WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

musim PKP ini dengan menongkah arus menukar model perniagaan dengan cara mempromosikan sesuatu produk dan menjualnya di platform online seperti saranan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang mahu koperasi bijak mengambil ruang dan peluang di musim PKP dengan memasarkan produk secara online . Kepada koperasi di Negeri Perlis, kegagalan menjalankan sesuatu aktiviti perniagaan, tidak bererti kita akan gagal selamanya. Bangkitlah daripada kegagalan dan terus berlari tanpa henti. Gunakanlah kekuatan yang ada untuk bangun. Setelah mendapat keuntungan, menyumbanglah semula kepada anggota kerana semakin banyak kita memberi, semakin luas pintu rezeki untuk koperasi.

» Aktiviti KOHAMAS sebagai ejen penghantaran mangga harumanis ke seluruh negara.

Musim tuaian mangga harumanis bermula pada awal April dan berakhir pada pertengahan Jun setiap tahun. Pada masa puncak iaitu dalam bulan Mei, jumlah tuaian harian boleh mencecah sehingga satu tan. Koperasi Usahawan Harumanis Perlis Berhad (KOHAMAS) merupakan antara koperasi yang bergiat dalam penanaman harumanis selain daripada Koperasi Pengusaha Harumanis Y.A Chuping Perlis Berhad. Mempunyai ladang seluas 236 ekar, KOHAMAS mampu menjana pengeluaran sebanyak 151 tan dengan anggaran jualan bernilai RM2.75 juta. Aktiviti utama KOHAMAS adalah perkhidmatan kurier yang telah menguruskan penghantaran mangga harumanis hampir 30 tan dari sumber dalaman dan luaran ketika musim tersebut.

Edisi Khas PELANCAR

37

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease