JPAN Melaka
Fokus dan Sasaran Aktiviti Ekonomi Koperasi di Melaka Oleh: Norasimah Yahya Pengurus ANGKASA Negeri Melaka Berdasarkan Temu bual bersama Haji Ab Rahim Md Tawel
Pengerusi JPAN Melaka Haji Ab Rahim Md Tawel
Kekangan yang timbul akan segera diselesaikan dan diatasi dengan pendekatan yang lebih terarah kepada program pembangunan ilmu dan teknologi. Projek barangan Asas 100 (BA100) umpamanya merupakan salah satu cabang ekonomi yang boleh digerak dan dikembangkan oleh koperasi memandangkan sektor ini dilihat mampu berdiri dalam sebarang keadaan ekonomi. Menerusinya, koperasi boleh mendapatkan bekalan barangan runcit dengan lebih cepat daripada pembekal selain penghantaran barangan dapat dilakukan dengan segera, konsisten serta berjadual. Senarai koperasi sekolah, koperasi keluarga dan koperasi kariah masjid yang terlibat dalam aktiviti peruncitan di Melaka pada tahun 2020:
Perkembangan ekonomi yang agak perlahan ketika ini telah menjadikan beberapa sektor ekonomi lumpuh namun masih ada beberapa sektor yang aktif dan masih mampu memberi pulangan kepada koperasi seperti pemborongan dan peruncitan, logistik, teknologi dan inovasi serta kewangan. Usaha bagi mengenal pasti dan membaik pulih koperasi dorman di Melaka juga menjadi salah satu matlamat yang mahu difokuskan oleh JPAN Melaka selain mencari solusi terbaik menjana semula aktiviti koperasi yang terjejas. Melalui inisiatif tersebut, koperasi yang terlibat akan dibantu melalui pelbagai kemudahan yang disediakan oleh ANGKASA selain program-program pembangunan modal insan yang bersesuaian termasuk khidmat nasihat pengurusan. Ketidaktentuan sosioekonomi yang melanda sektor perniagaan ekoran pandemik COVID-19 sebenarnya telah membuka jalan dan juga peluang kepada koperasi untuk menceburi bidang perniagaan yang sesuai dan relevan dengan situasi semasa.
Koperasi Dewasa
Koperasi Sekolah
10 8
buah
buah
buah 7 4 buah
Koperasi Kariah Masjid
Koperasi Keluarga
Kerjasama erat dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka juga banyak memberikan ruang kepada koperasi untuk kembali berkembang selepas pandemik COVID-19. ANGKASA negeri Melaka juga sedia membantu koperasi yang berminat mahupun yang berhadapan dengan masalah dalam menjalankan perniagaan runcit melalui bimbingan, tunjuk ajar dan mengadakan sesi padanan perniagaan (business matching) dengan koperasi terlibat.
Di harap agar sokongan daripada semua pihak termasuk kerjasama antara koperasi, swasta dan agensi kerajaan dapat menjana kembali aktiviti koperasi. Usaha yang dijalankan dengan iringan semangat juang yang tinggi mampu memperkasakan ekonomi koperasi sekali gus memberi impak positif kepada sosioekonomi anggota dan masyarakat.
38 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease