WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

JPAN Johor

ANGKASA Negeri Johor Teroka Program Pertanian Organik

Oleh: Nor Atiqah Mohamed Pengurus ANGKASA Negeri Johor Berdasarkan Temu bual bersama Haji Sazali Abd. Hamid

Pengerusi JPAN Johor Haji Sazali Abd. Hamid

ANGKASA Negeri Johor memulakan satu anjakan untuk memperkasa aktiviti pertanian organik kepada koperasi dan koperator sebagai satu peluang perniagaan. Bermula dengan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pertanian Organik Peringkat Negeri Johor pada 4 Ogos 2020 di ibu pejabat ANGKASA Johor, mesyuarat telah membincangkan tentang pelan kerjasama untuk menjadikan ANGKASA sebagai pembekal baja organik di Malaysia dan pilot projek inkubator untuk koperasi. Untuk merealisasikan tujuan ini, Sektor Perladangan ANGKASA telah meluluskan satu peruntukan untuk membangunkan Projek Inkubator Pertanian Organik menggunakan Aktivator Agrodyke yang diimport oleh Syarikat Dahlia Duta Utama Sdn Bhd. Satu Jawatankuasa Teknikal telah diwujudkan untuk tujuan pembangunan dan pemantauan projek ini. Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Tuan Haji Sazali Abd. Hamid bertindak sebagai penyelaras program, dua orang pensyarah dari fakulti Sains

» Lawatan Kerja Pengarah SKM Johor ke KOPDAB.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Prof. Madya Dr. Madihah Md Salleh dan Dr. Adibah Yahya dilantik bersama di dalam Jawatankuasa Teknikal tersebut dan telah terlibat dari awal kajian penggunaan Aktivator Agrodyke ini. Turut dilantik dalam jawatankuasa tersebut adalah wakil daripada Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Bhd (KOPDAB) telah dilantik sebagai Pusat

Inkubator Program Pertanian Organik ANGKASA dan akan menyediakan plot-plot kawasan untuk dijadikan tempat kajian penggunaan Aktivator Agrodyke tersebut. penanaman sayuran dan buah- buhan menggunakan teknologi sistem fertigasi. KOPDAB akan melalui satu tempoh ‘incubation’ untuk menceburkan diri dalam projek komersial sendiri iaitu

Projek ini juga akan melibatkan

40 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease