Kelantan telah diberi kepercayaan untuk membangunkan kawasan seluas 320 ekar bagi kawasan kediaman dan pembangunan infrastruktur yang lain. Projek mega ini mendapat kerjasama yang baik daripada Sektor Hartanah ANGKASA dan MyANGKASA Bina. Sdn. Bhd. “Menerusi projek ini kelak, akan membolehkan koperasi di negeri ini mendapat manfaat sebagai agen jualan menerusi peluang dalam bidang pemasaran unit-unit kediaman,” katanya. Menurut beliau, ciri-ciri yang perlu ada ketika bekerja dalam kumpulan adalah seperti bekerja dengan sepenuh hati dan menghasilkan kualiti yang terbaik, amanah, bertanggungjawab, berkongsi idea dan sanggup melakukan perubahan untuk kemajuan bersama.
“Setiap anggota dalam organisasi berpeluang untuk berkongsi kebolehan dan bakat, kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah untuk menjadikan organisasi menjadi lebih cekap dan mampu berdaya saing,” jelas beliau. JPAN Kelantan sentiasa meningkatkan usaha bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan, cekap dan bersopan. Segala rungutan dan permasalahan ahli koperasi negeri akan segera diselesaikan dengan efektif kerana maklum balas mereka merupakan anak kunci kepada sesebuah kejayaan. Beliau menaruh harapan supaya semangat kerja berpasukan JPAN Kelantan terus dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak koperasi dan perjuangan koperasi.
“Setiap anggota dalam organisasi berpeluang untuk berkongsi kebolehan dan bakat, kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah untuk menjadikan organisasi menjadi lebih cekap dan mampu berdaya saing” Wan Mohamad Zain Wan Abdullah
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease