JPAN Kelantan
Semangat Kerja Berpasukan Tunjang Kekuatan Oleh: Wan Adlina Wan Ab. Aziz Berdasarkan Temu bual bersama Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah
Pengerusi JPAN Kelantan EncikWanMohamadZainWanAbdulah
kualiti kerja yang lebih baik serta meningkatkan produktiviti. “Saya percaya, kerjasama antara satu sama lain dalam menjayakan sesebuah program membolehkan barisan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan kakitangan dapat memaksimakan potensi kerja di samping meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas. “Kerja berpasukan yang baik memerlukan matlamat yang sama serta menggalakkan komitmen dan tanggungjawab seterusnya menghasilkan kejayaan yang diinginkan,” ujar beliau. Wan Mohamad Zain juga menyatakan bahawa kekuatan kerja berpasukan oleh anggota JPAN Kelantan selama ini berjaya membuka ruang dan peluang kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan mahu pun swasta. Ini terbukti apabila JPAN Kelantan telah merintis kerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan dalam Sektor Hartanah di negeri berkenaan. “Melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), ANGKASA
Kerja berpasukan yang baik dapat dicapai melalui komunikasi yang baik serta kepercayaan dan komitmen tinggi dalam kalangan sesebuah organisasi atau pertubuhan. Bertepatan dengan motto institusi koperasi iaitu ‘Bekerja Bersama-Sama Demi Manfaat Bersama’, barisan kepimpinan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kelantan komited dalam memastikan falsafah ini sejajar dengan konsep kerja berpasukan iaitu mementingkan kerjasama untuk mencapai kejayaan dalam setiap perancangan yang diaturkan. Menurut Pengerusi, Wan Mohamad Zain Wan Abdullah, semangat kerja berpasukan sentiasa menjadi tunjang kekuatan kepada barisan kepimpinannya dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Katanya, kelebihan kerja berpasukan membolehkan individu memberi fokus kepada tugas yang dilaksanakan sekali gus membantu menghasilkan
“Ciri-ciri yang perlu ada ketika bekerja dalam kumpulan adalah seperti bekerja dengan sepenuh hati dan menghasilkan kualiti yang terbaik, amanah, bertanggungjawab, berkongsi idea dan sanggup melakukan perubahan untuk kemajuan bersama. “Setiap anggota dalam organisasi berpeluang untuk berkongsi kebolehan dan bakat, kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah untuk menjadikan organisasi menjadi lebih cekap dan mampu berdaya saing” Wan Mohamad Zain Wan Abdullah
46 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease