WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

ANGKASA menggalakkan koperasi sekolah untuk menyertai Projek Barangan Asas 100 (BA100) sebagai inisiatif utama ke arah digitalisasi. Sehingga 8 Jun 2021, sebanyak 1012 buah koperasi sekolah telah menyertai projek ini. ANGKASA juga memperuntukkan sejumlah RM10,000 dalam bentuk kredit kepada koperasi sekolah yang terlibat dalam Projek BA100 bagi menggalakkan aktiviti peruncitan. Walau bagaimanapun, Dato’ Alias mengingatkan kepada ALK bahawa digitalisasi mampu berjalan pada tahap yang optimum sekiranya jurang digital dalam kalangan pembeli dirapatkan atau dalam erti kata yang lain, mereka mahir menggunakan peranti dan mempunyai akses internet untuk tujuan urus niaga.

» Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya Klang Berhad antara koperasi sekolah yang menyertai Projek BA100.

» Anak-anak muda memainkan peranan penting untuk memacu usaha pendigitalan negara.

» Koperasi sekolah perlu memanfaatkan platform JiMAT SHOP dan JiMAT BIZ untuk mengadaptasi digitalisasi dalam perniagaan runcit.

Edisi Khas PELANCAR

43

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease