WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

JPAN Kedah

Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid Oleh: Muhamad Nizam Eusope Pengurus ANGKASA Negeri Kedah Berdasarkan Temu bual bersama Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh

Pengerusi JPAN Kedah Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh

pergerakan fizikal sehingga menghadkan jumlah kehadiran kariah di masjid, usaha bagi memastikan aktiviti ekonomi koperasi kariah masjid terus berjalan sebenarnya memerlukan kerjasama daripada masyarakat khususnya kariah setempat. Perniagaan kedai runcit menjadi antara aktiviti terpenting yang banyak dijalankan oleh koperasi kariah masjid dan semestinya amat memerlukan sokongan pelanggan terutamanya dalam kalangan kariah setempat. Setiap ringgit yang dibelanjakan oleh pengguna sangat bermakna buat koperasi kerana melalui semangat dan kesungguhan untuk saling bantu-membantu itu, banyak manfaat secara tidak langsung boleh dikecapi seperti menjamin kelangsungan aktiviti kedai runcit sebagai kemudahan setempat dan juga kerjaya kakitangan kedai runcit yang terlibat. Di samping faedah jangka panjang kepada anggota melalui pemberian dividen tahunan yang lebih memuaskan, keuntungan yang diperoleh itu juga dapat digunakan oleh koperasi kariah masjid untuk menyumbang kepada program pembangunan masjid menerusi sokongan kewangan bagi membantu meningkatkan kemudahan prasarana masjid.

Usaha untuk terus mengimarahkan institusi masjid melalui koperasi kariah masjid terus menyaksikan perkembangan yang positif. Namun cabaran pandemik COVID-19 banyak memberi kesan secara tidak langsung terhadap kegiatan ekonominya. Selaras dengan peranannya sebagai antara cabang kepada koperasi kluster komuniti yang berfungsi untuk memenuhi keperluan bersama demi meningkatkan taraf sosioekonomi anggota dan masyarakat kariah masjid setempat, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu menjadikan sasaran penubuhan koperasi kariah masjid dapat dicapai. Sejak dari peringkat awal koperasi kariah masjid dibentuk dan dilaksanakan pada tahun 2011, banyak aktiviti perekonomian telah berjaya dilaksanakan sehingga mampu menggerakkan aktiviti ekonomi koperasi kariah masjid bukan sahaja di perkarangan masjid, malah turut menjangkau sehingga di luar kawasan masjid itu sendiri. Walaupun kita kini masih berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang membataskan

Demi membantu ekonomi peruncitan koperasi kariah masjid terus bertahan dan mampan, ANGKASA melalui projek Barangan Asas 100 (BA100) sentiasa memastikan jumlah stok barangan keperluan seharian pengguna mencukupi dan barangan tersebut boleh dijual kepada orang ramai dengan harga yang kompetitif. Selain membeli produk runcit koperasi, pelbagai manfaat ekonomi yang lain juga boleh disumbangkan oleh masyarakat di musim pandemik ini seperti penyertaan dalam program qurban anjuran koperasi kariah masjid . Pelbagai aktiviti berteraskan ekonomi digital boleh dibentuk melalui kerjasama kariah. Kempen promosi periklanan dan juga kemudahan platform jualan barangan atau perkhidmatan secara dalam talian boleh dibangunkan bagi membantu merancakkan lagi aktiviti perniagaan koperasi kariah masjid . Semoga kesungguhan yang kita lakukan untuk membantu kelestarian hubungan sesama kariah menerusi sokongan dan kerjasama akan dapat membantu menjadikan koperasi kariah masjid sebagai wadah transformasi pembangunan ekonomi ummah yang lebih kondusif dan berjaya.

44 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease