» Delegasi ANGKASA bergambar bersama pengurusan CCS.
KOPERASI ASEAN DISARAN PERGIAT AKTIVITI PERDAGANGAN ANTARA SERANTAU Tinjauan ekonomi dunia yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan bahawa gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara-negara ASEAN direkodkan pada USD2.73 trilion pada tahun 2017. Jumlah tersebut melangkaui KDNK yang telah dicatatkan oleh United Kingdom (USD2.63 trilion) dan India (USD2.61 trilion). Oleh : NADIAH KAMARUDIN
Menurut Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, walaupun angka yang dilaporkan oleh IMF itu menunjukkan kekuatan dan potensi ASEAN sebagai antara entiti ekonomi terbesar di dunia, perdagangan antara koperasi di rantau tersebut masih perlu dipergiatkan lagi. Beliau yang juga Presiden ANGKASA berkata, koperasi-koperasi ASEAN sebenarnya mempunyai kekuatan dan kepakaran masing-masing yang boleh dimanfaatkan secara bersama. “Dengan kewujudan internet khususnya e-dagang dan e-niaga yang memudahkan transaksi penjualan dan pembelian, perlu ada usaha yang efektif dan berterusan untuk memastikan terdapat peningkatan dalam perdagangan antara koperasi serantau.
» Perbincangan antara ANGKASA dengan CCS menjurus kepada memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua belah pihak dengan mengadakan kerjasama komprehensif dalam perdagangan.
Januari 2019 PELANCAR
19
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease