Laman sesawang Yayasan ANGKASA
Majalah 2 Dekad Yayasan ANGKASA
sila imbas QR Code untuk muat turun
Yayasan ANGKASA Yayasan ANGKASA ditubuhkan untuk memperkasakan taraf pendidikan dan pembangunan Modal Insan warga koperasi dengan membantu melahirkan golongan yang berpengetahuan dan berkemahiran yang boleh menyumbang kepada gerakan koperasi dan masyarakat. Bagi memastikan budaya kecemerlangan di kalangan pelajar-pelajar
ANGKASA memperuntukkan perbelanjaan hampir RM150,000 untuk ke semua program tersebut setiap tahun. ANGKASA akan sentiasa melaksanakan tanggungjawab kepada anggota dan anak- anak anggota melalui Yayasan ANGKASA, berteraskan pendidikan dengan memberikan pembiayaan boleh ubah kepada biasiswa, dan ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk menggapai impian ke menara gading bagi menuntut ilmu dan menentukan masa hadapan negara kelak, kerana golongan inilah sebahagiannya
akan berperanan sebagai tunggak pentadbiran negara dan berada di sektor-sektor utama negara. Pembiayaan Yayasan ANGKASA yang boleh ditukarkan sebagai biasiswa adalah merupakan satu anugerah daripada ANGKASA kepada anak-anak anggota koperasi di atas prestasi dan pencapaian yang cemerlang di dalam pendidikan, ini juga merupakan salah satu cara memberi motivasi agar pelajar sentiasa berada ditahap tertinggi dan mencapai keputusan yang cemerlang.
Yayasan ANGKASA menyediakan tiga program tahunan yang wajib dihadiri oleh pelajar-pelajar iaitu: i. Program motivasi (untuk pelajar baru). ii. Program kaunseling (untuk kecemerlangan pelajar). iii. Kursus persediaan mendapatkan pekerjaan (pelajar tahun akhir). Kesemua program ini diatur semasa cuti semesta. Yayasan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease