» Sebahagian peserta pertandingan menggubah bunga.
» Sebahagian ahli panelis sembang niaga.
» Replika rumah sedia untuk ditempah.
Pada masa yang sama, beliau turut meminta agar ANGKASA dapat membimbing koperasi ke arah tersebut. Di samping itu, ANGKASA juga turut dicadangkan untuk menubuhkan satu rangkaian besar bagi memenuhi kehendak ekosistem sehingga pihak ketiga tidak berupaya lagi untuk menguasai pasaran dan mengawal harga. Datuk Seri Mohd Redzuan berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Karnival Koperasi & Usahawan Digital anjuran ANGKASA yang berlangsung di MITC Melaka pada 4 Disember 2018. Objektif program yang dianjurkan oleh ANGKASA itu adalah bagi memberi lebih banyak maklumat kepada koperator dan komuniti selain berkongsi peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan perolehan koperasi. Seramai 500 koperator dari negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor hadir dalam program tersebut. Program tersebut juga merupakan satu agenda pembangunan koperasi dalam memartabatkan gerakan koperasi selaras dengan pembangunan era baharu. Ia juga dapat menjenamakan semula koperasi dalam dan luar negara. Antara pendedahan yang dikongsikan sepanjang berlangsungnya program tersebut adalah kaedah memperkasa gerakan koperasi melalui e-dagang dalam menggerakkan jaringan perniagaan dalam dan luar negara. Selain itu, program ‘Sembang Niaga’ juga turut dijayakan dengan dibarisi oleh panel dari TEKUN, MDEC dan IKM.
» Pemenang pertandingan mewarna.
» Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh memerhati kreativiti kanak-kanak mewarna.
» Sumbangan ‘Back to School’ disampaikan oleh Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof.
» MoU antara Koperasi Wanita Anggun Berhad & Flourishure Enterprise disaksikan oleh Datuk Seri Mohd Redzuan.
9 Januari 2019 PELANCAR 9 Januari 2018 PELANCAR
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease