Wadah PELANCAR Edisi Januari 2019

Oleh : NADIAH KAMARUDIN Perlu Lebih Banyak Koperasi Sertai Kajian Diskriminasi Jantina Sebanyak 17 badan apeks koperasi dari 28 negara terlibat dalam kajian diskriminasi jantina yang sedang dijalankan oleh ICA-AP Committee on Women, menurut Pengerusi jawatankuasa tersebut, Dr. Nandini Azad. Menurut beliau, satu hakikat yang sukar untuk diubah adalah pencapaian wanita dalam apa jua bidang sering dipandang rendah oleh masyarakat secara umumnya.

Walau bagaimanapun, ia tidak bererti usaha untuk memastikan adanya pengiktirafan untuk penglibatan dan sumbangan wanita dalam pembangunan sosioekonomi di mana-mana negara perlu dihentikan begitu sahaja. Justeru, beliau amat berharap lebih banyak lagi badan apeks menyertai kajian ini memandangkan pengumpulan data dan statistik adalah kaedah yang terbaik untuk mengukur dan menilai sejauh mana penglibatan wanita dalam membantu dan menangani kos sara hidup melalui koperasi. Seramai 25 peserta dari 14 buah organisasi yang mewakili 10 negara menghadiri mesyuarat jawatankuasa

Januari 2019 PELANCAR

23

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease