Wadah PELANCAR Edisi Januari 2019

Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-13 26-30 November 2018, Tehran, Iran

Forum Wanita tersebut dianjurkan di bawah tanggungjawab ICA-AP Committee on Women yang berperanan untuk berkongsi maklumat dan amalan terbaik selain merumuskan pendekatan terbaik dalam membantu memperkukuh peranan wanita dalam koperasi. Jawatankuasa tersebut juga berfungsi untuk mempromosikan integrasi gender dalam koperasi selain menggalakkan penyertaan wanita di semua peringkat, terutamanya di peringkat kepimpinan dan membuat keputusan. Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa membentangkan laporan tentang program-program pembangunan oleh ANGKASA yang dijalankan dalam usaha memupuk kesejahteraan wanita melalui sektor koperasi. 10th Regional Women’s Forum

Research Conference

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Haji Azhar Hamzah dan Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik adalah antara peserta yang terlibat dalam program yang dikendalikan oleh fasilitator, Mr. Mohit Dave dari ICA New Delhi. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan turut bertanyakan tentang kemungkinan mengadakan kolaborasi projek mega antara koperasi negara-negara berkaitan seperti pembinaan rumah, hospital, pelancongan dan juga peratusan penglibatan JV projek koperasi dengan sektor swasta di Iran. Beliau juga turut mencadangkan kepada pengerusi ICA-AP Research supaya dapat menerbitkan best practices koperasi dalam sektor perumahan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan dan lain-lain serta mewujudkan statistik 300 koperasi terbaik di Asia Pasifik. Sementara itu, Pegawai Latihan Kanan Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Puan Rathmabee Zarinatun Abdul Kader pula telah membentangkan laporan berkaitan latihan pendidikan dalam koperasi Malaysia.

Youth Committee Meeting

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahsan Ali Thakur dari Pakistan ini banyak memberi fokus kepada peluang dan pendekatan terbaik dalam meningkatkan peranan kepimpinan muda melalui gerakan koperasi. Dr. Mohd Azlan Yahya telah membentangkan tentang peranan edu-tourism koperasi sekolah di Malaysia sebagai antara usaha ANGKASA membangunkan modal insan koperasi dalam kalangan generasi muda. Mesyuarat juga turut mencadangkan supaya Dr. Azlan dilantik sebagai mentor dan penasihat bagi Youth Committee ICA-AP. Wakil ANGKASA lain yang turut terlibat dalam mesyuarat tersebut ialah En. Shaharudin Mohamed.

Januari 2019 PELANCAR

15

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease