Rencana
Melestarikan Koperasi Sebagai Wadah Sosioekonomi PERANAN KOMUNIKASI DAN MEDIA Oleh: Halim Haji Ibrahim
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA
koperasi pertama ialah Syarikat Kampung Tebuk Haji Musa bekerjasama dengan Tanggungan Berhad Parit Buntar, Krian, Perak. Sehingga kini setelah hampir 100 tahun koperasi bertapak di Malaysia, terdapat lebih 14,000 buah koperasi berjaya ditubuhkan dan dianggotai oleh lebih enam juta ahli. Perlu difahami, koperasi adalah satu entiti pertubuhan yang dianggotai oleh sekumpulan ahli yang mempunyai matlamat yang sama, sama ada untuk mempertingkatkan ekonomi, mensejahterakan sosial, mengikat sosial atau kesemuanya sekali. Di sinilah bezanya koperasi dengan syarikat. Keistimewaan berkoperasi adalah terletak kepada matlamat sama yang dipegang oleh ahlinya tanpa mengira latar belakang sosiobudaya, ekonomi bahkan agama dan politik. Persoalannya di sini ialah mengapakah koperasi masih lagi
Bidang komunikasi dan media sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Pada suatu ketika dahulu surat khabar merupakan ejen utama untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat dan kemudiannya diikuti oleh wayang gambar serta televisyen. Namun peranan media ini telah mula diambil alih oleh media-media baru selaras dengan perkembangan teknologi terkini.
Namun, apa yang hendak diutarakan disini bukanlah untuk mengetengahkan evolusi bidang komunikasi, tetapi bagaimana maklumat penting boleh disampaikan secara berkesan kepada masyarakat. Tidak kiralah tahap mana maklumat tersebut sama ada daripada kerajaan kepada rakyat atau daripada syarikat kepada pengguna atau daripada mana-mana organisasi kepada khalayak mereka. Pelbagai teori komunikasi telah diutarakan oleh pelbagai sarjana daripada negara di seluruh dunia. Teori-teori ini berkembang secara organik dan semakin kompleks
setara dengan perubahan sosiologi dan psikologi manusia berasaskan kepada budaya sesebuah negara. Di Malaysia, perubahan ketara dapat dilihat daripada corak penyampaian maklumat yang semakin pelbagai manakala penerima maklumat (masyarakat) pula dilihat semakin kritis dan berpilih-pilih. Sektor koperasi di Malaysia telah mula bertapak semenjak Julai 1922 lagi apabila koperasi pertama didaftarkan dengan nama Syarikat Bekerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjam Wang Pekerja-pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad. Manakala di luar bandar pula,
54 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease