Wadah PELANCAR Edisi Januari 2019

Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-13 26-30 November 2018, Tehran, Iran

ICA-AP Regional Board Meeting Trade and Business Committee Meeting

ICA-AP Regional Board Meeting yang berlangsung pada di IRIB International Conference Center, Tehran dipengerusikan oleh Naib Presiden ICA-AP, Dr. Chandra Pal Singh Yadaf turut dihadiri oleh Pengarah Serantau ICA-AP, Balasubramaniam (Balu) Iyer dan anggota lembaga yang lain. Malaysia diwakili Presiden ANGKASA yang juga merupakan Ahli Lembaga ICA-AP, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kunpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah seperti China, India, Korea Selatan, Nepal, Filipina, Pakistan, Sri Lanka, Indonesia dan Iran sendiri sebagai tuan rumah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato’ Haji Kamaruddin Ismail ini turut membuka ruang kepada Malaysia untuk membentangkan isu berkaitan tanggapan negatif Kesatuan Eropah (EU) terhadap penggunaan minyak sawit selain membentangkan perkembangan projek Heifers Park ANGKASA. Agriculture Committee Meeting

Mesyuarat yang dipengerusikan Dato’ Abdul Fattah Abdullah ini banyak membincangkan tentang pendekatan terbaik pelaksanaan program pembangunan perniagaan antara negara anggota ICA-AP. ANGKASA juga turut membuat pembentangan tentang perkembangan dan peluang-peluang perniagaan yang boleh dijalin melalui program ‘100 Product Champion’ ANGKASA sambil memperkenalkan produk-produk berkaitan kepada wakil dari negara- negara yang terlibat. Wakil ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin, Haji Nor Azmi Abdul Jalil dan Puan Zainariah Abdullah telah menghadiri mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Mr. K. Kukreja dari India. Dalam mesyuarat tersebut, Haji Mohamad Azmi membentangkan laporan bertajuk ‘Overview Credit Sector In Malaysia’ termasuk perkembangan koperasi kredit di Malaysia. Credit and Banking Comittee Meeting

14 PELANCAR Januari 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease