RANGKA PELAN TINDAKAN ANGKASA 2017-2050
PELAN JANGKA PANJANG
PELAN JANGKA PENDEK
PELAN JANGKA SEDERHANA
JANGKA MASA
2017 - 2050
RANCANGAN ANGKASA 2017 - 2020
RANCANGAN ANGKASA 2021 - 2025
RANCANGAN ANGKASA 2026 - 2030
RANCANGAN ANGKASA 2031 - 2050
Pembangunan Rangka Kerja Pelaksanaan dan Pemantauan Pelan Strategik dan Memperkasakan Misi ANGKASA sebagai APEKS Gerakan Koperasi
TEMA PELAN
Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan
Koperasi Sebagai Gaya Hidup
Anjakan fasa kedua (2021- 2025) yang bermula pada tahun ini telah meletakkan sasaran untuk ‘merangsang dan membangunkan perniagaan ANGKASA dan koperasi menerusi 15 fokus keutamaan yang telah dirancang. Sejajar dengan matlamat ‘Dasar Rangsangan Perniagaan ANGKASA’ yang mahu mengeksploitasi peluang ekonomi dan seterusnya menghasilkan pulangan pelaburan terbaik bagi koperasi dan anggotanya, ANGKASA terus optimis memperkasakan lapan (8) sektor ekonomi menerusi pelbagai aspek pembangunan ekonomi yang dirancang. Walaupun persekitaran ekonomi sering mengalami perubahan ekoran ketidaktentuan pasaran dan permintaan, ANGKASA sentiasa melakukan pemantauan dengan mengimbilkira perubahan arus ekonomi dan keperluan semasa termasuk dalam aspek pengurusan dan tahap keupayaan sesebuah koperasi. Cabaran ekonomi semasa dan situasi pandemik COVID-19 banyak memberi kesan terhadap prestasi perniagaan dan perolehan koperasi khususnya terhadap sektor-sektor tertentu. Namun, inisiatif ekonomi dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) serta Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) banyak membantu koperasi khususnya koperasi kecil untuk terus memulih dan menggerakkan aktivitinya secara konsisten. Bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan koperasi terus bergerak aktif menjana pembangunan perniagaan melalui sokongan pembiayaan daripada institusi kewangan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM), ANGKASA yakin lebih banyak lagi koperasi kecil dan komuniti yang majoriti anggotanya terdiri daripada golongan B40 akan dapat dibantu dan diperkasa. Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi sebanyak RM20 juta seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru- baru ini juga sedikit sebanyak dapat membantu membuka lebih banyak peluang perniagaan baharu sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan koperasi. Selain sokongan kewangan, program pembangunan modal insan juga turut ditekankan di bawah PESAN50 melalui 15 fokus keutamaan yang memberi tumpuan kepada memperkasakan budaya keusahawanan dan kesejahteraan sosial masyarakat. Usaha tersebut direalisasikan melalui salah satu daripada empat tonggak yang terangkum dalam Pelan
Jangka Sederhana 2021-2030 iaitu Tonggak Tadbir Urus. Ia merangkumi usaha ANGKASA untuk memantap dan memperkukuhkan rangka kerja tadbir urus dan perniagaan secara lebih kompeten kepada seluruh warga kerja dan anggota koperasi. Pelbagai aktiviti turut dianjurkan dari semasa ke semasa termasuklah program bicara ilmu secara maya seperti webinar yang melibatkan penyertaan pakar dalam pelbagai bidang. ANGKASA juga giat meneroka sumber-sumber perniagaan baharu selain memastikan setiap perancangan yang dibuat, dapat memberi manfaat dan bimbingan kepada koperasi yang terlibat untuk bersama-sama maju dan berjaya. PESAN50 membawa harapan dan keyakinan tinggi ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara untuk terus bergerak mengikut landasan TransKoM 2021-2025 selain memastikan fokus dalaman dan luarannya tercapai. Usaha ini diharap dapat meningkatkan tahap keyakinan dan prestasi yang lebih baik kepada pemegang taruh ANGKASA dan seluruh warga koperasi di Malaysia.
Edisi Khas PELANCAR
7
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease