WADAH PELANCAR EDISI MAN 2021

Rencana

PESAN50 : Ke Arah Masa Depan Koperasi Yang Lebih Cemerlang

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) Dato’ Abdul Fattah Abdullah

Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) yang mengambil kira semua dasar kerajaan untuk diadaptasi dan diselaraskan dengan objektif TransKoM 2021-2025. Menerusinya, sebuah pelan tindakan pembangunan koperasi yang lebih spesifik dan menyeluruh dapat dijalankan secara lebih terperinci mengikut tahap dan indikator yang seiring dengan sasaran serta keperluan sesebuah koperasi. Selaras dengan usaha untuk memastikan hasil strategi bagi setiap tonggak dapat dicapai, PESAN50 dirangka mengikut 3 fasa bermula dengan Pelan Jangka Pendek (2017-2020) yang bertemakan ‘Pembangunan Rangka Kerja Pelaksanaan dan Pemantauan Pelan Strategik dan Memperkasakan Misi ANGKASA sebagai Apeks Gerakan Koperasi’, Pelan Jangka Sederhana (2021-2025) dengan temanya iaitu ‘Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan’ dan Pelan Jangka Panjang (2031-2050) yang membawa tema ‘Koperasi Sebagai Gaya Hidup’.

Tahun 2021 merekodkan satu lagi sejarah baharu dalam gerakan koperasi di Malaysia apabila kerajaan telah meluluskan pindaan membabitkan sembilan peruntukan dalam Akta Koperasi 1993 (Akta 502) kepada Akta Koperasi (Pindaan) 2021 (A1634).

Pindaan tersebut yang mula berkuat kuasa pada 1 April 2021 berupaya memperkukuh kedudukan koperasi sebagai sebuah gerakan yang lebih dinamik dan mampu meningkatkan taraf sosioekonomi anggota serta masyarakat. Perubahan tersebut juga selari dengan Bidang Tujahan Ke-2 Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 yang memberi fokus kepada usaha bagi melahir dan meningkatkan minat serta kesungguhan terhadap pembentukan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan anggota koperasi. Sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan standard koperasi dan anggotanya, sasaran RM100 bilion yang diletakkan melalui sumbangan

perolehan koperasi kepada ekonomi negara menjelang 2030 itu haruslah dilihat dari perspektif yang positif. Demi merealisasikan matlamat perolehan tersebut, koperasi perlu bersedia untuk bergerak secara lebih pantas selain berani untuk meneroka dan meningkatkan kapasiti jualan secara lebih meluas serta konsisten. Di sinilah letaknya tanggungjawab setiap anggota khususnya Anggota Lembaga Koperasi (ALK) termasuk warga kerjanya untuk terus membentuk kekuatan, persefahaman dan bersatu padu dalam menggerakkan kerjasama demi menjayakan agenda koperasi. Sehubungan dengan itu, ANGKASA telah merangka Pelan

6

PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease