JPAN Perlis
Koperasi Bantu Tingkat Perolehan Anggota JUAL HARUMANIS SECARA DALAM TALIAN
Oleh: Mohamad Airul Azahar Abdullah Pengurus ANGKASA Negeri Perlis Berdasarkan Temu bual bersama Haji Sahimi Shari
Pengerusi JPAN Perlis Haji Sahimi Shari
Koperasi tidak boleh lari dari melaksanakan fungsi utamanya iaitu memberi perkhidmatan dan membantu anggotanya dalam pembangunan ekonomi. Perubahan perlu dilakukan ke atas landskap gerakan koperasi yang selama ini dianggap sebagai satu institusi yang kecil dan hanya tertumpu kepada perniagaan tertentu sahaja. Justeru, saya ambil contoh koperasi fungsi pertanian seperti Koperasi Usahawan Harumanis Perlis Berhad (KOHAMAS). Bersesuaian dengan nama koperasi, aktiviti utamanya adalah berkaitan buah mangga harumanis. Setiap bulan April sehingga Jun, musim menuai buah mangga tersebut amatlah menggalakkan sehingga mampu memberi pulangan kepada anggotanya yang terdiri daripada penanam pokok harumanis di sekitar Negeri Perlis. Peranan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) koperasi tersebut yang berusaha keras memenuhi keperluan anggotanya yang terlibat dalam bidang pertanian wajar dipuji sejajar aspirasi kerajaan untuk melahirkan usahawan dalam kalangan koperasi.
» Pusat Pengumpulan dan Penghantaran Mangga Harumanis milik KOHAMAS.
selari dengan perubahan dan kehendak zaman. Saya juga berharap agar koperasi tersebut dan juga koperasi yang lain mengadakan jalinan perniagaan strategik sama ada sesama koperasi mahupun dengan pihak luar untuk menjana pendapatan seterusnya mampu berkembang dengan lebih pesat, berdaya saing dan memberi impak yang tinggi dalam perniagaan. Bagi koperasi yang mempunyai produk, gunakanlah peluang dan kesempatan di
Tidak akan ada hasil jika tiada pelan tindakan yang jitu. Saya mencadangkan kepada koperasi ahli ANGKASA termasuklah koperasi fungsi pertanian supaya mempunyai Pelan Korporat Lima Tahun di mana pelan perniagaan disediakan oleh pihak
pengurusan dan dipantau pelaksanaannya oleh ALK. Saya yakin koperasi di Negeri Perlis mampu berkembang setanding dengan koperasi yang lain dengan syarat koperasi sanggup berubah
36 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease