WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

Keadaan masyarakat yang kompleks dan pelbagai latarbelakang sosiobudaya di negara ini memerlukan satu perancangan komunikasi yang teratur dan terancang untuk mempromosikan koperasi sebagai kaedah terbaik untuk mencapai matlamat koperasi sebagai pilihan mempertingkatkan sosioekonomi. Semua teori dan model komunikasi massa perlu digembleng secara rapi, teratur dan cekap bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Rangka masa perlu digariskan dan setiap rangka masa dianalisa bagi tujuan pengubahsuaian.

Keadaan masyarakat yang kompleks dan pelbagai latarbelakang sosiobudaya di negara ini memerlukan satu perancangan komunikasi yang teratur dan terancang untuk mempromosikan koperasi sebagai kaedah terbaik untuk mencapai matlamat koperasi sebagai pilihan mempertingkatkan sosioekonomi. Semua teori dan model komunikasi massa perlu digembleng secara rapi, teratur dan cekap bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Rangka masa perlu digariskan dan setiap rangka masa dianalisa bagi tujuan pengubahsuaian. Cabaran utama sebelum perkara ini (penggunaan komunikasi dan media) diketengahkan ialah tentang peruntukkan kewangan. Ramai yang beranggapan, pelaburan dalam media adalah satu perkara yang tidak menampakkan impak dan manfaat secara langsung kepada koperasi. Tiada ukuran nyata yang boleh digunakan untuk membenarkan satu jumlah wang digunakan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi. Oleh itu, tidak perlu peruntukan wang yang besar diperlukan untuk media. Inilah cabaran besar sebenar yang dialami oleh gerakan koperasi di negara ini. Tiada kisah-kisah kejayaan koperasi yang diketengahkan oleh media secara mampan untuk dihidangkan kepada masyarakat.

Tiada kisah kejayaan anggota usahawan yang dilahirkan oleh koperasi dipampang di dada akhbar atau bersiaran di televisyen atau kumandang di corong radio pada era kegemilangan medium ini. Hanya kisah-kisah sensasi salah guna kuasa, rasuah dan penyelewangan duit ahli koperasi yang sering digembar- gemburkan. Apabila ianya diulang- ulang (kisah tragis koperasi), ianya menimbulkan satu persepsi negatif dikalangan masyarakat. Secara psikologinya, kisah negatif lebih mudah terlekat diminda seseorang berbanding kisah-kisah positif dan secara tidak langsung menyebabkan ‘nila setitik, rosak susu sebelangga’. Oleh itu, komunikasi secara berkesan dengan menggunakan media secara berterusan perlu dibuat tanpa prejudis. Pihak bertanggungjawab terhadap sektor koperasi negara perlu duduk bersama memikirkan bagaimana imej koperasi sebagai pertubuhan berautonomi dalam mengerakkan ekonomi masyarakat, diketengahkan dengan baik. Ramai pakar komunikasi dan media yang boleh dilibatkan sama ada dari industri media sendiri atau dari institusi pengajian tinggi yang mempunyai kepakaran tersendiri. Janganlah biarkan koperasi hanya ‘melukut ditepi gantang’ di mata masyarakat sehingga timbul ayat ‘ada pun tak mengapa, tiada pun tiada ruginya dan tiada mengurangi’.

tidak dipandang sebagai salah satu entiti pertubuhan yang boleh meningkatkan sosioekonomi masyarakat di negara ini? Mengapa jika disebut tentang meningkatkan ekonomi, masyarakat hanya terfikir untuk menubuhkan syarikat? Mengapakah koperasi masih tidak menjadi pilihan utama untuk tujuan tersebut? Dan yang peliknya, apakah kaitan komunikasi dan media dengan koperasi? Satu kajian imperikal mendalam perlu dilakukan bagi membuktikan sebenarnya terdapat satu kaitan langsung yang kuat mengapa koperasi masih tidak popular berbanding syarikat dalam hal ekonomi. Kewujudan koperasi hampir satu abad di negara ini bukanlah satu jangka masa yang pendek. Ianya telah meniti pelbagai cabaran sama ada kisah kejayaan yang perlu diceritakan atau kisah kedukaan yang ditonjolkan.

Edisi Khas PELANCAR

55

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease