DARI MEJA PRESIDEN
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Salam Sejahtera
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Program pembangunan sektor koperasi tentang kerjasama teknikal dalam kalangan negara anggota ICA sebenarnya boleh dipertingkat berdasarkan hubungan akrab yang terjalin sekian lama. Jalinan kerjasama tersebut bukan sahaja mampu mengukuhkan lagi rantaian ekonomi koperasi, malah turut berperanan dalam meningkatkan lagi pendapatan melalui peluang pemasaran yang semakin terbuka luas. Kita harus akui bahawa arus pembangunan teknologi dan sosioekonomi dunia sentiasa mengalami perubahan dengan begitu cepat serta drastik. Inovasi dan pendekatan yang berlaku dalam aktiviti perniagaan selalunya berbeza lebih-lebih lagi apabila melibatkan faktor budaya dan bahasa. Namun jika dinilai dari sudut pemasaran global, perkongsian teknologi, nilai matawang dan pembangunan modal insan, kerjasama antara negara sememangnya memiliki kelebihan dan potensi yang tinggi. Halangan teknologi dan modal yang besar bukan lagi menjadi faktor penghalang sekiranya kerjasama antara koperasi dapat direalisasikan. Faktor budaya dan kemasyarakatan juga mampu membawa kepada timbulnya idea-idea baharu dan perkara tersebut boleh menjadi ilham kepada kedua belah pihak untuk mencapai matlamat seperti yang dihasratkan. Perkongsian tersebut bukan sahaja akan membawa kepada kelestarian sosioekonomi koperasi di negara kita, malah melaluinya juga, peluang-peluang pekerjaan baharu boleh diwujudkan sekaligus memberi peluang kepada warga koperasi untuk meningkatkan ilmu dalam bidang yang dijalankan. Semoga kecemerlangan gerakan koperasi negara dapat diteruskan pada tahun 2019 dan menjadi tahun yang bakal dikenang sebagai penanda aras jaringan kerjasama koperasi di peringkat antarabangsa.
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd Zakuan Azmi
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd.
Januari 2019 PELANCAR
1
JANUARI 2019
KOPERASI 10 KOPROJAYA Mahu Jadi Koperasi Terunggul 28 KOPERSADA Lancar Farmasi 54 Tingkatkan Sosioekonomi Menerusi Koperasi Alumni PERHIMPUNAN ICA-AP 12 Perhimpunan Serantau ICA-AP 18 Pusat Pendidikan Beridentiti Koperasi PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 19 Koperasi ASEAN Disaran Pergiat Aktiviti Perdagangan Antara Serantau 21 ANGKASA Saran Koperasi Teroka Peluang Perniagaan Di Myanmar 22 Koperasi Pengguna Diseru Kongsi Kepakaran Dan Kemahiran 23 Perlu Lebih Banyak Koperasi Sertai Kajian Diskriminasi Jantina 25 Data Mengenai Penglibatan Wanita Dalam Koperasi Terhad 27 Tiada Jalan Pintas Untuk Koperasi Maju Dalam Dunia Digital
8
JPAN 40 Selangor : Program Kepimpinan Jati Diri Dan Koperator Sekolah Terpilih Negeri Selangor 2018 42 Sarawak : Kursus Kepimpinan Sarawak 2018 44 Pahang Zon 1 : Perkasa Produk 46 Pulau Pinang : Wanita Inspirasi Wanita RENCANA 49 Peluang Koperasi Ceburi Industri Kenaf Anggota Koperasi & Inovasi Produk Makanan
KETERANGAN GAMBAR KULIT Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof ketika menerima kunjungan hormat delegasi ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah di Menara Bank Rakyat. Foto Oleh : NADIAH KAMARUDIN
ANGKASA 5
MED-MKM-ANGKASA Mantap Kerjasama Majukan Gerakan Koperasi Koperasi Perlu Kuasai Strategi Pemasaran
8
30 Koperasi Sekolah Asas
Penglibatan Generasi Muda Dalam Gerakan Koperasi 32 Pembentangan Peringkat Akhir AKKS 2018 35 Koperasi Sekolah Platform Terbaik Realisasi Idea Inovasi Anak Muda 36 Senarai Pemenang AKKS 2018 38 Mantapkan Keupayaan Konsortium Koperasi 52 Pematuhan Standard Dalam Koperasi 58 Ke Arah Pengurusan Cukai Lebih Efisien 64 ANGKASA Pelawa Penubuhan Koperasi Autisme
19
2 PELANCAR Januari 2019
38
IKON KOPERATOR MUDA 56 Semarakkan Kecemerlangan Menerusi Koperasi COOPMALAYSIA UPDATE 59 ANGKASA Wants to Empower Co-ops Through CEP 62 ANGKASA’s Strategic Economic Master Plan 63 End of year message from ICA President SAJAK 65 Pohon Cinta Kita; Kita Seperti Pohon
33
36
Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.
27
Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop
@ANGKASACoop
16
Januari 2019 PELANCAR
3
By : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
Mantap Kerjasama Majukan Gerakan Koperasi MED-SKM-ANGKASA
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Koperasi perlu berusaha menghasilkan produk dalam industri halal dengan meningkatkan kualiti produk dari segi pembungkusan, pelabelan yang bermatlamat memastikan produk koperasi mendapat tempat di pasaran dalam dan luar negara.
» Sesi perbincangan antara barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA dan SKM bersama Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof.
Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof berkata, koperasi perlu lebih bersedia menghadapi cabaran untuk melayakkan produk mereka berada di pasaran khususnya dalam industri halal. Katanya, perkara tersebut adalah penting bagi memastikan produk koperasi sentiasa berada pada kedudukan sebaris dengan produk lain di pasaran sekaligus menggalakkan penglibatan lebih ramai usahawan koperasi dalam bidang perniagaan. “Sekiranya ia menepati piawaian halal yang ditetapkan oleh keperluan industri halal di Malaysia, sudah pasti produk koperasi mendapat tempat di peringkat tempatan mahu pun global seterusnya dapat memperlihatkan kekuatan tersendiri sektor koperasi di mata masyarakat,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sewaktu menerima kunjungan hormat ANGKASA dan Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 3 Disember lalu.
Objektif utama kunjungan hormat yang julung kali diadakan itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk memantapkan lagi hubungan serta kerjasama antara ANGKASA, SKM dan MED khususnya dalam membangunkan gerakan koperasi negara. Delegasi yang terdiri daripada barisan kepimpinan dan pengurusan tinggi ANGKASA itu diketuai oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah manakala Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pula diwakili Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar & Pembangunan), Haji Dawam Hassan; Pengarah Statutori & Pendaftaran, Puan Siti Azlin Ahmad Dauta dan Ketua Unit Bahagian Penyeliaan Koperasi Kredit, Puan Norhayati Nayan.
Januari 2019 PELANCAR
5
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah turut merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof atas kata-kata perangsang dan suntikan semangat yang diberikan untuk melihat kecemerlangan ANGKASA dalam memperjuang, mengawasi dan menjaga kepentingan serta pembangunan koperasi ahli sekaligus mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
6 PELANCAR Januari 2019
» Gambar dari kiri Datuk Ahmad Jamil Hashim, Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin, Datuk Haji Md Yusof Haji Samsudin, Haji Dawam Hassan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, Dr. Mohd Azlan Yahya, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa, Haji Nasir Khan Yahaya dan Haji Borhan Mat Aris.
7 Januari 2019 PELANCAR 7 PELANCAR
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
Koperasi Perlu Kuasai Strategi Pemasaran
Pendedahan lebih meluas mengenai ilmu perniagaan khususnya yang berkaitan strategi pemasaran melalui laman web dan media sosial dilihat semakin diperlukan untuk koperasi dapat terus melakar masa hadapan yang lebih baik.
Menurutnya, bukan sekadar ilmu pemasaran semata-mata, koperator juga harus bijak menguruskan aliran tunai di samping mencari jalan bagi membantu koperasi menjalankan aktiviti promosi melalui laman media sosial agar produk koperasi dapat lebih dikenali dan mampu menarik minat masyarakat pengguna.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof berkata, koperator harus berani untuk berubah dan lebih kreatif dalam merencana aktiviti perniagaan koperasi agar lebih hebat dan mampu memberi daya saing dalam pasaran terbuka.
8 PELANCAR Januari 2019
» Sebahagian peserta pertandingan menggubah bunga.
» Sebahagian ahli panelis sembang niaga.
» Replika rumah sedia untuk ditempah.
Pada masa yang sama, beliau turut meminta agar ANGKASA dapat membimbing koperasi ke arah tersebut. Di samping itu, ANGKASA juga turut dicadangkan untuk menubuhkan satu rangkaian besar bagi memenuhi kehendak ekosistem sehingga pihak ketiga tidak berupaya lagi untuk menguasai pasaran dan mengawal harga. Datuk Seri Mohd Redzuan berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Karnival Koperasi & Usahawan Digital anjuran ANGKASA yang berlangsung di MITC Melaka pada 4 Disember 2018. Objektif program yang dianjurkan oleh ANGKASA itu adalah bagi memberi lebih banyak maklumat kepada koperator dan komuniti selain berkongsi peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan perolehan koperasi. Seramai 500 koperator dari negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor hadir dalam program tersebut. Program tersebut juga merupakan satu agenda pembangunan koperasi dalam memartabatkan gerakan koperasi selaras dengan pembangunan era baharu. Ia juga dapat menjenamakan semula koperasi dalam dan luar negara. Antara pendedahan yang dikongsikan sepanjang berlangsungnya program tersebut adalah kaedah memperkasa gerakan koperasi melalui e-dagang dalam menggerakkan jaringan perniagaan dalam dan luar negara. Selain itu, program ‘Sembang Niaga’ juga turut dijayakan dengan dibarisi oleh panel dari TEKUN, MDEC dan IKM.
» Pemenang pertandingan mewarna.
» Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh memerhati kreativiti kanak-kanak mewarna.
» Sumbangan ‘Back to School’ disampaikan oleh Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof.
» MoU antara Koperasi Wanita Anggun Berhad & Flourishure Enterprise disaksikan oleh Datuk Seri Mohd Redzuan.
9 Januari 2019 PELANCAR 9 Januari 2018 PELANCAR
Oleh : WAN ADLINA AB. AZIZ
KOPROJAYA Mahu Jadi Koperasi Terunggul
» Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar bergambar bersama ahli KOPROJAYA
Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) berupaya memainkan peranan lebih signifikan selain berpotensi untuk bersama-sama membantu dalam membuktikan bahawa penjawat awam berupaya mengemudi perniagaan yang menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar berkata, anggota koperasi harus sentiasa bersikap profesional dalam apa cara sekalipun bagi memastikan pembawaan sebagai penjawat awam atau pegawai kerajaan dilihat sebagai “versatile” dan berkarisma serta mengutamakan kepentingan rakyat dalam usaha memperkasakan sosioekonomi negara. Ujarnya, KOPROJAYA boleh memainkan peranan menjadikan koperasi sebagai platform terbaik menterjemah konsep Pembangunan Kapasiti atau
» Encik Mohd Arif Adenan Pengerusi KOPROJAYA
10 PELANCAR Januari 2019 10 PELANCAR Januari 2019
» Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar berucap di majlis perasmian.
» Haji Nasir Khan Yahaya turut hadir di majlis perasmian.
“Capasity Building” menerusi penganjuran pelbagai aktiviti dan program di samping mencurahkan idea untuk manfaat anggota. Beliau berkata demikian ketika
menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5
KOPROJAYA bertempat di Dewan Utama Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Putrajaya, di hadapan kira-kira 800 anggota KOPROJAYA. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Puan Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Datuk Seri Dr. Ismail turut melahirkan rasa kagum dengan pencapaian yang dikecapi KOPROJAYA. “Kejayaan ini secara tidak langsung menunjukkan nilai-nilai eksklusif dan standard penjawat awam khususnya anggota KOPROJAYA yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan, kemahiran dan latar belakang. Sementara itu, menurut Pengerusi KOPROJAYA, Encik Mohd Arif Adenan, tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018 mencatatkan penyertaan seramai 1,732 anggota dengan jumlah pendapatan meningkat sebanyak 23.86 peratus dan pulangan dividen sebanyak 10 peratus selepas zakat yang masih konsisten sejak awal penubuhannya. “KOPROJAYA menekankan tiga aspek utama dalam usaha menjayakan agenda koperasi iaitu Kebajikan; Ekonomi dan Profesionalisme. Justeru, KOPROJAYA komited dalam memastikan bahawa anggotanya bukan sahaja mendapat faedah dividen, malah menjadi medan menjalin
» Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar melawat gerai pameran.
» Tetamu kehormat dan barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) serta pengurusan bergambar bersama Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar (duduk tengah). Turut kelihatan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (berdiri kanan sekali).
hubungan rapat sesama anggota di bawah perkhidmatan awam dengan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan jaringan antara pegawai muda dalam perkhidmatan awam. Beliau juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga KOPROJAYA serta Anggota
Lembaga Koperasi (ALK) yang komited dalam memastikan koperasi sentiasa bergerak maju ke hadapan. Pencapaian tersebut katanya akan terus ditingkatkan sehingga agenda menjadikan KOPROJAYA sebagai sebuah koperasi ikutan bertaraf nasional berjaya direalisasikan.
Januari 2019 PELANCAR
11
Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-13 26-30 November 2018, Tehran, Iran
» Duta Malaysia ke Iran, Dato’ Rustam Ýahaya antara yang turut dijemput menghadiri majlis perasmian.
Bertemakan ‘Co-operatives help economies become more resilient and sustainable’, Persidangan Perikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP) kali ke-13 dan Forum Koperasi ke-10 yang berlangsung selama lima hari di Tehran, Iran dianjurkan dengan kerjasama gerakan koperasi Iran yang diketuai Iran Chamber of Cooperative (ICC).
» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan) bertindak sebagai moderator bagi sesi kedua forum.
» Majlis perasmian disempurnakan oleh Speaker Parlimen Iran, Mr. Ali Larijani.
12 PELANCAR Januari 2019
12 PELANCAR Januari 2019
Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-13 26-30 November 2018, Tehran, Iran
» Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya menjadi salah seorang speaker dalam sesi pertama forum dengan membawa tajuk ‘Cooperatives contribution in helping economies become more resilient & sustainable’.
Tema tersebut diangkat sebagai
tuju dalam mencapai matlamat yang disokong secara bersama berlandaskan prinsip-prinsip koperasi. Di samping itu, persidangan ini juga diharap dapat membantu meningkatkan lagi peluang serta hubungan kerjasama terutamanya dalam konteks Agenda 2030 ke arah mencapai matlamat pembangunan koperasi yang lebih mampan. Forum Koperasi ke-10 juga turut mengenengahkan beberapa sesi perbentangan dengan matlamat untuk
saing berkongsi informasi, peranan dan juga sumbangan yang boleh dijayakan oleh koperasi dalam membantu ekonomi untuk menjadi lebih berdaya maju dan konsisten. Menerusinya, kajian secara langsung dan sesi sumbang saran dalam kalangan perwakilan dibuat bagi menilai tahap serta keupayaan selain mengenalpasti serta membincangkan cabaran yang membatasi koperasi dalam merealisasikan potensi sebagai pemangkin kelestarian. Pejabat serantau ICA Asia-Pasifik (ICA-AP) ditubuhkan di New Delhi sejak tahun 1960 dengan tujuan untuk menjadi platform kepada suara dan forum berkaitan sektor koperasi di rantau tersebut. Perhimpunan tersebut juga turut merangkumi forum koperasi dan pelbagai acara yang dianjurkan oleh Jawatankuasa ICA-AP manakala anggotanya pula terdiri daripada organisasi koperasi utama dari 32 negara anggota yang terlibat dalam semua sektor ekonomi. Perhimpunan serantau ICA-AP yang pertama telah diadakan sejak 1995 dan berterusan secara dwitahunan sehingga kini. Maklumat lanjut berkenaan ICA-AP boleh didapati menerusi laman www. ica-ap.coop
landasan ke arah menggalakkan pengeluaran dan penggunaan produk serta perkhidmatan koperasi selain menyusun strategi lebih ampuh dalam menangani pelbagai bentuk cabaran serta menilai prestasi kewangan dan juga kemampanan koperasi. Persidangan yang dijalankan di IRIB International Cenference Center, Tehran ini juga menjadi platform terbaik bagi para penyelidik, ahli akademik, pembuat dasar dan pihak berkepentingan untuk membincangkan keperluan serta hala
Januari 2019 PELANCAR
13
Januari 2019 PELANCAR
13
Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-13 26-30 November 2018, Tehran, Iran
ICA-AP Regional Board Meeting Trade and Business Committee Meeting
ICA-AP Regional Board Meeting yang berlangsung pada di IRIB International Conference Center, Tehran dipengerusikan oleh Naib Presiden ICA-AP, Dr. Chandra Pal Singh Yadaf turut dihadiri oleh Pengarah Serantau ICA-AP, Balasubramaniam (Balu) Iyer dan anggota lembaga yang lain. Malaysia diwakili Presiden ANGKASA yang juga merupakan Ahli Lembaga ICA-AP, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kunpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah seperti China, India, Korea Selatan, Nepal, Filipina, Pakistan, Sri Lanka, Indonesia dan Iran sendiri sebagai tuan rumah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato’ Haji Kamaruddin Ismail ini turut membuka ruang kepada Malaysia untuk membentangkan isu berkaitan tanggapan negatif Kesatuan Eropah (EU) terhadap penggunaan minyak sawit selain membentangkan perkembangan projek Heifers Park ANGKASA. Agriculture Committee Meeting
Mesyuarat yang dipengerusikan Dato’ Abdul Fattah Abdullah ini banyak membincangkan tentang pendekatan terbaik pelaksanaan program pembangunan perniagaan antara negara anggota ICA-AP. ANGKASA juga turut membuat pembentangan tentang perkembangan dan peluang-peluang perniagaan yang boleh dijalin melalui program ‘100 Product Champion’ ANGKASA sambil memperkenalkan produk-produk berkaitan kepada wakil dari negara- negara yang terlibat. Wakil ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin, Haji Nor Azmi Abdul Jalil dan Puan Zainariah Abdullah telah menghadiri mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Mr. K. Kukreja dari India. Dalam mesyuarat tersebut, Haji Mohamad Azmi membentangkan laporan bertajuk ‘Overview Credit Sector In Malaysia’ termasuk perkembangan koperasi kredit di Malaysia. Credit and Banking Comittee Meeting
14 PELANCAR Januari 2019
Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-13 26-30 November 2018, Tehran, Iran
Forum Wanita tersebut dianjurkan di bawah tanggungjawab ICA-AP Committee on Women yang berperanan untuk berkongsi maklumat dan amalan terbaik selain merumuskan pendekatan terbaik dalam membantu memperkukuh peranan wanita dalam koperasi. Jawatankuasa tersebut juga berfungsi untuk mempromosikan integrasi gender dalam koperasi selain menggalakkan penyertaan wanita di semua peringkat, terutamanya di peringkat kepimpinan dan membuat keputusan. Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa membentangkan laporan tentang program-program pembangunan oleh ANGKASA yang dijalankan dalam usaha memupuk kesejahteraan wanita melalui sektor koperasi. 10th Regional Women’s Forum
Research Conference
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Haji Azhar Hamzah dan Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik adalah antara peserta yang terlibat dalam program yang dikendalikan oleh fasilitator, Mr. Mohit Dave dari ICA New Delhi. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan turut bertanyakan tentang kemungkinan mengadakan kolaborasi projek mega antara koperasi negara-negara berkaitan seperti pembinaan rumah, hospital, pelancongan dan juga peratusan penglibatan JV projek koperasi dengan sektor swasta di Iran. Beliau juga turut mencadangkan kepada pengerusi ICA-AP Research supaya dapat menerbitkan best practices koperasi dalam sektor perumahan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan dan lain-lain serta mewujudkan statistik 300 koperasi terbaik di Asia Pasifik. Sementara itu, Pegawai Latihan Kanan Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Puan Rathmabee Zarinatun Abdul Kader pula telah membentangkan laporan berkaitan latihan pendidikan dalam koperasi Malaysia.
Youth Committee Meeting
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahsan Ali Thakur dari Pakistan ini banyak memberi fokus kepada peluang dan pendekatan terbaik dalam meningkatkan peranan kepimpinan muda melalui gerakan koperasi. Dr. Mohd Azlan Yahya telah membentangkan tentang peranan edu-tourism koperasi sekolah di Malaysia sebagai antara usaha ANGKASA membangunkan modal insan koperasi dalam kalangan generasi muda. Mesyuarat juga turut mencadangkan supaya Dr. Azlan dilantik sebagai mentor dan penasihat bagi Youth Committee ICA-AP. Wakil ANGKASA lain yang turut terlibat dalam mesyuarat tersebut ialah En. Shaharudin Mohamed.
Januari 2019 PELANCAR
15
Perhimpunan Serantau ICA-AP diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam kalangan anggota organisasi ICA di rantau Asia Pasifik. Perhimpunan tersebut juga menjadi platform kepada pembentangan forum bagi membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan gerakan koperasi di rantau berkenaan selain membincangkan tentang struktur pentadbiran ICA secara lebih khusus. Perhimpunan Serantau ICA-AP Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-13 26-30 November 2018, Tehran, Iran
Perhimpunan ini juga adalah hasil dari penstrukturan semula yang diluluskan semasa Kongres ICA di Tokyo pada Oktober 1992. Sebelum ini, perwakilan yang hadir berada di bawah Majlis Serantau dan hanya diwakili oleh dua wakil sahaja bagi setiap negara anggota. Majlis Serantau kemudiannya digantikan oleh Majlis Wilayah dan menerusinya, semua ahli di rantau tersebut berhak untuk mengambil bahagian Perhimpunan Serantau ICA-AP turut berperanan menggalakkan kerjasama dalam kalangan organisasi dan
anggota ICA di peringkat tersebut selain menyediakan forum untuk perbincangan berkaitan isu-isu serantau dan global. Di samping itu juga, perhimpunan tersebut dilihat sebagai platform bagi membimbing Pejabat Serantau ICA-AP mengenai program-program atau aktiviti koperasi 32 negara anggota selain membuat dan mengemukakan cadangan serta resolusi untuk dipertimbangkan pada Perhimpunan Agung ICA kelak. Perhimpunan Serantau ICA-AP berlangsung sekurang- kurangnya setiap dua tahun dan dianjurkan secara berselang dengan Perhimpunan Agung ICA.
16 PELANCAR Januari 2019
Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-13 26-30 November 2018, Tehran, Iran
» Perwakilan ICA-AP dari negara-negara anggota bergambar beramai-ramai sejurus selesainya Perhimpunan Serantau ICA-AP ke-13 pada 29 November 2018 di IRIB International Conference Center, Tehran, Iran.
Januari 2019 PELANCAR
17
Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-13 26-30 November 2018, Tehran, Iran
Rah-E Roshd Co-operative Educational Complex Pusat Pendidikan Beridentiti Koperasi
Delegasi ICA-AP turut dibawa melawat Rah-E Roshd Co-operative Educational Complex iaitu gabungan empat koperasi yang menjalankan aktiviti pembelajaran di bawah satu bumbung. Kompleks yang terletak di bandar raya Tehran itu menempatkan lebih 1,000 pelajar dari usia 6 hingga 17 tahun.
Selain memberi tumpuan kepada matapelajaran bahasa Inggeris yang dijadikan sebagai bahasa pengantar utama, pusat ini juga turut menyediakan pelbagai kemudahan unik seperti makmal matematik untuk pelajar berusia 6 hingga 12 tahun, perpustakaan mengikut kategori pendidikan, bengkel pertukangan, seni kraf dan enjin kenderaan bermotor. Menariknya, pelajar bukan sahaja boleh memilih sendiri subjek dan aktiviti kemahiran termasuk sukan yang mereka minati mengikut sukatan matapelajaran, waktu dan tempoh pembelajaran juga fleksibel berasaskan kepada keperluan pelajar itu sendiri. Pelajar juga turut didedahkan dengan amalan hidup berkoperasi seperti kerja kursus secara berkumpulan, aktiviti membersih kawasan secara gotong-royong dan sebagainya.
Program diteruskan dengan ICYC and ICUC (joint) Workshop & Networking Meeting and Youth Co-operatives in Educational Institutions yang berlangsung di kompleks Rah-e Roshd Co-operative Educational Complex. Ahli Lembaga ICA yang juga Timbalan Presiden ANGKASA, Datuk Haji Kamarudin Ismail dijemput menyampaikan ucapan aluan diikuti ucapan perasmian oleh Pengarah Serantau ICA-AP, Balasubramaniam (Balu) Iyer. Ucapan diteruskan oleh Presiden ICUC yang juga
Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Presiden ICYC, Ahsan Ali Thakur dari Pakistan. Delegasi ANGKASA yang diketuai Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah turut hadir pada bengkel tersebut.
18 PELANCAR Januari 2019
» Delegasi ANGKASA bergambar bersama pengurusan CCS.
KOPERASI ASEAN DISARAN PERGIAT AKTIVITI PERDAGANGAN ANTARA SERANTAU Tinjauan ekonomi dunia yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan bahawa gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara-negara ASEAN direkodkan pada USD2.73 trilion pada tahun 2017. Jumlah tersebut melangkaui KDNK yang telah dicatatkan oleh United Kingdom (USD2.63 trilion) dan India (USD2.61 trilion). Oleh : NADIAH KAMARUDIN
Menurut Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, walaupun angka yang dilaporkan oleh IMF itu menunjukkan kekuatan dan potensi ASEAN sebagai antara entiti ekonomi terbesar di dunia, perdagangan antara koperasi di rantau tersebut masih perlu dipergiatkan lagi. Beliau yang juga Presiden ANGKASA berkata, koperasi-koperasi ASEAN sebenarnya mempunyai kekuatan dan kepakaran masing-masing yang boleh dimanfaatkan secara bersama. “Dengan kewujudan internet khususnya e-dagang dan e-niaga yang memudahkan transaksi penjualan dan pembelian, perlu ada usaha yang efektif dan berterusan untuk memastikan terdapat peningkatan dalam perdagangan antara koperasi serantau.
» Perbincangan antara ANGKASA dengan CCS menjurus kepada memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua belah pihak dengan mengadakan kerjasama komprehensif dalam perdagangan.
Januari 2019 PELANCAR
19
» Sesi pertemuan delegasi ANGKASA bersama Ahli Lembaga dan Pengurusan Aung Nyein Chan Consumer Co-operative.
» Dato’ Abdul Fattah (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata berupa produk koperasi Malaysia kepada Pengurus Besar CCS, Mr. Zaw Lwin Oo (empat dari kiri).
Prinsip keenam koperasi, “bekerjasama antara koperasi” perlu dilihat bukan sahaja dalam konteks dan ruang lingkup domestik, tetapi juga antarabangsa oleh pemimpin dan anggota koperasi,” ujar beliau. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu mengetuai lawatan kerja ANGKASA ke Central Co-operative Society Ltd. (CCS) di Yangon, Myanmar pada 14 November 2018. Ketibaan mereka disambut oleh Pengurus Besar CCS, Mr. Zaw Lwin Oo. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd. Rosli Haji Basri; Pengerusi JPAN Pahang Zon 1, Haji Mohd. Zahidi Haji Husain dan Setiausaha Agung ACO, Dato’ Paduka Hanapi Suliman. Dari tahun ke tahun, Malaysia terus mengaut keuntungan daripada perdagangan dengan ASEAN. Menurut laporan tahunan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, nilai dagangan antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain pada tahun 2017 adalah RM487.42 bilion, peningkatan sebanyak 21 peratus berbanding RM402.66 bilion yang telah dicatatkan pada tahun 2016. Nilai dagangan tersebut (RM487.42) merangkumi 27.5 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan negara pada tahun yang sama iaitu RM1.77 trilion. Menurut laporan yang sama juga, terdapat peningkatan sebanyak 30 peratus dalam nilai dagangan antara Malaysia dengan ASEAN dari tahun 2013 hingga 2017. Berdasarkan angka yang dilaporkan, ini menunjukkan ASEAN kekal sebagai rakan kongsi perdagangan yang utama untuk Malaysia.
Antara agenda lawatan kerja ANGKASA ke Myanmar adalah untuk melihat sendiri perkembangan koperasi di negara tersebut dan mengadakan perbincangan bersama CCS mengenai membantu membangunkan ekonomi rakyat di kedua- dua negara melalui koperasi. CCS yang merupakan badan apeks gerakan koperasi di Myanmar telah ditubuhkan pada tahun 1975 dan mempunyai anggota berjumlah 445 yang terdiri daripada 424 federasi dan 21 kesatuan. Antara peranan CCS adalah menyediakan pendidikan dan latihan kepada anggota dan membantu koperasi dari sudut ekonomi dan keperluan kewangan mereka. Delegasi ANGKASA juga turut mengadakan lawatan ke koperasi pengguna di Myanmar, Aung Nyein Chan Consumer Co-operative.
» Dato’ Abdul Fattah melihat gelang batu jed yang diusahakan oleh koperasi.
» Delegasi ANGKASA bergambar di hadapan kedai runcit milik Aung Nyein Chan Consumer Co-operative.
20 PELANCAR Januari 2019
ANGKASA SARAN KOPERASI TEROKA PELUANG PERNIAGAAN DI MYANMAR Sementara itu, delegasi ANGKASA turut berkesempatan mengadakan kunjungan hormat bertemu Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Encik Zahairi Baharim di Kedutaan Malaysia di Yangon, Myanmar.
Dalam pertemuan tersebut, Encik Zahairi berkata, kerajaan Myanmar menyambut baik pelaburan asing, khususnya dalam sektor pertanian yang merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara tersebut. Pertubuhan Makanan dan Pertanian, sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melaporkan Sektor Pertanian di Myanmar menyumbang sebanyak 37.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, menghasilkan sehingga 30 peratus pendapatan eksport dan menggunakan 70 peratus tenaga kerja tempatan. Menurut beliau lagi, pelaburan yang membawa teknologi baharu membuka lebih banyak peluang pekerjaan selain meningkatkan kemahiran serta kepakaran. Walaupun Sektor Pertanian merupakan penggerak utama ekonomi Myanmar, Encik Zahairi turut
menyarankan koperasi di Malaysia supaya mengambil kira potensi sektor-sektor yang lain dalam usaha untuk melebarkan peluang dan jaringan perniagaan di negara tersebut. Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, jumlah dagangan antara Malaysia dengan Myanmar dari Januari hingga Disember 2017 bernilai RM5.1 bilion, meningkat sebanyak 7.4 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2016. Import utama Myanmar dari Malaysia pada tahun 2017 adalah minyak, bahan api mineral dan produk penyulingan yang bernilai RM2.15 juta diikuti dengan haiwan serta minyak dan lemak sayuran (RM454 ribu) dan pelbagai persediaan boleh dimakan (RM202 ribu) serta lain-lain, menurut pangkalan data COMTRADE PBB mengenai perdagangan antarabangsa. Nilai Dagangan antara Malaysia dengan Myanmar (2013-2017) Eksport Import Jumlah 2013 RM2.261 bilion RM0.6243 bilion RM2.8853 bilion 2014 RM2.634 bilion RM0.5467 bilion RM3.1807 bilion 2015 RM3.065 bilion RM0.6865 bilion RM3.7515 bilion 2016 RM3.925 bilion RM0.8241 bilion RM4.7491 bilion 2017 RM4.134 bilion RM0.9671 bilion RM5.1011 bilion Perkara Tahun
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berjabat tangan dengan Encik Zahairi Baharim berlatar belakangkan bangunan kedutaan Malaysia di Yangon, Myanmar.
Januari 2019 PELANCAR
21
Koperasi Pengguna Diseru Kongsi Kepakaran dan Kemahiran
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
ICA Committee on Consumer Co-operation for Asia and the Pacific telah mengadakan mesyuarat tahunannya kali ke-52 pada 6 Disember 2018 di Sunway Resort Hotel and Spa.
Pengerusi Jawatankuasanya, Mr. Haruyoshi dalam ucapan pembukaan berkata, jawatankuasa
ini komited dalam memastikan ia terus memberi kesan positif kepada ahli dan
anggota koperasi yang terlibat dalam kegiatan kepenggunaan. Justeru, antara usaha yang akan dipergiatkan adalah meningkatkan jumlah keahlian terutama dari negara-negara seperti Australia, Thailand dan China. Jawatankuasa tersebut kini mempunyai seramai 22 orang ahli dari 13 buah negara. Beliau turut menggesa agar jawatankuasa tersebut menjadi tempat rujukan untuk koperasi yang memerlukan bantuan dan bimbingan dari segi pembangunan, tadbir urus dan pendidikan memandangkan kemahiran dan kepakaran yang boleh dikongsi bersama antara ahli. Mesyuarat tersebut turut menyaksikan pemilihan Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA Global, Dato’ Haji Kamarudin Ismail sebagai Naib Pengerusi jawatankuasa. Beliau menggantikan Mr. Leong Sim Poh yang telah menamatkan perkhidmatannya dengan Singapore National Co- operative Federation, sekaligus menarik diri dari menganggotai jawatankuasa tersebut. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramaniam (Balu) Iyer. Wakil ANGKASA yang turut serta ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar, Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Pembangunan Keusahawanan ANGKASA, Haji Anuar Bulin.
» Ahli-ahli jawatankuasa yang menghadiri mesyuarat bergambar berkumpulan sebagai tanda kenangan.
Pelan aktiviti ICA Committee on Consumer Co-operation for Asia and the Pacific untuk tahun 2019: 1. 1st Regional Workshop for Leaders on “Social Contribution of Consumer Co-operatives” Tarikh : 8 – 10 April 2019 Tempat : Guesan, Korea Selatan 2. Training Programs for Managers of Consumer Co-ops in Japan (Summer) Tarikh : 15 – 28 Julai 2019 Tempat : Tokyo / Miyagi, Japan 3. 20th Regional Workshop for Managers on “Management of Consumer Co-ops” Tarikh : 7 – 9 Oktober 2019 Tempat : Ho Chi Minh, Vietnam 4. Training Programs for Managers of Consumer Co-ops in Japan (Winter) Tarikh : 18 November – 1 Disember 2019 Tempat : Tokyo / Kobe, Japan
22 PELANCAR Januari 2019
Oleh : NADIAH KAMARUDIN Perlu Lebih Banyak Koperasi Sertai Kajian Diskriminasi Jantina Sebanyak 17 badan apeks koperasi dari 28 negara terlibat dalam kajian diskriminasi jantina yang sedang dijalankan oleh ICA-AP Committee on Women, menurut Pengerusi jawatankuasa tersebut, Dr. Nandini Azad. Menurut beliau, satu hakikat yang sukar untuk diubah adalah pencapaian wanita dalam apa jua bidang sering dipandang rendah oleh masyarakat secara umumnya.
Walau bagaimanapun, ia tidak bererti usaha untuk memastikan adanya pengiktirafan untuk penglibatan dan sumbangan wanita dalam pembangunan sosioekonomi di mana-mana negara perlu dihentikan begitu sahaja. Justeru, beliau amat berharap lebih banyak lagi badan apeks menyertai kajian ini memandangkan pengumpulan data dan statistik adalah kaedah yang terbaik untuk mengukur dan menilai sejauh mana penglibatan wanita dalam membantu dan menangani kos sara hidup melalui koperasi. Seramai 25 peserta dari 14 buah organisasi yang mewakili 10 negara menghadiri mesyuarat jawatankuasa
Januari 2019 PELANCAR
23
tersebut yang telah diadakan pada 7 Disember 2018 di Sunway Resort Hotel and Spa. Mesyuarat tersebut turut mengalukan kedatangan tujuh ahli baru dari Australia, China, Iran, Palestin, Singapura dan Sri Lanka. Kedatangan ahli baru menjadikan jumlah keseluruhan ahli kepada 24 orang dari 15 buah negara. Jawatankuasa tersebut mensasarkan jumlah keahlian meningkat kepada 32 buah negara pada tahun 2020. Pada mesyuarat tersebut, Dr. Nandini telah dipilih sebagai Pengerusi baharu, menggantikan Ms. Masako Shimbo dari Japanese Consumers’ Co-operative Union (JCCU) dan Ms. Chitose Arai yang turut dari JCCU telah menggantikan Ms. Ruth Jacutin dari National Association of Training Centers for Cooperatives sebagai Naib Pengerusi.
» Sesi pengundian untuk memilih Pengerusi dan Naib Pengerusi baharu.
» Mantan Naib Presiden ANGKASA, Hajah Armi Zainudin (dua dari kiri) antara peserta yang menyertai mesyuarat ICA-AP Committee on Women.
» Dr. Nandini Azad menyampaikan ucapan aluan.
24 PELANCAR Januari 2019
Data Mengenai Penglibatan Wanita Dalam Koperasi Terhad
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Pengarah Kanan Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi, Jabatan Perangkaan Malaysia, Datin Rozita Talha membuat pembentangan “Menganalisis jurang jantina di Malaysia: Kajian kes Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI)
Tidak dinafikan terdapat peningkatan pada jumlah penglibatan wanita dalam Sektor Koperasi di seluruh dunia dari tahun ke tahun. Perkara ini berikutan model koperasi dilihat sebagai wadah efektif untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti ekonomi. Walau bagaimanapun, data yang telah dikumpulkan mengenai wanita dalam koperasi adalah terhad setakat ini.
Januari 2019 PELANCAR Januari 2019
25
» Peserta-peserta membincangkan mengenai langkah-langkah masa depan bagi ahli organisasi dan ICA-AP mengenai pengukuhan kapasiti untuk pengumpulan dan pemantauan data untuk kesaksamaan jantina dalam koperasi.
Mempunyai data dan statistik yang terkini akan membantu mengawasi kemajuan dalam kesaksamaan jantina dalam Gerakan Koperasi dan menilai trend pembangunan dalam kepimpinan wanita merentasi landskap koperasi – persekutuan utama, wilayah dan nasional serta organisasi apeks. Data tersebut juga boleh digunakan sebagai dasar untuk membuat keputusan atau perancangan yang lebih baik dalam gerakan koperasi, menyokong tindakan melobi di peringkat kebangsaan dan mempengaruhi dasar awam. ICA-AP Committee on Women dengan kerjasama Japanese Consumer Co-operative Union (JCCU) dan ANGKASA telah menganjurkan Bengkel Pengumpulan dan Pemantauan Data untuk Koperasi bagi melatih ahli untuk pengumpulan data diskriminasi jantina, pemantauan dan analisis tetap serta pelaporan sistematik. Bengkel tersebut telah diadakan dari 7 hingga 8 Disember di Sunway Resort Hotel and Spa. Menurut Pengerusi baharu ICA-AP Committee on Women, Dr. Nandini Azad, data yang dikumpulkan bukan sahaja penting untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari ke-5; Mencapai kesetaraan gender dan memperkasakan semua wanita dan perempuan, tetapi juga boleh digunakan untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai dalam usaha mengetengahkan isu jantina dalam koperasi. Usaha ini akhirnya akan turut memudahkan kerja-kerja untuk memperluas pangkalan keahlian. Menurut beliau lagi, untuk mendapatkan data terkini mengenai diskriminasi jantina memerlukan komitmen yang tinggi daripada koperasi; kebertanggungjawapan dan tanggungjawab untuk mengintegrasikan jantina; sumber yang mencukupi; keupayaan kakitangan untuk mengintegrasikan jantina dan mahir dalam mengukur, memantau serta melapor. Koperasi juga perlu mempertingkatkan usaha bagi memastikan beberapa maklumat adalah tepat dan terkini seperti maklumat dari segi keahlian di seluruh sektor; jawatankuasa; lembaga; kakitangan dalam kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran; kehadiran dalam mesyuarat dan latihan; pemilihan- calon lelaki dan perempuan dan prestasi dalam koperasi.
» Pengarah Pusat Antarabangsa dan Kolaborasi, Maktab Koperasi Malaysia, Puan Haslinda Sujak.
» Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Rah-E-Roshd Co-operative Educational Complex, Ms. Anahita Eslahpazir sewaktu membentangkan kertas kerja beliau.
26 PELANCAR Januari 2019
Tiada Jalan Pintas Untuk Koperasi Maju Dalam Dunia Digital
Dalam dunia yang bergerak begitu pantas, mudah untuk koperasi ketinggalan sekiranya tiada usaha dalam memastikan mereka sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan semasa dan trend baharu. Pengarah Serantau International Co-operative Alliance Asia-Pacific (ICA-AP), Mr. Balasubramaniam (Balu) Iyer menegaskan mempunyai akaun media sosial sahaja seperti Facebook dan Twitter tidak menjanjikan penyelesaian sehenti untuk koperasi maju dalam dunia digital.
» Head of SME Adoption, Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd, Ms. Carol Fung.
» Encik Raja Danir dari Robu Consultancy Sdn. Bhd.
» Ketua Bahagian MySEF, CyberSecurity Malaysia, Puan Norahana Salimin
Depan Perniagaan Koperasi Dalam Dunia Digital yang telah dianjurkan oleh ICA-AP dengan kerjasama All China Federation of Supply and Marketing Co-operatives dan ANGKASA pada 9 hingga 12 Disember 2018 di Sunway Resort Hotel and Spa.
» Ketua Pegawai Teknologi ANGKASA, Haji Mohd. Sofian Osman (empat dari kanan) mengetuai perbincangan mengenai infrastruktur ICT dan ekosistem.
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (kanan sekali) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (kiri sekali) beramah mesra dengan Naib Presiden Vietnam Co-operative Alliance, Mr. Nguyen Manh Cuong (tengah).
Jumlah koperasi yang mempunyai kaitan dengan mana-mana ciptaan aplikasi adalah antara topik yang hangat dibincangkan oleh peserta memandangkan penggunaan platform mudah alih sebagai medium untuk berhubung dengan pengguna dilihat sebagai kayu pengukur untuk menilai tahap penglibatan sesebuah koperasi dalam bidang ekonomi digital. Seramai 32 peserta dari sembilan negara, 25 organisasi telah menghadiri Bengkel Masa
Peserta-peserta juga telah mengadakan lawatan ke ibu pejabat gedung beli-belah secara online, AmaxMALL di Taman Tun Dr Ismail. Ketibaan mereka disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif AmaxMALL, Datin Dr. Nik Sarina Hashim. Melalui kunjungan ini, delegasi-delegasi diberi pendedahan mengenai kerjasama antara ANGKASA dengan AmaxMALL yang membawa kepada produk-produk buatan koperasi sebanyak 15 SKU dipasarkan di pasaraya Giant di seluruh negara.
» Ketua Pegawai Eksekutif AmaxMALL, Datin Dr. Nik Sarina Hashim (kanan sekali) menunjukkan kepada peserta beberapa produk buatan koperasi yang kini berjaya dipasarkan di pasaraya Giant.
Januari 2019 PELANCAR
27
Menyahut seruan kerajaan yang sangat mementingkan gaya hidup sihat penduduk, Koperasi Persada Kuala Lumpur Berhad (Kopersada) dengan kerjasama Nadi Merdeka telah membuka sebuah
farmasi di Bukit Antarabangsa.
Majlis pelancaran yang berlangsung pertengahan November lalu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti acara zumba, pemeriksaan kesihatan percuma, ujian quantum, cabaran aerodance dan peraduan mewarna untuk kanak-kanak. Menurut Pengerusi Kopersada, Haji Roslan Hussin, pemilihan Farmasi Constant sebagai antara bidang perniagaan koperasi telah diputuskan dengan hasrat murni untuk terus mengalakkan kesinambungan urusniaga selain membimbing anggota koperasi yang berminat dalam industri tersebut tentang kaedah atau panduan dalam menjalankan perniagaan farmasi. Farmasi Constant milik Kopersada yang beroperasi seawal 9.00 pagi hingga 10.00 malam itu beroperasi tanpa cuti dan bersedia melayan komuniti sekitar Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana, mahupun pelanggan luar yang berkunjung. Antara kelebihan yang turut tersedia adalah seperti tempat letak kereta percuma dan khidmat ahli farmasi yang sentiasa bersedia membantu pelanggan. Haji Roslan turut berharap agar rakan-rakan dan komuniti sekitar dapat memberi sokongan kepada farmasi tersebut. Kopersada berjanji akan sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat termasuk harga yang paling memuaskan, sesuai dengan kehendak pelanggan. Terdahulu, Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, kerjasama dengan Bio Alpha itu merupakan hasil usaha berterusan ANGKASA bagi memupuk kesedaran
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ Koperasada
» Haji Roslan Hussin melayani pelanggan.
28 PELANCAR Januari 2019
kepada anggota koperasi tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam menjamin kesejahteraan hidup. Katanya, ANGKASA melalui sektor pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan sentiasa memberi galakan kepada koperasi supaya menceburi bidang farmasi, untuk kelestarian kesihatan di kalangan koperator dan komuniti sekitar. Beliau berharap agar publisiti dapat terus disalurkan menerusi pendekatan iklan dan promosi kepada anggota koperasi dan pelanggan khususnya komuniti setempat. Apa yang penting katanya, langkah yang telah diambil oleh Kopersada itu dapat membantu mensejahterakan anggota dan masyarakat. Kepada koperator dan pelanggan yang berminat, boleh melayari constant.com.my dan facebook, constantpharmac. Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan Pengerusi koperasi, Datin Hajah Ruzaini Abdul Manap dan Anggota- Anggota Lembaga Kopersada serta komuniti sekitar Bukit Antarabangsa.
» Dato’ Haji Kamarudin memotong riben sebagai gimik Pelancaran Farmasi Constant.
Lancar Farmasi
» Sebahagian daripada pelanggan farmasi.
» Dato’ Haji Kamarudin mendengar taklimat daripada Haji Roslan Hussin.
Januari 2019 PELANCAR
29
Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) 2018 Peringkat Kebangsaan
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
Koperasi Sekolah
ASAS PENGLIBATAN GENERASI MUDA DALAM GERAKAN KOPERASI
Koperasi sekolah mampu menjadi peneraju dalam merealisasikan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai generasi muda yang mendokong elemen inovasi dan kreativiti dalam pelbagai bidang khususnya keusahawanan.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah.
» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
» Anak kepada mantan Pengetua SMK (P) St. George, Pulau Pinang, Puan Shariffah Afifah Dato’ Syed Abbas mewakili ibunya untuk menerima Anugerah Tokoh Koperasi Sekolah Sepanjang Hayat.
» Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Puan Noorizan Abdul Latif menerima Anugerah Tokoh Koperasi Sekolah Sepanjang Hayat.
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, pelajar sekolah boleh meletakkan keyakinan dan harapan terhadap kemampuan koperasi sekolah dalam membantu
merealisasikan minat, semangat dan keyakinan dalam merealisasikan aspirasi kerajaan untuk terlibat dalam dunia keusahawanan dan koperasi dalam kalangan belia suatu masa nanti.
Menurut beliau, koperasi sekolah mampu bertindak sebagai platform dalam membentuk minda generasi muda agar mereka lebih yakin, kreatif dan bebas untuk berkarya dalam aspek
30 PELANCAR Januari 2019
» Kumpulan koir dari SMK Bukit Baru, Melaka yang turut diiringi oleh pelajar pendidikan khas dari SMK Tun Mutahir, Melaka menyanyikan lagu “Negaraku” dan “Semangat Koperasi”.
» Datuk Haji Azmi Haji Hussain menyampaikan ucapan perasmian penutup AKKS 2018.
pembangunan keusahawanan. Keyakinan tersebut mampu membawa mereka untuk melangkah lebih jauh sekiranya mereka terus bergiat aktif dalam koperasi siswa dan seterusnya di peringkat koperasi dewasa. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) 2018 Peringkat Kebangsaan, 24 November lepas. Seramai hampir 300 peserta yang terdiri daripada pengetua, guru koperasi dan pelajar telah menyertai program tersebut yang berlangsung selama tiga hari di Bukit Katil, Melaka. AKKS 2018 telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Haji Azmi Haji Hussain. Turut hadir ialah Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Zazali Harun, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Encik Kamaruzaman Jaffar dan Pengerusi- Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri. AKKS merupakan program tahunan anjuran ANGKASA yang memberi pengiktirafan kepada koperasi sekolah yang cemerlang dari sudut pentadbiran, pengurusan dan kewangan. Anugerah juga turut melibatkan penilaian dari perspektif perniagaan yang dijalankan, aktiviti Pendidikan berkaitan koperasi, sumbangan termasuk prasarana fizikal koperasi. Koperasi-koperasi tersebut telah terpilih setelah mengambil kira kombinasi markah yang telah mereka terima daripada Laporan AKKS 2018 dan lawatan ke koperasi secara mengejut yang masing-masing mewakili 35 peratus dan 40 peratus daripada markah keseluruhan (100 peratus). Pembentangan peringkat akhir pula mewakili baki 25 peratus.
» Datuk Haji Azmi Haji Hussain diiringi Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi JPAN Melaka, Haji Muslim Md. Shah melawat tapak pameran.
Koperasi SMK Sultan Badlishah Kulim Kedah Berhad telah berjaya meraih “Anugerah Utama Kecemerlangan Koperasi Sekolah” manakala Koperasi SMK Tansau Berhad, Sabah dan Koperasi SMK Redang Panjang Ijok Berhad, Perak masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.
Januari 2019 PELANCAR
31
Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) 2018 Peringkat Kebangsaan PEMBENTANGAN PERINGKAT
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
1. Nama produk : Bonsai manik Harga produk : a) RM20 (kecil) b) RM35 (sederhana) c) RM50 (besar) Nama koperasi : Koperasi SMK Pekan Baru Muar Berhad
2. Nama produk : i-DnA (racun serangga dan baja tumbuhan) Harga produk : RM4.00 sebotol Nama koperasi : Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad 3. Nama produk : Maghnatis (Fridge magnet)
Harga produk : RM2.00 seunit Nama koperasi : Koperasi MRSM
Kepala Batas Berhad
4. Nama produk : Dulang hiasan pelbagai guna Harga produk : RM19.90 seunit Nama koperasi : Koperasi Kolej Vokasional Kluang Berhad
5. Nama produk : TANDA KASIH SeMesTa
(Bingkai hiasan / rantai kunci / bingkai hiasan bermagnet)
Harga produk : RM3:00 seunit Nama koperasi : Koperasi SMK Tansau Berhad
6. Nama produk : Mavalus FC (produk kesihatan) Harga produk : RM15.00 sebotol Nama koperasi : Koperasi SMK Sultan Badlishah Kulim Kedah Berhad
7. Nama produk : Hama Winder (alat penggulung earphone) Harga produk : RM10.00 seunit Nama koperasi : Koperasi SMK (P) St. George Pulau Pinang Berhad
32 PELANCAR Januari 2019
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67 Page 68Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease