Wadah PELANCAR Edisi Januari 2019

» Sesi pertemuan delegasi ANGKASA bersama Ahli Lembaga dan Pengurusan Aung Nyein Chan Consumer Co-operative.

» Dato’ Abdul Fattah (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata berupa produk koperasi Malaysia kepada Pengurus Besar CCS, Mr. Zaw Lwin Oo (empat dari kiri).

Prinsip keenam koperasi, “bekerjasama antara koperasi” perlu dilihat bukan sahaja dalam konteks dan ruang lingkup domestik, tetapi juga antarabangsa oleh pemimpin dan anggota koperasi,” ujar beliau. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu mengetuai lawatan kerja ANGKASA ke Central Co-operative Society Ltd. (CCS) di Yangon, Myanmar pada 14 November 2018. Ketibaan mereka disambut oleh Pengurus Besar CCS, Mr. Zaw Lwin Oo. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd. Rosli Haji Basri; Pengerusi JPAN Pahang Zon 1, Haji Mohd. Zahidi Haji Husain dan Setiausaha Agung ACO, Dato’ Paduka Hanapi Suliman. Dari tahun ke tahun, Malaysia terus mengaut keuntungan daripada perdagangan dengan ASEAN. Menurut laporan tahunan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, nilai dagangan antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain pada tahun 2017 adalah RM487.42 bilion, peningkatan sebanyak 21 peratus berbanding RM402.66 bilion yang telah dicatatkan pada tahun 2016. Nilai dagangan tersebut (RM487.42) merangkumi 27.5 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan negara pada tahun yang sama iaitu RM1.77 trilion. Menurut laporan yang sama juga, terdapat peningkatan sebanyak 30 peratus dalam nilai dagangan antara Malaysia dengan ASEAN dari tahun 2013 hingga 2017. Berdasarkan angka yang dilaporkan, ini menunjukkan ASEAN kekal sebagai rakan kongsi perdagangan yang utama untuk Malaysia.

Antara agenda lawatan kerja ANGKASA ke Myanmar adalah untuk melihat sendiri perkembangan koperasi di negara tersebut dan mengadakan perbincangan bersama CCS mengenai membantu membangunkan ekonomi rakyat di kedua- dua negara melalui koperasi. CCS yang merupakan badan apeks gerakan koperasi di Myanmar telah ditubuhkan pada tahun 1975 dan mempunyai anggota berjumlah 445 yang terdiri daripada 424 federasi dan 21 kesatuan. Antara peranan CCS adalah menyediakan pendidikan dan latihan kepada anggota dan membantu koperasi dari sudut ekonomi dan keperluan kewangan mereka. Delegasi ANGKASA juga turut mengadakan lawatan ke koperasi pengguna di Myanmar, Aung Nyein Chan Consumer Co-operative.

» Dato’ Abdul Fattah melihat gelang batu jed yang diusahakan oleh koperasi.

» Delegasi ANGKASA bergambar di hadapan kedai runcit milik Aung Nyein Chan Consumer Co-operative.

20 PELANCAR Januari 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease