Menyahut seruan kerajaan yang sangat mementingkan gaya hidup sihat penduduk, Koperasi Persada Kuala Lumpur Berhad (Kopersada) dengan kerjasama Nadi Merdeka telah membuka sebuah
farmasi di Bukit Antarabangsa.
Majlis pelancaran yang berlangsung pertengahan November lalu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti acara zumba, pemeriksaan kesihatan percuma, ujian quantum, cabaran aerodance dan peraduan mewarna untuk kanak-kanak. Menurut Pengerusi Kopersada, Haji Roslan Hussin, pemilihan Farmasi Constant sebagai antara bidang perniagaan koperasi telah diputuskan dengan hasrat murni untuk terus mengalakkan kesinambungan urusniaga selain membimbing anggota koperasi yang berminat dalam industri tersebut tentang kaedah atau panduan dalam menjalankan perniagaan farmasi. Farmasi Constant milik Kopersada yang beroperasi seawal 9.00 pagi hingga 10.00 malam itu beroperasi tanpa cuti dan bersedia melayan komuniti sekitar Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana, mahupun pelanggan luar yang berkunjung. Antara kelebihan yang turut tersedia adalah seperti tempat letak kereta percuma dan khidmat ahli farmasi yang sentiasa bersedia membantu pelanggan. Haji Roslan turut berharap agar rakan-rakan dan komuniti sekitar dapat memberi sokongan kepada farmasi tersebut. Kopersada berjanji akan sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat termasuk harga yang paling memuaskan, sesuai dengan kehendak pelanggan. Terdahulu, Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, kerjasama dengan Bio Alpha itu merupakan hasil usaha berterusan ANGKASA bagi memupuk kesedaran
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ Koperasada
» Haji Roslan Hussin melayani pelanggan.
28 PELANCAR Januari 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease