalam sektor koperasi? Sebagai Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, saya telah menjemput wakil daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk berjumpa dengan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk mengadakan satu program bagi menggalakkan penglibatan belia dalam koperasi. Kita juga telah cadangkan kepada MBM untuk menubuhkan koperasi di setiap negeri atau daerah. Oleh kerana MBM bergerak sebagai badan induk yang
menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini, maka mereka akan membantu mempromosi dan menggerakkan ekonomi badan-badan gabungan melalui koperasi. MBM juga turut memasukkan program ‘100 Product Champion’, projek Barangan Asas 100 (BA100) dan program-program di bawah pembangunan modal insan dalam aktiviti anjuran mereka di peringkat negeri. Saya turut berpeluang mendekati bloggers tempatan dan menjemput mereka ke pejabat ANGKASA Negeri Sarawak. Kami menerangkan kepada mereka kelebihan menyertai koperasi dan bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh ANGKASA. Bagaimana koperasi dapat mendekati golongan belia? Koperasi boleh mendekati golongan belia dengan menyertai lebih banyak program yang melibatkan mereka dan program tersebut tidak semestinya yang dianjurkan oleh koperasi. Melalui cara ini, kita dapat mengenali lebih dekat persatuan dan kelab belia yang ada di Malaysia dan kita akan tahu jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh mereka. Apabila kita sudah tahu aktiviti ekonomi yang mereka jalankan dan kita beri kefahaman mengenai koperasi, barulah kita selitkan bagaimana koperasi mampu membantu memperkasakan perniagaan mereka. Koperasi juga boleh menarik
anak-anak muda untuk mendekati mereka dengan menjemput persatuan dan kelab belia mengadakan program di pejabat koperasi secara percuma dengan syarat kita diberi satu slot khas untuk memberi penerangan mengenai koperasi. Melalui satu slot khas ini, kita boleh tahu jenis cabaran yang mereka hadapi dalam perniagaan dan kita boleh mencadangkan bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh koperasi. Apakah harapan ANGKASA Sarawak terhadap program pembangunan koperasi dan penglibatan belia dalam gerakan koperasi? Pada hemat saya, perlu ada satu usaha daripada pihak kerajaan mahupun ANGKASA sendiri untuk mewujudkan satu modul yang akan memperkasakan koperasi belia sebagai hab pemasaran bagi produk dan perkhidmatan koperasi lain. Kita sememangnya tahu yang belia suka dan mahu sesuatu dengan cepat, maka dengan menjadi hab pemasaran, mereka tidak perlu risau tentang kos operasi yang besar. Harapan saya adalah 10 tahun akan datang, anak-anak muda yang mahu memulakan perniagaan, perkara pertama mereka fikirkan adalah koperasi. Biarlah mereka kembangkan perniagaan mereka dalam koperasi dahulu, luaskan jaringan dan selepas itu, barulah mereka tubuhkan syarikat Sendirian Berhad atau Enterprise.
» Terdapat banyak faktor yang mendorong kebanyakan graduan untuk lebih tertarik kepada opsyen makan gaji berbanding bekerja sendiri, tetapi untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi, mereka perlu mengubah pemikiran dan bersifat terbuka terhadap opsyen lain seperti menjadi sebahagian daripada keusahawanan koperasi.
Edisi Khas PELANCAR
35
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease