WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

JPAN Selangor

Digitalisasi Bantu Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya saing Oleh: Nadiah Kamarudin Berdasarkan Temu bual bersama Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah

Pengerusi JPAN Selangor Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah

Selangor, Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah berkata, pandemik COVID-19 benar-benar menguji kesiapsiagaan koperasi sekolah dari aspek meneruskan perniagaan apabila kerajaan mengarahkan sekolah ditutup akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. “Kita memang menjangkakan penurunan (perolehan) ini kerana apabila sekolah ditutup, koperasi sekolah kehilangan majoriti pelanggannya iaitu murid-murid dan tenaga pengajar,” ujar beliau. Koperasi-koperasi sekolah di negeri Selangor turut mencatat penurunan sebanyak 15 peratus daripada RM53.5 juta pada tahun 2019 ke RM46.4 juta pada tahun 2020. Menurut Dato’ Alias, Ahli Lembaga Koperasi perlu lebih cakna terhadap Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada 19 Februari 2021, malah ekonomi digital juga telah digariskan sebagai aktiviti pertumbuhan ekonomi utama (KEGA) yang kedua dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Tambah beliau, koperasi sekolah perlu mengambil kira blueprint ini apabila merangka pelan strategik supaya digitalisasi menjadi sebagai sebahagian besar daripada pengurusan operasi perniagaan.

Pendigitalan adalah solusi terbaik untuk 2,457 koperasi sekolah di seluruh negara bagi memastikan perniagaan masing-masing sentiasa berada dalam kedudukan ke hadapan. Inisiatif ini berpotensi untuk » Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (kanan sekali) dan Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah (kiri sekali) bersama wakil-wakil koperasi sekolah yang menghadiri Taklimat Peruncitan BA100 Koperasi Sekolah Negeri Selangor di Hotel Holiday Villa Inn, Subang Jaya pada 4 Ogos 2020.

Berdasarkan Perangkaan Koperasi Malaysia 2020 yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia, perolehan koperasi sekolah mencatat penurunan sebanyak 20 peratus daripada RM421 juta pada tahun 2019 ke RM336 juta pada tahun 2020. Penurunan ini merupakan kali pertama setelah mencatat peningkatan sepanjang lapan tahun dari 2012 hingga 2019. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN)

memastikan koperasi sekolah terus berdaya saing dan kekal relevan bagi membantu anggota terutama murid- murid dan keluarga mereka yang menghadapi kesempitan hidup ekoran negara yang kini sedang bergelut dengan penularan wabak COVID-19. Persoalannya, sejauh manakah tahap penggunaan digitalisasi dalam pengurusan operasi perniagaan oleh koperasi sekolah?

42 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease