Tiada Jalan Pintas Untuk Koperasi Maju Dalam Dunia Digital
Dalam dunia yang bergerak begitu pantas, mudah untuk koperasi ketinggalan sekiranya tiada usaha dalam memastikan mereka sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan semasa dan trend baharu. Pengarah Serantau International Co-operative Alliance Asia-Pacific (ICA-AP), Mr. Balasubramaniam (Balu) Iyer menegaskan mempunyai akaun media sosial sahaja seperti Facebook dan Twitter tidak menjanjikan penyelesaian sehenti untuk koperasi maju dalam dunia digital.
» Head of SME Adoption, Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd, Ms. Carol Fung.
» Encik Raja Danir dari Robu Consultancy Sdn. Bhd.
» Ketua Bahagian MySEF, CyberSecurity Malaysia, Puan Norahana Salimin
Depan Perniagaan Koperasi Dalam Dunia Digital yang telah dianjurkan oleh ICA-AP dengan kerjasama All China Federation of Supply and Marketing Co-operatives dan ANGKASA pada 9 hingga 12 Disember 2018 di Sunway Resort Hotel and Spa.
» Ketua Pegawai Teknologi ANGKASA, Haji Mohd. Sofian Osman (empat dari kanan) mengetuai perbincangan mengenai infrastruktur ICT dan ekosistem.
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (kanan sekali) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (kiri sekali) beramah mesra dengan Naib Presiden Vietnam Co-operative Alliance, Mr. Nguyen Manh Cuong (tengah).
Jumlah koperasi yang mempunyai kaitan dengan mana-mana ciptaan aplikasi adalah antara topik yang hangat dibincangkan oleh peserta memandangkan penggunaan platform mudah alih sebagai medium untuk berhubung dengan pengguna dilihat sebagai kayu pengukur untuk menilai tahap penglibatan sesebuah koperasi dalam bidang ekonomi digital. Seramai 32 peserta dari sembilan negara, 25 organisasi telah menghadiri Bengkel Masa
Peserta-peserta juga telah mengadakan lawatan ke ibu pejabat gedung beli-belah secara online, AmaxMALL di Taman Tun Dr Ismail. Ketibaan mereka disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif AmaxMALL, Datin Dr. Nik Sarina Hashim. Melalui kunjungan ini, delegasi-delegasi diberi pendedahan mengenai kerjasama antara ANGKASA dengan AmaxMALL yang membawa kepada produk-produk buatan koperasi sebanyak 15 SKU dipasarkan di pasaraya Giant di seluruh negara.
» Ketua Pegawai Eksekutif AmaxMALL, Datin Dr. Nik Sarina Hashim (kanan sekali) menunjukkan kepada peserta beberapa produk buatan koperasi yang kini berjaya dipasarkan di pasaraya Giant.
Januari 2019 PELANCAR
27
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease