Wadah PELANCAR Edisi Januari 2019

Perhimpunan Serantau ICA-AP diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam kalangan anggota organisasi ICA di rantau Asia Pasifik. Perhimpunan tersebut juga menjadi platform kepada pembentangan forum bagi membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan gerakan koperasi di rantau berkenaan selain membincangkan tentang struktur pentadbiran ICA secara lebih khusus. Perhimpunan Serantau ICA-AP Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-13 26-30 November 2018, Tehran, Iran

Perhimpunan ini juga adalah hasil dari penstrukturan semula yang diluluskan semasa Kongres ICA di Tokyo pada Oktober 1992. Sebelum ini, perwakilan yang hadir berada di bawah Majlis Serantau dan hanya diwakili oleh dua wakil sahaja bagi setiap negara anggota. Majlis Serantau kemudiannya digantikan oleh Majlis Wilayah dan menerusinya, semua ahli di rantau tersebut berhak untuk mengambil bahagian Perhimpunan Serantau ICA-AP turut berperanan menggalakkan kerjasama dalam kalangan organisasi dan

anggota ICA di peringkat tersebut selain menyediakan forum untuk perbincangan berkaitan isu-isu serantau dan global. Di samping itu juga, perhimpunan tersebut dilihat sebagai platform bagi membimbing Pejabat Serantau ICA-AP mengenai program-program atau aktiviti koperasi 32 negara anggota selain membuat dan mengemukakan cadangan serta resolusi untuk dipertimbangkan pada Perhimpunan Agung ICA kelak. Perhimpunan Serantau ICA-AP berlangsung sekurang- kurangnya setiap dua tahun dan dianjurkan secara berselang dengan Perhimpunan Agung ICA.

16 PELANCAR Januari 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease