WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

» Kehadiran Dato’ Haji Kamarudin Ismail di Taman Meliponini KOPDAB disambut Pengerusi KOPDAB, Dr. Hajah Hayati Md Salleh dan ALK koperasi. Hadir sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd. Hamid.

» KOPDAB menerima geran Program Pembangunan Ekonomi Setempat daripada Perbadanan Usahawan Johor (PUJB), yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Datuk Mohd Izhar Ahmad.

Projek Fertigasi Kaedah Organik. Mereka akan mengusahakan sendiri projek pertanian seperti tanaman buah-buahan atau sayur- sayuran menggunakan sistem fertigasi. Adalah dijangka, di akhir tempoh projek nanti, KOPDAB akan memperolehi kemahiran teknikal, kemahiran keusahawanan dan juga dapat membangunkan rangkaian dan kontrak perniagaan dalam kalangan koperasi dan usahawan. Koperasi juga dijangka menarik minat dan penyertaan golongan belia untuk menganggotai koperasi dan seterusnya terlibat secara langsung dalam projek pertanian fertigasi ini. Pihak ANGKASA Johor juga dalam usaha menandatangani Perjanjian Persefahaman ( Memorandum of Understanding ) bersama pihak UTM untuk menjalankan penyelidikan keberkesanan penggunaan Aktivator Agrodyke pada tanaman seperti sayur-sayuran, buah- buahan dan tanaman ladang. Penyelidikan ini adalah penting untuk menyokong pemerhatian secara fizikal di samping meneliti penggunaan Aktivator Agrodyke dalam meningkatkan kesuburan

tanah, bebas racun serangga dan seterusnya pengeluaran hasil tanaman secara organik. Program ini turut mendapat sokongan dari Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Secara keseluruhannya, prospek tanaman organik berskala besar memerlukan persediannya yang rapi dan perlu dirawat sehingga matang. Kawalan serangga memerlukan perancangan yang rapi menggunakan pelbagai bahan organik. Pelajaran yang diperoleh daripada percubaan musim pertama ini akan menjadi input untuk penambahbaikan di musim kedua sekitar bulan Disember 2021. Untuk pertanian organik, penyediaan baja kompos adalah sangat penting. Oleh yang demikian, KOPDAB telah merancang untuk menyediakan pusat pengkomposan sendiri bagi mengurangkan kos pembelian baja kompos di pasaran. Pusat Inkubator ini telah berjaya mendapat geran Program Pembangunan Ekonomi Setempat daripada Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) yang

telah disampaikan pada 28 April 2021. Oleh kerana geran ini berupa barangan (bukan tunai), KOPDAB telah memilih untuk mendapatkan peralatan pertanian hidroponik dan lain-lain peralatan pertanian moden untuk mempertingkatkan lagi kelengkapan Pusat Inkubator tersebut. Pada 17 Mac 2021, Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pertanian & Industri Asas Tani, Dato’ Kamarudin Ismail tealah mengadakan sesi lawatan kerja ke pusat nurseri sawit & tapak projek Fertigasi untuk tanaman sayuran dan buah- buahan menggunakan kaedah penanaman organik di Sri Gading dan Parit Mahang Batu Pahat yang dibangunkan oleh KOPDAB iaitu pusat inkubator bagi “Projek Pertanian Organik Negeri Johor.” Kunjungan beliau disambut Pengerusi KOPDAB, Dr. Hajah Hayati Md Salleh dan ALK koperasi. Hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd. Hamid dan Wakil Jualan Aktivator Agrodyke, Encik Ahmad Azhar Othman.

Edisi Khas PELANCAR

41

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease