Wadah PELANCAR Edisi Januari 2019

» Peserta-peserta membincangkan mengenai langkah-langkah masa depan bagi ahli organisasi dan ICA-AP mengenai pengukuhan kapasiti untuk pengumpulan dan pemantauan data untuk kesaksamaan jantina dalam koperasi.

Mempunyai data dan statistik yang terkini akan membantu mengawasi kemajuan dalam kesaksamaan jantina dalam Gerakan Koperasi dan menilai trend pembangunan dalam kepimpinan wanita merentasi landskap koperasi – persekutuan utama, wilayah dan nasional serta organisasi apeks. Data tersebut juga boleh digunakan sebagai dasar untuk membuat keputusan atau perancangan yang lebih baik dalam gerakan koperasi, menyokong tindakan melobi di peringkat kebangsaan dan mempengaruhi dasar awam. ICA-AP Committee on Women dengan kerjasama Japanese Consumer Co-operative Union (JCCU) dan ANGKASA telah menganjurkan Bengkel Pengumpulan dan Pemantauan Data untuk Koperasi bagi melatih ahli untuk pengumpulan data diskriminasi jantina, pemantauan dan analisis tetap serta pelaporan sistematik. Bengkel tersebut telah diadakan dari 7 hingga 8 Disember di Sunway Resort Hotel and Spa. Menurut Pengerusi baharu ICA-AP Committee on Women, Dr. Nandini Azad, data yang dikumpulkan bukan sahaja penting untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari ke-5; Mencapai kesetaraan gender dan memperkasakan semua wanita dan perempuan, tetapi juga boleh digunakan untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai dalam usaha mengetengahkan isu jantina dalam koperasi. Usaha ini akhirnya akan turut memudahkan kerja-kerja untuk memperluas pangkalan keahlian. Menurut beliau lagi, untuk mendapatkan data terkini mengenai diskriminasi jantina memerlukan komitmen yang tinggi daripada koperasi; kebertanggungjawapan dan tanggungjawab untuk mengintegrasikan jantina; sumber yang mencukupi; keupayaan kakitangan untuk mengintegrasikan jantina dan mahir dalam mengukur, memantau serta melapor. Koperasi juga perlu mempertingkatkan usaha bagi memastikan beberapa maklumat adalah tepat dan terkini seperti maklumat dari segi keahlian di seluruh sektor; jawatankuasa; lembaga; kakitangan dalam kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran; kehadiran dalam mesyuarat dan latihan; pemilihan- calon lelaki dan perempuan dan prestasi dalam koperasi.

» Pengarah Pusat Antarabangsa dan Kolaborasi, Maktab Koperasi Malaysia, Puan Haslinda Sujak.

» Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Rah-E-Roshd Co-operative Educational Complex, Ms. Anahita Eslahpazir sewaktu membentangkan kertas kerja beliau.

26 PELANCAR Januari 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease