WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

JPAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jadikan Penghalang Satu Peluang MASA DEPAN GERAKAN KOPERASI:

Oleh: Rahmat Mohd Did Berdasarkan Temu bual bersama Haji Zulkifli Jamaludin

Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Haji Zulkifli Jamaludin

Mereka merupakan koperasi alumni pertama ditubuhkan di sini dan akan dilantik sebagai mentor kepada koperasi alumni baharu di Wilayah Persekutuan dan juga seluruh negara selepas ini. “Ini merupakan salah satu usaha ANGKASA Wilayah Persekutuan dalam memastikan penubuhan koperasi baharu selain penubuhan Koperasi Rumah Pangsa dan meluaskan lagi pasaran produk BA100. Slogan kami adalah ‘Masa Depan Gerakan Koperasi Era Baharu: Jadikan Penghalang Satu Peluang,’” katanya lagi. Dalam masa sama, JPAN Wilayah Persekutuan juga turut memberi fokus kepada usaha- usaha lain seperti kempen penubuhan koperasi komuniti seperti Koperasi Kariah Masjid, Koperasi Belia dan Koperasi Rumah Pangsa untuk menggalakkan penubuhan koperasi baharu sekaligus mencapai sasaran 85 peratus keahlian. Antara langkah-langkah yang diambil adalah pendaftaran keanggotaan percuma, kempen keahlian, turun padang dengan tema “ Hello Coop ” dan banyak lagi.

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan berhasrat untuk melestari gerakan koperasi di negeri ini dengan memperkenalkan Koperasi Alumni Sekolah yang dianggotai oleh bekas-bekas pelajar yang pernah terlibat dengan koperasi sekolah. Inisiatif ini akan menjadi sangat terhad, oleh itu koperasi alumni ini mampu menjadi

kesinambungan kepada bekas pelajar sekolah khususnya yang pernah menjawat sebarang jawatan dalam koperasi sekolah untuk terus berbakti kepada alumni mereka sebelum bergerak ke menara gading di samping mengelakkan mereka daripada terus melupakan koperasi selepas tamat persekolahan. Menurut Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin, pelbagai aktiviti boleh dijalankan oleh koperasi alumni ini termasuk jualan buku di luar premis sekolah secara fizikal atau atas talian, jualan barang-barang asas melalui projek Barangan Asas 100 (BA100), kursus perkongsian pintar, pakej lawatan penanda aras, program mentor-mentee dan banyak lagi. “Seperti yang kita tahu, aktiviti koperasi sekolah adalah

pelengkap dan menebus kembali peluang-peluang yang terlepas dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang tiada di koperasi sekolah,” jelasnya. Bagi menjayakan hasrat ini, JPAN Wilayah Persekutuan akan mengadakan bengkel dan kursus yang bersesuaian dan menyediakan senarai alumni koperasi sekolah (Pengerusi/Ahli Jawatankuasa) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA pusat juga akan terlibat untuk mempromosi gerakan ini selain menjadikan koperasi-koperasi berjaya sebagai mentor dan mewujudkan pusat pembelajaran khas/studio untuk urusan gerak kerja. “Kami juga telah mengadakan lawatan kerja ke Koperasi Alumni Sekolah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (KASB) Berhad di Gombak.

48 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease